SOAL JAWAB HAJI PADA RASULULLAH,
Selesai Jamratul Aqabah dan bercukur, Nabi saw korban 100 ekor unta. Baginda bermalam di Mina dan selepas Zohor melontar di jamratul Ula, Wusto dan Aqabah selama 3 hari masing-masing 7 kali lontaran. Kemudian Nabi saw menuju ke baitullah Mekah untuk tawaf Kaabah 7 pusingan lawan arah jam.
21-01-08 Sahih Bukhari Muslim. 7 perkara rosak iman bila 1)syirik 2)sihir 3)bunuh 4)riba 5)makan harta anak yatim 6)lari dari sedang perang jihad 7)tuduh zina.
18-02-08 Sahih Bukhari Haram nazar putus silaturahim kekeluargaan.
17-03-08 Sahih Muttafakun Alai Safiah bt Huyai, Jangan buruk sangka kerana akan menyebabkan menyebar fitnah serta umpatan.
21-04-08 Sahih Bukhari mati Islam ke syurga setelah diseksa setimpal dosa yang dibuat.
Sahih Muttafakun Alai manusia bangun kembali di padang mahsyar setelah mati dunia.
19-05-08 Sahih Bukhari sekiranya terjumpa barang tercicir, iklankan kepada yang kehilangan, sekiranya tuan sebenar tidak menuntut maka gunakan dengan syarat gantikan baru dengan nilai sama sekiranya tuan sebenar kembali menuntut.
Sahih Bukhari Abi Musa ra. Tanya hanya yang perlu dan supaya orang lain menumpang manfaat.
Sahih Bukhari. Raja Kisra koyak surat Nabi saw, Allah koyak Parsi jatuh ke tangan Islam.
16-06-08 Sahih Bukhari Ibnu Abbas, sah "sahaja aku solat sunat malam hari" termasuk Ramadhan kerana Allah.
21-07-08 Sahih Bukhari Jangan tergesa-gesa ambil tindakan, mudahkan Islam dan jangan susahkan Islam supaya masyarakat tidak menjauhi Islam.
17-11-08 Sahih Bukhari Abi Hurairah ra Syaitan lari terkentut-kentut bila dengar azan kemudian kembali mengacau anak Adam, begitu juga bila dengar qamat. Syaitan kembali mengingatkan manusia tentang benda yang tidak ingat sebelum ini. Apabila lupa rakaat, maka sambung solat dengan rakaat seterusnya dan sujud sahwi atau sujud 2 kali sebelum salam selepas tahyat akhir.
19-01-09 Sahih Muslim dari Abu Hurairah RA sabda NabiSAW apabila selepas kewafatanku, taatlah pemerintah selagi mana mereka menurut kebenaran.
FIRMAN ALLAH: "JANGAN CAMPUR WANG AMANAH DENGAN WANG PERIBADI"
AnNisa (4:1) Rusuk Adam diambil untuk dijadikan Hawa ketika Adam sedang tidur. Dari hubungan Adam dan Hawa, lahirnya manusia. Berkhidmat pada ibu kandung itu pintu kebajikan, murah rezeki dan keberkatan.
2) Jangan sentuh harta anak yatim sehingga mereka mampu uruskan tanpa boros dan membazir. Jangan campur wang harta amanah dengan wang harta peribadi.
3) Jangan kahwin sekiranya berniat inginkan harta isteri dan menganiaya isteri. Sekiranya tidak mampu adil nafkah dan giliran, jangan kahwin sehingga 4.
4) Mas kahwin hak mutlak isteri atau anak yang dikahwini. Duit mas kahwin boleh digunakan membeli madu untuk dicampur air hujan bagi menyembuhkan segala penyakit.
5) Dibenarkan mengembangkan harta anak yatim tanpa mengambil sedikitpun keuntungan dari hasil tersebut. 6) Penjaga amanah diwajibkan menyerahkan semua harta anak yatim hanya sekiranya mereka bijak menguruskan kewangan. Jangan ambil sebarang upah dari mana-mana wang amanah. Cukup hanya Allah sebagai penilai tepat kerana penilaian manusia mengundang kesesatan. Hukuman dari Allah itu amat tepat kerana Allah Maha Mengetahui dengan pe'el, perangai, niat busuk, mulut kotor, tamak, dengki, loyar buruk, putar belit ayat Quran dan pelbagai lagi makhluk ciptaanNya bernama manusia.
AnNisa 4:7) Zakatkan untuk anak yatim kerana suatu hari mungkin anak kita.
8-9) Sebelum mati, belajar sedekah 1/3 harta dan jangan tinggalkan anak isteri dalam keadaan meminta.
10) Kenduri arwah ibarat makan ketulan api neraka sekiranya ada si anak belum baligh walaupun si anak izin.
11-12) Pusaka dibahagikan menurut fara'id setelah langsai hutang & wasiat.
13-14) Laksana hukum dibalas syurga manakala tidak laksana hukum ke neraka.
AnNisa 4:15) Cukup 4 saksi, pesalah zina dikurung di rumah sebelum turun Surah AnNur hudud rejam sampai mati dan sebatan.
16) Mendatangi cara keji gay, lesbian dan dengan binatang dilaknat Allah.
