Nota Cinta

Wednesday, November 30, 2005

Suami@Anak Soleh dan Isteri Solehah



PENGAJIAN KITAB MUHIMMAH 2004/2005

PENGENALAN KITAB MUHIMMAH

27-01-04 Pengajian Muhimmah ms 1. Inilah kitab yang dinamakan muhimmah atau yang penting-penting pada ilmu hadis Nabi saw karangan Syeikh Abdullah Abr Rahim Ulama Fattani Selatan Thai. Mudah-mudahan Allah mengampunkan umat Islam yang membaca kitab ini. Isi penulisan kitab diperolehi dari Wali Allah yang tiada pertikaian ragu-ragu iaitu Maulana Syeikh Abdul Rauf Fansuri. Dicetak pada 1384H. Fokus kitab ialah tanggungjawab suami isteri dalam berumahtangga. Isteri derhaka suami merupakan derhaka Allah.

TANGGUNGJAWAB ISTERI IALAH TAAT SEPENUHNYA KEPADA SUAMI

Riwayat Saidatina A’isyah radiallahu anha “Sekiranya isteri mengetahui tanggungjawab mereka, mereka sanggup menyapu tapak kaki suami yang berdebu dengan muka mereka sendiri.” Hadis Riwayat Al-Hakim sabda Nabi saw , “Jika isteri jilat nanah yang mengalir dari dua lubang hidung suami yang berdarah, belum tentu tertunai tanggungjawab isteri. Sekiranya manusia dibenarkan sujud sesama manusia maka aku perintahkan isteri sujud pada suami. Hendaklah berumahtangga kerana taat suami akan beroleh syurga tanpa perlu berdakwah, bejihad fisabilillah, rombongan jenazah, dan banyak lagi tanggungan ke atas lelaki muslim.”

HUKUM NUSYUZ ATAU DERHAKA SUAMI

23-03-04 Pengajian Muhimmah ms 8  Sahih Muslim sabda Nabi saw. Isteri menolak ajakan suami akan dimurkai Allah dan para malaikat. Semua amalan tidak diterima sepanjang tempoh tidak redha suami. Nusyuz atau derhaka suami seperti menyakitkan hati suami. Nusyuz menggugurkan tanggungjawab nafkah suami. Suami hendaklah mengelak tidur bersama. Menurut Imam Nawawi, pukul kecuali bahagian muka perut dan kemaluan. Isteri menuntut cerai diharamkan masuk syurga kecuali suami yang menzaliminya dengan memukul teruk.

SEKSA KEPADA ISTERI DERHAKA

Sahih Bukhari Muslim dari A’isyah ra dan Fatimah ra sabda Nabi saw. Isteri-isteri yang derhaka suami dan perempuan yang melanggar perintah Allah di kalangan umatku di neraka nanti diseksa dengan digantung sambil otak dan isi perut mereka terburai setelah disumbat buah zakum.  Di badannya terdapat kala jengking dan ular yang sedang menggigitnya. Kulit mereka disiat dengan gunting neraka. Tubuh mereka hitam kehangusan. Api neraka menembusi kemaluan dan duburnya.

23-03-04 Pengajian Muhimmah  ms 8 Sahih Bukhari Muslim dari Abu Hurairah ra. Isteri menolak ajakan suami untuk bersama akan dilaknat Allah dan para mala’ikat Al-Muqarrabun. Allah sentiasa marah pada isteri tersbut sehingga tiba redha suami. Amal manusia setiap hari naik ke langit. 3 golongan manusia yang tidak di angkat diamalnya naik ke langit. Hamba atau pekerja yang lari dari tuannya sehingga kembali pada tuannya. Isteri yang menyakitkan hati suami. Pemabuk sehingga taubat dari mabuknya.

SEDIKIT TAAT PADA SUAMI TIDAK AKAN CIUM BAU SYURGA

HR Abu Daud dan Ibnu Majah sabda Nabi saw. Tidak mencium bau syurga kerana sedikit taat atau kurang taat pada Allah dan suaminya.  Isteri yang diredhai suami akan didoakan keampunan oleh malaikat dan segala makhluk Allah. Isteri yang tidak diredhai suami, keluar tanpa izin suami atau masam muka pada suami akan dilaknat Allah. Ada 4 jenis isteri yang menjadi isi neraka. 

