Nota Cinta

Friday, May 20, 2005

Surah Ali Imran

 SABDA NABI SAW DAN PESAN PADA UMAT BAGINDA.
20-5-05 Sahih Muslim dari Aisyah ra Rasulullah saw sentiasa berdoa samada bersyukur atau memohon perlindungan dari Allah apabila melihat angin kerana sabda baginda. Firman Allah Al-Ahqaaf 24 & Al-Araf 70. Kaum Ad menyangka hujan rahmat apabila melihat awan hitam sebaliknya firman Allah itulah azab yang diminta disegerakan bagi membuktikan kebenaran Hud as setelah mempertahankan ajaran nenek moyang dari menyembah Allah. 

18-07-05 Sahih Muttafakun Alai. Abu Zar ra. Syarat syurga jangan sesekali pernah syirik dalam hidup. Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Lihat golongan bawah serba kekurangan bukan golongan atas.
15-08-05 Sahih Muslim dari Imran bin Husain ra. Perempuan yang melaknat unta itu disabdakan Nabi saw telah dilaknat Allah. Tidak berapa lama kemudian, perempuan tersebut menjadi gila akibat dimarahi Nabi saw.
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Aku diutus bertujuan membawa rahmat pada manusia bukan tujuan mencaci maki.
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra Nabi saw yang tidak pernah menyakiti sesiapa berdoa. Sekiranya aku ada termaki, terpukul, terlaknat dan tersalah cakap pada mana-mana muslim, mudah-mudahan Allah mengurniakan rahmat padanya.
Sahih Muslim dari A'isyah ra. Sejahat-jahat manusia ialah kejahatannya tidak ditegur.  
19-09-05 Sahih Bukhari Muslim dari Anaz bin Malek ra. Nabi saw beri salam bila jumpa kanak-kanak. Sahih Muslim dari Abu Said Al-Qudri ra. Manusia paling buruk ialah suami atau isteri yang menceritakan rahsia hubungan bersama pada orang lain.
02-02-06 Sahih Muslim Zaid b Sabit. solat fardu afdal di masjid, solat sunat afdal di rumah.
Sahih Muslim Anaz bin Malek ra. Jangan melampau ibadah sunat sehingga memudaratkan diri.
20-03-06 Sahih Muslim. Al-Qamah bin Wa'il dari bapanya. Sumpah menipu dengan nama Allah akan mati dalam keadaan murka Allah & tidak dilayan di akhirat.

MUKJIZAT BEKALAN TIDAK HABIS RASULULLAH SAW
17-04-06 Sahih Muslim Anaz bin Malek ra, kenangan manis hidupku ialah pertama kali jumpa Rasulullah saw ketika umurku 10 tahun dan ketika kali terakhir di waktu wafat baginda. Aku melihat air keluar celahan jari Nabi saw ketika 80 sahabat beratur mengambil wuduk dari sebuah baldi kecil yang dipegang baginda. 
Sahih Muslim. Jabir ra. Sabda Nabi saw pada Umu malik, sekiranya bekas tersebut tidak dibasuh, baki minyak samin yang aku pulangkan pada kamu itu boleh digunakan sampai bila-bila.  Sabda Nabi saw pada lelaki miskin, sekiranya kamu tidak sukat bekas tersebut, kamu boleh makan seumur hidup kamu.  
15-05-06 Sahih Muslim Ibni Abbas ra. Rasulullah saw bencikan riuh rendah pertengkaran sesama muslim. Aisyah ra. Sebelum Rasulullah saw afat, baginda sempat menyebut, Ya,Allah ampunilah aku dan tempatkan daku bersama hamba-hambaMu yang soleh. 

72 PUAK KE NERAKA KECUALI 1 PUAK
19-06-06 HR Abu Daud dari Muawiyah ra "Umatku berpecah 73 puak dengan kesemuanya masuk neraka kecuali 1 puak yang kekal mengikut Quran Sunnah. Muslim terkeluar dari Islam kerana merasakan tidak selesa dengan garis panduan ulama. Kebanyakan muslim memahami agama melalui akal bukan mengikut tuan punya agama iaitu Allah sehingga lahir pelbagai fahaman seperti pluralisme, liberalisme, sosialisme dan sebagainya. 
Sahih muslim. Allah perkenankan doaku supaya tidak dibinasakan dengan kemarau tiada air dan banjir zaman Nuh. Tetapi Allah menolak doaku yang ketiga iaitu umatku saling bergaduh dan berbunuhan.

17-07-06 Sahih Muslim Jarir ra. Nabi saw marah apabila melihat umatnya fakir miskin dan amat gembira apabila umatnya bersedekah walaupun harta tinggal hanya setengah buah kurma.
Sahih Abu Daud AdTirmizi Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw padanya. Doakan kami sekali apabila menunaikan umrah nanti.

LAILATULQADAR
18-09-06 Sahih Muslim Abu Bakrah ra. Lailatul Qadar 10 malam terakhir antara 29, 27, 25, 23.
Sahih AtTirmizi Saidina Ali Nabi saw gerakkan kaum kerabat keluarganya 10 terakhir Ramadhan.