17-18) Tidak diterima taubat nyawa di ghar-gharah atau mati kafir.
AnNisa 4:19) Sekiranya pasangan rumahtangga saling dingin tiada jalan berdamai setelah habis daya usaha, maka diharuskan bercerai.
20) Dilarang suami mengambil kembali wang dan harta yang telah diberi.
21) Isteri curang diminta bayar tebus talak sekiranya diceraikan dan pasangan tidak boleh rujuk.
22-23) Haram mengahwini ibu, sudara perempuan, sudara ibubapa, saudara nenek, anak saudara, ibu susuan, saudara sesusu yang ketika umur kurang 2 tahun, ibu mertua dan anak tiri isteri.
AnNisa 4:24-25) Haram kawin bini orang dan haram zina maka kahwinilah sehingga 4 sekiranya mampu dengan suami wajib mas kahwin ikut persetujuan bakal suami isteri.
26-28) Islam benarkan ambil hamba mukminah tawanan perang dijadikan isteri sekiranya tidak mampu kewangan dan taubat sekiranya terlanjur.
AnNisa 4:29-30) Jual beli suka sama suka, jangan riba, jangan rasuah, jangan makan bukan hak, jangan tipu niaga, jangan judi, jangan bunuh diri dan jangan bunuh orang lain sebab Allah sayang kita takut kita ke neraka.
31) 1 Kebaikan 10 kebajikan boleh pergi ke 700 handaan pahala bergantung jenis amal.
32) Wanita hanya perlu taat suami terus masuk syurga tanpa perlu jihad, sunat tarawih beratus kali, rombongan jenazah dan pelbagai tanggungan lelaki.
33-34) Kewajipan nafkah dan kuasa lelaki amanah dari Allah mesti dijawab di akhirat. Nusyuz derhaka suami hendaklah ditinggalkan tempat tidur dan tiada nafkah serta pukulan ringan mengajar.
AnNisa 4:35) Lantik orang tengah yang ikhlas untuk cari punca ke arah suluh atau perdamaian. Khuluk tebus talak bayar balik kos belanja kahwin suami oleh isteri untuk bercerai.
36) Buat baik ibubapa, kerabat, jiran, anak yatim, rakan dan jangan sombong.
37) Jangan kedekut, jangan suruh orang lain kedekut dan jangan sembunyikan ilmu.
38) Jangan riak menunjuk-menunjuk kerana itu saudara syaitan.
39-40) Allah tidak silap pengadilan dan setiap dosa dileburkan di neraka walau sebesar zarah dan buat baik pastinya besar ganjaran pahala di sisi Allah yang tidak mampu dibayar manusia di dunia.
AnNisa 4:41) Nabi saw akan menjadi saksi umatnya di akhirat.
42) Kafir sekiranya boleh, mereka ingin kekal dalam tanah kerana tiada apa dapat disembunyikan di mahsyar.
43) Dakwah Allah berperingkat, pada mulanya Quran menurunkan ayat AnNisa 43 menegah arak kemudian surah Al-Maidah mengharamkan arak. Sekiranya tiada air, tayamum terdahulu sebelum jumpa air. Tayamum ialah sapu debu pada muka dan tangan ke siku.
44-46) Yahudi pinda Taurat tentang ciri-ciri Nabi saw, sedangkan baginda sederhana tidak tinggi, tiada remos dan tiada mata biru sekadar bercelak. Dalam hati Yahudi "kami dengar, kami bantah".
47) Sekiranya masih kekalkan Taurat Injil dengan tidak menerima Quran, Allah laknat sehingga muka manusia boleh merubah menjadi kera atau babi.
AnNisa 4:48-49) Jangan sesekali syirik kerana dosa syirik tidak diampuni Allah, Allah jualah yang membersihkan hati manusia dan manusia tidak mampu sekiranya tiada pertolongan Allah.
50) Betapa dasyatnya pembohongan Yahudi mengakui mereka sebagai anak Tuhan sedangkan Aku tiada keluarga.
51-53) Bolehkah yahudi yang dilaknat Allah dan bersepakat musuh Islam itu dijadikan ketua?
54-55) Yahudi dengki Nabi saw sehingga fitnah gila perempuan sedangkan Daud 99 isteri dan Sulaiman 1000 isteri.
56-57)100 kali kulit manusia ditukar ganti Allah dalam masa sesaat ketika dibakar neraka bagi mengekalkan rasa kesakitan sepanjang masa manakala penghuni syurga kekal bahagia.
AnNisa 4:58) Rasulullah saw menyerahkan kembali kuasa pemegang kunci ka'bah kepada pemegang asal sebelum penawanan Islam ke atas Mekah.
59) Taat pemimpin selagi mana pemerintah taat Allah dan Rasul. Quran & Hadis kata putus.
60) Munafik mengaku Islam tetapi taat ketua kafir yahudi.
61) Rujuk Quran Hadis sebagai hukum Allah dan Rasul untuk penyelesaian segala kemusykilan.
62) Munafik bersumpah guna nama Allah "kami bukan tidak mahu terima kamu Muhammad, cuma kami sengaja saja.
63) Putar belit munafik tetap diketahui Allah "wahai Muhammad, ugut mereka jang buat begitu lagi."