Nota Cinta

Tuesday, May 16, 2006

Telaga Rasulullah saw





TELAGA KAUTSAR  


16-05-06 


Sahih Muslim Uqbah bin Amir sabda Nabi saw. Telaga Kautsar Rasulullah saw seluas jarak dari Israel ke Jordan. Cebuk yang disediakan sebanyak bintang di langit. Sekali teguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya. Hanya terpilih boleh minum.

Kejar dunia hancur akhirat



BERHATI-HATI JANGAN SEBAB DUNIA, HILANG SEGALA-GALANYA. 
16-05-06 Sahih Muslim Uqbah bin Amir sabda Nabi saw. Aku tidak takut umatku syirik pada Allah sebab kalau jadi pun tak ramai, tetapi apa yang paling aku takut ialah apabila ada dikalangan umatku menjadi gila pangkat, jawatan, kuasa,  kemewahan, duit, dan wanita. maka akan hancur umatku seperti mana binasa umat terdahulu.

Tuesday, May 2, 2006

ADAB

Bahrulmazi jilid 15 syarah us Shamsuri. 

2-5-06 Sahih Muslim ADAB MINTA IZIN Omar Al-Khattab ra minta izin Rasulullah saw menunaikan umrah tanda adab pada pemimpin. Kata Omar, tiada lebih berharga di dunia ini melainkan sebutan Nabi saw RENDAH DIRI iaitu pesan jangan lupa doakan baginda.

Sahih Muslim Omar dan Abu Bakar turut menangis sedih apabila Ummu Aiman SANGAT SAYANG ALLAH menangis kerana wahyu Allah sudah tidak turun lagi.

Sahih Muslim Uwaiz bin Amir datang ketika pemerintahan Khalifah Omar Al-Khattab dan Omar tidak lepaskan peluang minta Uwaiz DOAKAN KEAMPUNAN seperti yang disabdakan Rasulullah saw.  

Hasan Gharib AtTirmizi Yazid ibnu Said sabda Nabi saw. Jangan gurau menyorok sesuatu.
Sahih AtTirmizi Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Gurau benda tajam dilaknat Allah.
HR AtTirmizi dari Abdullah bin Am ra sabda Nabi saw. Memandang gaya samseng akan ditakutkan Allah di akhirat. 
Hasan Gharib AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan sakiti ahli subuh berjemaah kerana mereka dalam lindungan Allah dan yang menyakiti pasti binasa.

4-4-06 Sahih Muttafakun Alai PEMIMPIN DIFITNAH Penuduh Saad Abi Waqaz akhirnya menjadi gila akibat tuduhan palsu jatuhkan maruah pemimpin.

Sahih Bukhari & Sahih Muslim
Hukum Qisas Islam ialah bunuh balas bunuh, simbah asid balas simbah asid, seksa balas seksa.
Hukum Islam Hudud ialah potong tangan mencuri, potong tangan kanan dan potong tangan kiri bagi rompakan samun terang-terangan dan suami isteri zina rejam sampai mati.
Hukum Islam pancung bagi yang murtad.



RENDAH DIRI & ADAB GURAU

CONTOH IKUTAN RENDAH DIRI SAHABAT DAN NABI MUHAMMAD SAW

Sahih Abu Daud & AtTirmizi ketika Omar Al-Khattab meminta izin Nabi saw untuk menunaikan umrah. Sabda Nabi saw yang berkedudukan tinggi di sisi Allah kepada Omar "jangan lupa doakan kami di sini." Kata Omar penulis hadis ini. "kalimah tersebut lebih mahal jika dibandingkan dengan kemewahan harta dunia."

Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra. Ummu Aiman menangis apabila diziarahi Abu Bakar dan Omar kerana dua sahabat ini sentiasa di sisi Nabi saw sebelum baginda wafat. Kata Ummu Aiman, pembantu rumah yang menjaga Muhammad saw. "aku sedih kerana wahyu sudah tidak turun lagi."  Abu Bakar dan Omar turut menangis.

Dari Usair bin Jabir ra sabda Nabi saw. "Suatu hari nanti selepas kewafatanku, sekiranya siapa ada rezeki jumpa Uwaiz bin Omar, jangan lepaskan peluang minta Uwaiz berdoa ampunkan dosa utk kita kerana dia sangat sayangkan ibunya." Setelah Nabi saw wafat diikuti Abu Bakar meninggal dunia. Omar ditakdirkan Allah berjumpa Uwaiz dan Omar tidak lepaskan peluang yang dimaksudkan Rasulullah saw itu.

Bahrulmazi jilid 15 ms10 bab Tidak harus mengugut atau mengusik seseorang muslim. Syarah Ustaz Shamsuri Kuliah pengajian 02-05-06

Hasan Gharib AtTirmizi dari Yazid Ibnu Said ra disokong riwayat Sulaiman bin Sar, Jad'dah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, sabda Nabi saw. Jangan mengugut walaupun niat sekadar bergurau.

 PENCIPTA ADAT VS ALLAH MAHA PENCIPTA, ISLAM, ALQURAN HADIS

Amat rugi orang yang jahil tidak mencari memahami ilmu agama apabila mendengar kemudian menolak hadis kerana mempertahankan adat yang diamal sekian lama.


BERGURAU MENYAKITKAN HATI ----> DISEKSA DI NERAKA

Hasan Sahih Gharib AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Gurau mengacu senjata dilaknat malaikat. Jangan bergurau menakutkan dan mengejutkan sesama muslim. Gurau menyembunyikan hakmilik seseorang muslim itu berdosa besar diseksa di neraka. Renung pandangan yang menyebabkan yang direnung tidak selesa dicabut perasaan sakinah oleh Allah di akhirat.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan bergurau mengacu benda tajam.

Hadis Qudsi. Sayangkan Allah akan digandakan sayang Allah pada kita.

KUMPULAN YANG DIPELIHARA ALLAH IALAH KUMPULAN PENGAMAL AL-QURAN HADIS YANG SAYANG ALLAH DAN RASUL