Nota Cinta

Tuesday, April 22, 2008

ADDIN

gambar hiasan

22-04-08 

Sahih Bukhari dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw akan mimpi baginda tentang Omar dengan jubah meleret itu tanda Omar Al-Khattab ra ini adalah Addin iaitu seorang yang amat hebat agamanya.

Jangan Melampau


22-04-08 Sahih Al-Bukhari dari A'isyah ra sabda Nabi saw, amalan sunnah sekadar mampu jangan melampau kerana Allah tidak jemu beri pahala takut kamu yang jemu buat pahala.

Tuesday, April 15, 2008

Ibubapa

Pengajian bahrulmazi jilid 13 bab bakti hubungan rahim syarah Ustaz Shamsuri

TAAT IBUBAPA 
15-4-08 Hasan Sahih At Tirmizi sabda Nabi saw kepada Muawiyah ra yang bertanya 4 kali. Buat baiklah kepada ibu kamu 3x dan akhir sekali bapa kamu.

Menurut susunan ranking Islam menurut Imam Nawawi pengikut mazhab Syafi'e dahulukan buat baik berdasarkan nas- ibu, bapa, anak, datuk, nenek, saudara lelaki, saudara perempuan, adik beradik sebelah bapa, adik beradik sebelah ibu, sepupu, mertua, ipar duai, bisan dan seterusnya.

Firman Allah pada Rasulullah saw yang meminta izin Allah untuk melawati kubur ibu kandung baginda, "tidak boleh doa keampunan dosa pada ibu yang mati bukan dalam agama tauhid."

Al'Isra 23 Firman Allah, sembahlah Allah satu saja dan taat kedua ibubapa. 

Hadis Sahih. Allah butakan mata yang tengok atas semasa solat kerana biadap dan tiada rasa hormat.
Tunduk bila bercakap dengan ibubapa dan orang tua.  

20-05-08  Sahih Bukhari dari A'isyah ra sabda Nabi saw. Jangan bertengkar sesama muslim. 

HR AtTirmizi dari Abdillah ibni Amru Al-Az sabda Nabi saw. Redha Allah atas redha ibu bapa.   
Sahih At Tirmizi dari Abi DarDak ra sabda Nabi saw. Antara isteri dan ibubapa, sekiranya kata dua maka pilihlah ibubapa kerana itu pintu syurga.  

DOSA BESAR DAN PALING BESAR (Ancaman dari Quran Hadis itu dosa besar)
Sahih At Tirmizi dari Abi Baqra ra sabda Nabi saw.
  1. Dosa paling besar ialah dosa syirik seperti ikhtikad Tuhan ada dua, Tuhan ada banyak seperti perkataan "Kami" dalam Quran, siapa buat Allah,  Nabi saw awal-awal telah tutup "Tafaqqaru
  2. Derhaka ibubapa atau tidak taat patuh ibubapa
BUAT BAIK PADA IBUBAPA
  1. Afdal dari perang fisabilillah. 
  2. Jaga ibubapa seperti pahala Haji Umrah. 
  3. Dapat syurga. 
  4. Rezeki umur. 
  5. Taufik Hidayah.
  6. Mendatangkan kegembiraan
KESAN DERHAKA IBUBAPA
  1. Allah benci mereka yang derhaka ibubapa
  2. Kekal ke neraka
  3. Tidak cium bau syurga
  4. Tidak diterima semua amal sepanjang hayat
  5. Menyalahi Allah dan Rasul
  6. Balasan azab dunia akhirat
  7. Dilaknat Allah dan Rasul
  8. Su'ul hatimah, pengakhiran hidup yang hina
  9. Maki ibubapa orang seperti maki ibubapa sendiri
  10. Jangan jadi punca ibubapa dimaki