  1. Perempuan zina dan mengeluarkan perkataan menyakitkan suaminya.
  2. Perempuan yang meminta diluar kemampuan suami. 
  3. Perempuan tidak tutup aurat.
  4. Perempuan yang hanya makan tidur.


BANTAH POLIGAMI MENJADI PENGHUNI NERAKA

Muhimmah ms 10. Membantah syarak seperti memarahi suami yang mampu adil berpoligami akan dimasukkan ke neraka bersama syaitan dan iblis yang dilaknat Allah. Nabi saw Firman Allah. Sekiranya mampu berlaku adil, maka kahwinilah samada 2,3 atau 4 isteri.

MATI DALAM KEADAAN TIDAK REDHA SUAMI WAJIB KE ATASNYA NERAKA

Dari Ali Karamulla huwaj ha sabda Nabi saw. Bercakap seperti mengakibatkan suami marah dan sakit hati menyebabkan putus segala amal dan dilaknat Allah termasuk para malaikat. Mati dalam keadaan tidak redha suami wajib ke atasnya neraka.

SOLAT 5 WAKTU, PUASA & TAAT SUAMI CUKUP BAGINYA SYURGA

25-05-04 Muhimmah ms 11. Hadis Nabi saw. Solat, puasa, jaga kehormatan diri dan taat suami  dijanjikan Allah memilih mana-mana pintu syurga. Masuk syurga apabila mati dalam redha suami. Di kalangan umatku. Sebaik-baik lelaki ialah melayani baik isterinya dan sebaik-baik wanita ialah baik dengan suaminya. Tidak dianggap tertunai hak Allah sehingga isteri menunaikan hajat suami.
Mengutamakan suami melebihi adik beradik dan hak dirinya. Menuntut kesukaaan suami akan segala perbuatannya. Jangan mengkhianati suami dan harta suaminya. Sentiasa bersih dan selesa apabila suami mendekatinya. Jangan hina suami akan kemiskinan hidup. Jangan menunjukkan kelakuaan menyakitkan hati suami.

Dari Asma’ bt Abu Bakar As Siddiq radiallahu anha yang berkahwin dengan Zubair seorang miskin fakir.  Asma’ merupakan adik ipar Rasulullah saw. Asma’ memelihara suaminya dengan menjaga suaminya, menjaga unta suaminya, menjahit dan membasuh pakaian, memasak, menjamu makanan, mengambil upah menjunjung kurma, mengambil upah mengerjakan kebun orang.  

LARANGAN ISTERI KELUAR TANPA IZIN KECUALI BELAJAR ISLAM

22-06-04 Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Haram suami melarang isteri keluar mempelajari kelas pengajian Islam.  Membangkang sabda Nabi saw amat dimarahi baginda dan para sahabat.  Sahih Muslim dari Zainab Assaqafiah ra sabda Nabi saw. Dilarang wanita berwangian keluar ke masjid.  Sahih Muslim dari Amrah bt Abr Rahman ra dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Dilarang wanita keluar rumah dengan menarik perhatian lelaki melalui pakaian, perhiasan dan wangian.

BINASA PEMIMPIN KELUARGA AKIBAT KEJAHILAN AHLI KELUARGA

22-06-04 Muhimmah ms 15. HR Al-Baihaqi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Akan sampai satu zaman di mana sukar mengamalkan 100% Al-Quran dan Hadis sehingga terpaksa melakukan perkara yang dimurkai Allah akibat dipengaruhi mana-mana ahli keluarganya, kawan dan jirannya. Kesempitan hidup juga faktor terpaksa melakukan larangan Allah sehingga membinasakan dirinya dan ahli keluarganya.  Para malaikat di padang mahsyar akan memberitahu “malangnya orang ini walaupun amal ibadahnya sebesar gunung tetapi semuanya ditolak oleh dosa yang tidak disedarinya.” Akhirnya bakal penghuni syurga ini ditarik ke neraka bersama anak isterinya yang kejahilan agama. Wajib ke atas suami sebagai pemimpin mengajar isi rumahnya tentang tauhid, aqidah,  aqidatul iman, adab akhlak dan semua yang berkait termasuk pemeliharaan tatacara basuhan najis. Suami wajib faham dan mengajar haid, nifas, istihadah, wiladah dan segala berkaitan dengan kebersihan diri.  Saling memahami kehendak pasangan mengikut syariat merupakan faktor kebahagian.


