Pengajian kuliah kitab bahrulmazi jilid 16 bab Zuhud tahun 2008
07-01-08 Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Lelaki
diharamkan memakai sutera.
Sahih Muslim dari Umi Salamah ra sabda Nabi
saw. Diharamkan minum dari bekas perak atau emas kerana perutnya akan panas
menggelegak di neraka.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Sufian bin Abdillah
AsSaqafi ra sabda Nabi saw. Dalam apa jua keadaan termasuk kecemasan, ugutan
dan darurat maka sebut dengan istiqamah tuhanku Allah dan tiada tuhan
selainNya. Setiap
pagi, seluruh makhluk dalam tubuh manusia merayu kepada lidah supaya tidak bercakap
sesuatu yang dimurkai Allah kerana disebabkan lidah kesemua mereka akan
menanggung azab neraka.
Riwayat AtTirmizi sabda Nabi saw. Seorang itu
tidak dianggap beriman sehingga hatinya tiada dendam, riak, dengki, sakit hati,
lidah bercakap fitnah, memperlekehkan, merendahkan dan menghina orang lain. Tiada syurga sakiti hati
jiran.
Riwayat AtTirmizi. Dari Muaz bin Jabbal ra sabda
Nabi saw, sembahlah Allah seolah-olah kamu nampak Allah dan jaga lidah kerana lidah
boleh merosakkan segalanya. Dari Safuan bin Salil ra sabda NabiSAW, diam dan
berperangai baik merupakan kebajikan pahala besar. Dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw, diam atau
berkatalah hanya perkara baik sekiranya percaya Allah. Dari Al-Barra’ bin Aziq
ra sabda Nabi saw, berilah makan kepada orang susah dan miskin.
04-02-08 Sahih Muttafakun Alai , Sahih Bukhari dan Sahih Muslim
dari Ibni Abbas r.a. Sabda Nabi saw jangan masuk ke kawasan wabak penyakit dan
sekiranya telah dijangkiti jangan keluar ke kawasan lain.
Riwayat AtTirmizi
dari Ibni Omar ra sabda Nabi saw jangan banyak bercakap selain perkara
mengingati Allah atau zikrullah kerana ia akan mengakibatkan hati semakin
keras, jauh dari Allah dan bertambah degil.
Riwayat AtTirmizi dari Umu Habibah ra sabda Nabi
saw diam itu mulia dalam Islam dan lebih baik dari banyak bercakap kerana akan
membawa kemudaratan pada orang lain.
07-04-08 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra. Nabi saw
menggunakan mukjizatnya sehingga keluar makanan dari celahan jari baginda bertujuan
menjamu tetamu yang ramai.
Sahih Muslim dari Amir bin Saad Abi Waqas
ra. sabda Nabi saw. Sesiapa yang makan 7 biji kurma ajwah setiap pagi, Allah
menjaminnya selamat dari sebarang racun.
Riwayat AtTirmizi,
Sahih Muslim dan Sahih Bukhari
sabda Nabi saw kepada Abu Dardak ra. Jangan melampau ibadah sunat sehingga memudaratkan
diri seperti sakit berlapar, kurang tidur ,meninggalkan ibadah wajib dan mengabaikan
tanggungjawab kekeluargaan serta hak dunia.
Sahih Bukhari sabda Nabi saw kepada Abdullah
bin Amru Al-Az. Jangan melampau ibadah sunat seperti solat sepanjang malam dan
tidak berbuka puasa sedangkan Islam hanya menyuruh bangun sekejap waktu malam
untuk solat sunat dan berbuka puasa.
05-05-08 Sahih Bukhari dari Al-Makrur ra sabda Nabi saw menegur
Abu Zar Al-Ghifari ra, jangan merendahkan atau menghina saudara sesama Islam kerana akan dihina lebih teruk oleh Allah.
Sahih Bukhari dari Ibni Abbas ra sabda Nabi
saw. Kufur nikmat seperti tidak bersyukur dengan takdir Allah atau isteri membantah
suami atau tidak pandai berterima kasih dengan suami akan menjadi penghuni
neraka.
Riwayat AtTirmizi dari Aisyah radiallahu anha
kepada Muawiyah radiallahu anhu selaku Khalifah negeri Syam. Perkataan “salam”
bermaksud “ucapan selamat sunnah Muhammad saw.”