Sahih Muslim sabda Rasulullah saw akan DOSA PALING BESAR dikalangan dosa besar yang dilaknat Allah. Dari Abi Baqra ra (1-3), Anaz bin Malek ra (1-4), Abu Hurairah ra (1 & 5-10) & Abdullah bin Amru bin  Al-As ra (2 & 11)
  1. Syirik
  2. Derhaka atau bantah ibubapa / suami
  3. Saksi palsu / Sumpah Palsu
  4. Bunuh diri atau bunuh mukmin
  5. Sihir
  6. Ambil bukan hak atau rasuah
  7. Makan harta anak yatim
  8. Makan riba
  9. Lari dari jihad Islam
  10. Tuduh zina
  11. "Jangan sebab kamu punca orang maki ibubapa kamu"
Dosa besar lain menurut ancaman dari Quran & Hadis: 
  1. zina, 
  2. menipu / bohong
  3. mencuri 
  4. merompak
  5. broker zina, 
  6. homoseksual, lesbian, liwat, 
  7. judi, 
  8. minum arak, 
  9. tolak ajakan suami hubungan bersama, 
  10. lelaki pakai sutera dan emas, 
  11. fitnah, 
  12. tidak bayar zakat, 
  13. bunuh binatang dengan api, 
  14. makan babi, 
  15. makan bangkai.
DOA RASULULLAH SAW PADA ANAZ BIN MALEK
15-07-08 Sahih Bukhari Anaz bin Malek ra. Kata Ummu Sulaim ibu Anaz bin Malek ra pada Rasulullah saw. "Ya Rasulullah, aku serahkan anakku untuk berkhidmat sebagai khadam tuan, doakan anakku." Anaz didoakan dimurahkan rezeki, ramai anak, kaya raya dunia akhirat dan diberkati Allah. Terbukti apa yang didoakan itu menjadi kenyataan. Anak kandung Anaz yang dikebumikan sahaja sebelum beliau ialah 120 orang dan beliau adalah hartawan yang rajin bersedekah.

PUTUS SILATURAHIM

Hadis Qudsi. Tidak redha takdir Aku pergi sembah selain Aku.
Hasan lagi Sahih At Tirmizi. Paling tinggi kedudukan di sisi Allah ialah muslim yang cari jalan tidak bergaduh demi silaturahim. Putus silaturahim diharamkan syurga.

17-06-08 MULUT IBU BAPA PADA ANAK ITU MUSTAJAB
Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Akibat tidak menyahut panggilan ibu ketika sedang solat sunat, Juraisyh seorang alim dituduh bapa kepada anak zina. Ketika hari pengadilan, orang baik dilindungi Allah dan bayi yang bercakap adil itu tanda kebesaran Allah.   
Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. BUAT BAIK PADA RAKAN BAIK IBUBAPA sama seperti buat baik pada ibubapa
Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Buat baik dengan rakan baik bapa yang telah meninggal dunia.
Sahih At Tirmizi Dihapuskan dosa bila buat baik pada ibu termasuk ibu saudara.
Sahih Muslim 3 DOA MUSTAJAB 1)Doa dizalimi 2)Doa musafir 3)Doa ibubapa pada anak
18-11-08 Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra pesan Nabi saw. Jangan lupa 3 perkara 1)Puasa sunat 3 hari sebulan 2)Solat duha 2 rakaat 3)Sebelum tidur solat witir

HR At Tirmizi Abi Hurairah ra sabda Nabi saw sambil cium dahi cucu baginda. Allah tiada belas kasihan pada yang tiada belas. Dari Abu Zar ra sabda Nabi saw. Tidak pernah murtad dan kekal Islam sampai mati akan dimasukkan ke syurga.  Dari Sahal bin Saad ra sabda Nabi saw. Siapa pelihara anak yatim akan bersamaku di syurga.

AZAN cakap dalam AZAN

 

15-04-08 Sahih Bukhari dari Abdulllah bin Harith ra kata Ibnu Abbas ra. 

Rasulullah saw menegur bilal yang tengah azan supaya membuat pengumuman solat di khemah masing-masing kerana hujan dengan tanah becak.

d'SIHIR & d'RACUN

15-04-08 Sahih Muslim dari A'isyah r anha.
Rasulullah saw disihir sehingga jadi khayal pelupa oleh Labit, lelaki berbangsa yahudi dengan campuran rambut, sikat dan mayang pelepah kering. Setelah memohon doa pada Allah, 2 mala'ikat berupa manusia turun duduk disebelah kepala dan kaki baginda sambil berdialog sengaja diperdengarkan pada Nabi saw. Rasulullah saw kemudian pergi ke perigi zi'arwan Madinah bersama A'isyah mengeluarkan campuran seperti yang diceritakan mala'ikat. Sabda Nabi saw, "jangan bakar barangan sihir tersebut kerana aku tidak mahu balas dendam."

Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra. Kami dapat melihat jelas sengsara Nabi saw pada leher baginda yang terkena racun, tetapi baginda melarang kami bertindak pada wanita berbangsa yahudi yang menjerit mengaku bertujuan membunuh baginda.