BERMULA KEBINASAAN SUAMI DAN RUMAH TANGGA

27-07-04 Muhimmah ms 16 Firman Allah wahai orang yang beriman. Jangan kerana harta dan keluarga,  melalaikan dari mengingati Allah. Sabda Nabi saw. Bermula kebinasaan rumah tangga pada anak isteri rakan dan jiran. Sabda Nabi saw. Binasa dan jahat suami apabila membiarkan dirinya diperhambakan isterinya. Firman Allah. Lelaki memimpin wanita dan wanita dimiliki lelaki bukan lelaki dimiliki wanita. Sabda Nabi saw. Salah satu dari 15 benda turun bala Allah ialah suami taat isteri.

KEWAJIPAN CEMBURU ATAU TIDAK SUKA DAN SEDERHANA DALAM CEMBURU

28-09-04 Muhimmah ms 18 Sabda Nabi saw. Lelaki yang tiada cemburu umpama tiada perasaan. Allah sangat cemburu pada hambaNya yang melanggar perintahNya.  Cemburu suami disuruh agama apabila terdapat tanda syak pada isteri. Cemburu berlebihan sehingga memudaratkan dan dipengaruhi syaitan ditegah syarak. Kesederhanaan dalam cemburu amat dititik beratkan menurut syarak. Allah akan mengazab suami yang tiada perasaan cemburu. Merelakan mata melihat yang haram akan dibakar mata dengan bara api neraka. Menurut imam Al-Ghazali pada zamannya, perempuan muda tidak digalakkan ke masjid kerana semakin ramai pemuda jahat yang melepak dan menegur di jalanan. Sabda Nabi saw lagi. Puasa, solat 5 waktu, pegang amanah suami, jaga kehormatan faraj dan mendidik anak akan dimasukkan ke syurga tanpa perlu berjihad fisabilillah, berdakwah, rombongan jenazah dan pelbagai kewajipan bagi lelaki. HR Imam Ahmad, Annasa’e dan Hakim. Allah telah mengharamkan 3 golongan masuk syurga. 

  1. Tidak bertaubat dari minum arak. 
  2. Derhaka ibu bapa 
  3. Suami Dayyus yang membenarkan isteri zina. 

ANAK SOLEH, ANAK KECIL MATI SEBELUM BALIGH 
DAN MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

22-02-05 Pengajian kitab Muhimmah ms 22  Hadis Nabi saw. Apabila mati seorang manusia, putus segala amal melainkan 3 iaitu i) sedekah jariah ii) Ilmu yang diajar diamalkan. iii) Anak soleh yang mendoakan keampunan kepada ibubapanya. Allah melepaskan kanak-kanak yang mati kecil mencari ibubapa mereka di padang mahsyar untuk dimasukkan ke syurga dengan syarat ibubapanya muslim, bersabar dan tidak marah atas kematian kecil mereka. Ruginya ibubapa yang kematian anak kecil tidak bersabar dan derhaka Allah. (Hassan gharib AtTirmizi dari Anaz b Malek & Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw) Mendidik dengan baik anak perempuan solehah dan adik perempuan solehah akan memudahkan masuk syurga. 


SABAR DALAM BERUMAHTANGGA DISURUH 
SYARAK KERANA ANUGERAH PAHALA BESAR

28-06-05 Pengajian kitab Muhimmah ms28 Hadis Nabi saw. Firman Allah SWT kepada Nabi Adam as jangan hampiri pokok tersebut. Takdir Nabi Adam as, Nabi Nuh as dan Nabi Lut as sebagai pengajaran umatku. Nabi Yunus as berdoa pada Allah supaya diazabnya ketika di dunia kerana baginda tidak ingin sengsara azab akhirat. Firman Allah kepada Nabi Yunus “Kamu akan diazab apabila berkahwin nanti.” Imam Ghazali berpendapat antara faedah kahwin ialah sabar. 

Sabda Nabi saw Allah berfirman Pahala suami sabar perangai isteri seumpama Nabi Ayub as pahala isteri sabar perangai suami seumpama pahala Athiyah isteri kepada  fir’aun laknatullah. 

