Nota Cinta

Tuesday, April 1, 2008

Muhasabah Diri Setiap Hari

1-4-08 Muqaddimah Hadis oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
Sahih Bukhari dari A'isyah r ha. Abu Bakar As Siddieq ra memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan setelah mendapat tahu makanan tersebut hasil dari pekerjaan yang belum tentu halal.

Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek ra. Ubai bin Kaap ra menangis terharu kerana Allah meminta Rasulullah saw membacakan surah Al-Bayyinah terutama di barisan ayat bakal penghuni syurga.

Sahih AtTirmizi dari Syaddad bin Auz ra sabda Nabi saw. Yang cerdik bijak ialah sentiasa muhasabah diri dengan mengira amalan dan perbuatan hariannya, bagaimana solatnya, bagaimana keberkatan rezeki pencariannya, bagaimana lidahnya dan pelbagai perbuatan. Yang sebaliknya ialah yang mengejar keinginan dunianya disamping berangan-angan masuk syurga.


No comments:

Post a Comment