Tuesday, April 1, 2008

BOIKOT! Cara Terbaik!

Pengajian kuliah 1-4-08 syarah us Shamsuri

Pasaraya Maidin mengambil langkah bagus dengan meletakkan sticker merah pada barangan negara Belanda. Apa guna bakar bendera baling batu? Habis marah belanda balik rumah beli barang Belanda.
lepas marah Amerika balik rumah singgah kedai beli rokok Marlboro. Apa benda ni?
Amerika pun gelak tengok gelagat orang kita.

Umat Islam consumer yang paling ramai pengguna di dunia. Sekiranya umat Islam boikot barangan, ia sudah cukup

Tak payah buang masa maki hamun telompat marah-marah tunjuk perasaan.

LEGO pernah buat patung nabi Muhammad saw bersetubuh dengan perempuan.
Bila satu dunia marah, dia keluarkan kenyataan minta maaf, lepas tu senyap balik dia buat lain pulak. Umat Islam bangkit balik satu dunia marah. Lepas tu dia keluar lagi kenyataan minta maaf. Sampai bila nak kena diperkena dengan orang macam ni?? Apa Ni?

CARA PALING BERKESAN ---BOIKOT 


Ke mana pergi Matahari?

1-4-08 Pengajian Bahrulmazi syarah Ustaz Shamsuri jilid 15 bab fitnah 

HR AtTirmizi dari Ibnu Mas’Ud ra sabda Nabi saw. "ya Abu Dzar, ke mana perginya matahari?" jawab Abu Dzar ra, "hanya Allah dan Rasul saja mengetahui, kami para sahabat langsung tidak tahu."

Sabda Rasulullah saw " Makhluk matahari pada waktu malam meminta izin untuk sujud pada Allah sebagai menurut perintah Allah. "

"Sekiranya Allah perintahkan matahari wujud sebelah barat maka kiamat akan berlaku."


Manusia jadi kera dan kinzir



01-04-08 bahrulmazi jilid 15 bab fitnah syarah ustaz Shamsuri.

Hadis status gharib AtTirmizi dari A’isyah r ha sabda Nabi saw. Apabila penduduk sesebuah negeri membiarkan maksiat berleluasa terang-terangan maka Allah binasakan seluruhnya termasuk golongan soleh dengan penduduknya ditelan bumi, direjam dengan batu-batuan neraka dan dirupakan jadi kera, beruk serta kinzir.  






Allah sebut nama Ubai bin Kaap ra

1-4-8 BM15 Fitnah UsShamsuri

Sahih Muttafakun Alai, Ubai bin Kaap ra, penulis wahyu zaman Rasulullah saw menangis terharu apabila Nabi saw disuruh Allah membacakan ayat Surah Al-Bayyinah terutama di barisan ayat. Sesungguhnya yang beriman amal soleh seperti Ubai bin Kaap dijanjikan kekal syurga selama-lamanya dan Allah redha pada mereka dan mereka redha pada Allah swt.

Syubhat

 
1-4-8 BM15 Fitnah UsShamsuri


Sahih Bukhari, Abu Bakar muntahkan makanan yang belum tentu sahih halal. Para sahabat amat menjaga soal hukum halal haram.

TURUN BALA ALLAH

1-4-08 Bahrulmazi jilid 15 bab fitnah

A'isyah ra, umat akhir zaman samada golongan soleh atau golongan ingkar akan ditimpakan bala apabila dosa berleluasa tidak diambil tindakan.

Muhasabah Diri Setiap Hari

1-4-08 Muqaddimah Hadis oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
Sahih Bukhari dari A'isyah r ha. Abu Bakar As Siddieq ra memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan setelah mendapat tahu makanan tersebut hasil dari pekerjaan yang belum tentu halal.

Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek ra. Ubai bin Kaap ra menangis terharu kerana Allah meminta Rasulullah saw membacakan surah Al-Bayyinah terutama di barisan ayat bakal penghuni syurga.

Sahih AtTirmizi dari Syaddad bin Auz ra sabda Nabi saw. Yang cerdik bijak ialah sentiasa muhasabah diri dengan mengira amalan dan perbuatan hariannya, bagaimana solatnya, bagaimana keberkatan rezeki pencariannya, bagaimana lidahnya dan pelbagai perbuatan. Yang sebaliknya ialah yang mengejar keinginan dunianya disamping berangan-angan masuk syurga.