Sabda Nabi saw, “Sabar yang sebenar ialah ketika permulaan kena musibah” Kata Imam Al-Ghazali sabar dan jangan lekas marah pada mula-mula sekali ditimpa musibah. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Hati perempuan mudah pecah seperti kaca.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Sebagai suami mukmin, jangan marah dan cari keburukan isteri mukminah. Redha perangai buruk dengan mengenangkan perangai baiknya.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan dera dan memukul isteri.

Tanggungjawab Suami Isteri 2005

3 GOLONGAN SUKAR KE SYURGA

25-01-05 Pengajian Kitab Muhimmah

  1. menyakiti hati ibubapa   
  2. dayus membiarkan isterinya buat maksiat dan 
  3. menyeru jalan maksiat

18 GOLONGAN DIMURKAI ALLAH KERANA DOSA BESAR (TAUBAT NASUHA)

  1. Pembunuh tanpa sebab 
  2. Bomoh syirik
  3. Pengukir patung 
  4. Pemabuk arak, daun ketum, dadah dan segala yang memabukkan 
  5. Penzina 
  6. Saksi tipu
  7. Terlibat sihir 
  8. Ramalan ghaib 
  9. Batu api atau melagakan orang
  10. Penuduh fitnah 
  11. Pengumpat 
  12. Pemeras ugut selain pemerintah yang memungut cukai 
  13. Peniaga yang menipu dan makan riba 
  14. Benci salah seorang sahabat Nabi saw. 
  15. Bergaya bertujuan sombong 
  16. Judi dan pertaruhan 
  17. Pemuzik gendang 
  18. Pemuzik biola dan serunai (Hadis 17 & 18 merupakan hadis daif tidak boleh berhujah dan kalau boleh dijauhkan kecuali mendekatkan diri kepada mengingati Allah)

Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw. Yang paling dasyat azab seksaan akhirat dikenakan kepada yang meniru ciptaan Allah. Pengukir patung akan di suruh Allah memberi nyawa kepada patung yang dibuat. 

SALURAN SYAHWAT YANG HALAL ANUGERAH PAHALA

22-03-05 Muhimmah ms 24 faedah kahwin  

Saluran halal menyalurkan syahwat. Nabi saw sebagai kapasiti manusia biasa pernah diransang syahwat apabila terlihat wanita muda dan kemudian bergegas pulang mendapatkan isterinya Zainab ra untuk melepaskan hajat. Ibnu Abbas ra “Sebaik-baik orang ialah yang ramai isteri. “ Imam Al-Ghazali. “Sekiranya ingin syahwat maka wajib baginya berkahwin”. 

RAJA SULAIMAN MENDAPAT ANAK CACAT APABILA TIDAK MENYEBUT INSYA’ALLAH

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Raja Nabi Sulaiman as pernah bersetubuh sehingga 70 isterinya demi melahirkan pejuang fisabillah. Malaikat yang menjadi sahabat Nabi Sulaiman as menasihati baginda agar katakanlah Insya’allah sebelum menyebut ayat setiap keinginan. Akibat tidak menyebut Insya’allah. 70 isterinya yang ditidurinya melahirkan anak cacat.  

MEMPERTAHANKAN KEHARMONIAN RUMAHTANGGA

24-05-05 Pengajian Muhimmah ms 26 faedah kahwin Manusia sekiranya berakal akan:   

  1. Sentiasa berdoa kebaikan dari Allah, 
  2. Menghitung dosa pahala diri 
  3. Beri ruang menikmati keseronokan yang tidak melanggar syarak.
  4. Keseronokan berkongsi hidup. 
  5. Memerangi nafsu melainkan hak wajib isteri 
  6. Mempelajari menangani dan mentarbiahkan anak isteri. 

Dari saidina Abdullah bin Al-Ahbad sabda Nabi saw. Bapa yang menjaga suruhan agama. Sehari sama ibadah selama 70 tahun. Menjaga anak isteri seperti berperang fisabilillah. Berbelanja anak isteri lebih besar dari berbelanja perang sabilillah. 

“Bapa pukul ini kerana kesilapan anak melanggari arahan bapa dan peraturan agama Islam. Bizmillah dan pukul selain muka.” Jangan cakap sesuatu yang buruk

4 PERKARA manusia tidak dapat lari dan perlu tangani dengan: 

  1. mensyukuri NIKMAT, 
  2. sabar dengan UJIAN, 
  3. TAAT perintah Allah itu anugerah Allah & 
  4. hindari suka buat MAKSIAT.  


Sabda Nabi saw Siapa yang bagus solatnya, ramai anaknya, sedikit hartanya serta tidak mengumpat, nescaya dia di syurga bersamaku. Sekiranya hambaNya mempunyai dosa kesilapan lampau maka akan diuji dengan dukacita sebab keluarganya. Sabar dengan ujian tersebut, Allah batalkan dosanya yang lampau. 

CIRI-CIRI BAKAL ISTERI

26-07-05 Muhimmah ms 29 ciri-ciri sunat wanita bakal dikahwini menurut hadis  

  1. Beragama & Takut Allah. 
  2. Cantik pada pandangan bakal suami sesuai dengan paras suami supaya suami tidak liar mata disamping beragama supaya menjaga kehormatan dirinya. Pilihlah yang beragama dan takut Allah kerana cantik dan harta tiada agama boleh merosakkan bakal suami.  

Elakkan : 

  1. Al-annanah – Banyak mengeluh dan merungut 
  2. Al-mannanah –Suka Mengungkit 
  3. Al-hannanah- Mencitakan lelaki lain  
  4. Al-haddaqah – Memberatkan suami untuk membeli sesuatu yang diberkenannya. 
  5. Al-baraqqah – Suka bersiap diri untuk tarikan pandangan umum 
  6. Al-salaqah- Suka bercakap dan berleter

SIFAT BAKAL ISTERI SOLEHAH

27-09-05 Muhimmah ms31 sifat-sifat sunat wanita bakal dikahwini menurut hadis 
Himpunan Hadis Isteri Solehah boleh menjadi penasihat agama Islam dalam rumah tangga dan antara sifatnya: 

  1. Sombong pada lelaki umum selain dari suaminya 
  2. Kecantikan disertai takut Allah 
  3. Muka bersifat keibuan 
  4. Mas kahwin rendah itu wanita yang baik dan lagi cepat kahwin lagi baik dengan menyegerakan dapat anak. Mas kahwin Rasulullah saw ialah satu penggiling tepung, satu tempayan dan satu bantal. Mas kahwin sahabat ialah sebutir emas sebesar biji buah kurma
  5. Pilih perempuan adik beradik ramai 
  6. Sunat memilih anak dara. 
  7. Keturunan yang baik dari segi latar belakang beragama seperti anak cucu orang soleh dan orang alim. 
  8. Jangan kahwini jalur keluarga terdekat kerana anak menjadi lemah tubuhnya.
  9. Ibubapa wajib memilih suami yang tidak jahat perangai atau jahat rupa parasnya disamping tidak jahil agama. Memberi anaknya kahwin semata-mata kaya, berharta, pangkat besar walaupun tahu bakal suami anaknya jahat maka ia seperti memutuskan silaturahim. Ibubapa anak perempuan tersebut mengharamkan dirinya masuk syurga. Kata ulama, pilihlah menantu lelaki yang takutkan Allah. 

POLIGAMI
 
Berlaku adil semua aspek dalam keadaan zahir atau batin walaupun hati lebih berat kepada satu pihak lain seperti Rasulullah saw. Baginda berkahwin ramai isteri atas dakwah islamiah perintah Allah walaupun hatinya berat cinta kepada Aisyah dan Khadijah.

Tidak adil Poligami. HR AtTirmizi dan Hakim sabda Nabi saw. Tidak adil dalam poligami akan didatangkan hari kiamat dibangkitkan dalam keadaan bahu tubuh badan jasadnya yang gugur.

DERHAKA SUAMI SEKALIGUS DERHAKA ALLAH WALAUPUN SEKETIKA

Gugur giliran  

  1. Derhaka suami atau menyakitkan hati suami. 
  2. Keluar rumah tidak minta izin
  3. Tutup pintu tidak memberikan suami masuk. Allah SWT perintahkan Nabi saw menceraikan salah seorang isterinya yang tidak membenarkan baginda masuk rumah. 
  4. Tidak mahu bersetubuh walaupun dalam keadaan bukan uzur. 5)Menyibukkan diri apabila suami meminta. 

HR Ahmad & Tabarani. Sabda Nabi saw. Diharamkan tidak bertutur sesama muslim lebih dari 3 hari.
Makna Darurat ialah sekiranya tidak buat boleh menyebabkan kematian.