15-1-07 Sahih Muttafakun Alai Abi Said, Abi Mas'Ud & Abi Hurairah ra. Sakit ujian musibah Nabi saw sekali ganda sakit yang diterima manusia biasa. Sabar apa jua kedukaan ujian musibah digugurkan dosa-dosa berkaitan.
Sahih Muttafakun Alai Atoq bin Yazid ra. Pilih sabar dari sembuh penyakit itu merupakan penghuni syurga. 
19-02-07 Sahih Bukhari Anaz bin Malek ra. Pastikan tidak buat dosa sehari sebelum sehingga hari menurunkan mayat ketika menyambut jenazah dalam liang.
Hati wanita mudah pecah seperti botol kaca. Tangis sedih rahmat Allah tetapi jangan cakap seolah-olah tidak redha takdir Allah.
Sahih Bukhari Abi Salamah & Aisyah ra ketika wafat Rasulullah saw. Abu Bakar memeluk jenazah Nabi saw sambil berkata ya Rasulullah saw, aku sanggup kehilangan bapaku demi kamu. Orang ramai yang sedang mengerumuni ceramah Omar di luar yang seolah-olah tidak menerima pemergian Rasulullah saw beralih kepada tasyahud Abu Bakar. Abu bakar mengumumkan Muhammad telah mati tetapi Allah tidak mati. Semua penduduk mengikut Abu Bakar membaca firman Allah Ali Imran 144, Muhammad juga seperti Rasul lain akan mati suatu hari nanti...

19-03-07 Sahih Muslim Umi Salamah radiallahuanha. Roh dicabut sambil diekori anak mata.
Sahih muslim. Dosa diampunkan 40 kali apabila menutup aib jenazah.

PECAH AMANAH KE NERAKA
16-04-07 Sahih muslim Abi Hurairah ra. Syahid Hunain ini sebenarnya mati kafir kekal neraka kerana bunuh diri selepas tidak tahan sakit cedera.
Sahih Muslim Omar Al-Khattab ra. Syahid Khaibar ini ahli neraka kerana mengambil sehelai selendang rampasan perang yang belum dibahagi.

PERTEMUAN AGUNG ANAZ BIN ANNADAR
04-05-07 riwayat Anaz bin Malek Pakcik ku Anaz bin Annadar menyesal kerana tidak turun perang Badar disaat Islam memerlukan. Ketika Uhud di ambang kekalahan. Anaz bin Annadar meluru ke pasukan musuh sambil berkata, "Ya Allah, ampunkan kami atas kesilapan ini dan atas keingkaran sahabat-sahabatku. Demi Allah. aku dapat menghidu bau syurga!" Jasad pakcik dihancurkan kafir. Makcikku mengenali pakcik berdasarkan cebisan jari yang tinggal. Firman Allah Al-Ahzab 23 merujuk Annaz Annadar. Mukmin ini membenarkan janjinya pada Allah. 

18-06-07 Sahih Muttafakun Alai Uqbah bin Amir ra. Tempat perjumpaan aku di akhirat ialah di telagaku. Aku takut umatku mengejar dunia sehingga mengenepikan agama. Aku takut umatku sanggup buat apa saja dan kelabu mata demi harta serta pangkat.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Demi Allah, aku tidak takut kamu jadi kafir tapi aku takut kamu berlumba mencari kekayaan dunia. wallahu'alam.
(Muqaddimah sblm pengajian Nurul Ihsan Ali-Imran 183-187@8jun07)


16-07-07 Sahih Muslim Abi Hubairah ra sabda Nabi saw pada Abu Bakar As Siddiq kerana tegur Salman Al-Farisi, Bilal bin Rabbah dan Suhail ra. "aku takut teguran kecilkan hati saudara sesama Islam disebabkan menjaga hati kafir menyebabkan Allah marah pada kamu." 
Sahih Bukhari Muslim sabda nabi saw. "Sedekah setengah cupak makanan para sahabat jauh lebih baik berbanding sedekah segunung emas tulen oleh umatku yang terkemudian."

2005-2007 Pengajian kitab Nurul Ihsan syarah ustaz Shamsuri.

MENENTANG ALLAH KESUDAHANNYA NERAKA
3:2) Allah itu Tuhan kekal abadi.
3-4) Bagaimana Nasrani dan Yahudi yang dikurniakan akal oleh Kami mengatakan Allah itu ada anak? Taurat, Injil dan Zabur diturunkan sekaligus sebuah kitab sedangkan Al-Quran ini berperingkat.
5) Seksa bagi yang melakukan maksiat dan bantah Al-Quran. Quran bukan untuk diniagakan.
6) Allah Maha Bijaksana Maha Mengetahui ke atas manusia ciptaanNya maka Quran penentu hukum seluruh kehidupan manusia.
7) Quran mesti diterangkan melalui Hadis KekasihNya. Contoh ayat Mutasyabiha, Tangan Allah bukan seperti tangan makhluk ciptaanNya tetapi ia bermaksud kuasa Allah.
8-9) Terpesong penerangan walaupun kelulusan phd akan menyebabkan yang mengikuti juga berdosa. Bukhari Muslim. 3 perkara merisaukan Rasulullah akan kebinasaan yang menimpa umatnya akhir zaman ialah 1) Harta yang banyak boleh menyebabkan pergaduhan, permusuhan dan pembunuhan. 2) Quran digunakan para ilmuan untuk menunjuk pandai. 3) Kejahilan iaitu tiada ilmu, berilmu tetapi tidak beramal dan berilmu tetapi tetap tidak mengambil ikhtibar.
3:10) Harta dunia dan anak tidak dapat bantu pesalah dosa yang menjadi penghuni neraka.
11) Ahli keluarga yang berdosa juga turut terlibat menjadi bahan bakar api neraka.
12) Dustakan Quran dan Hadis itu sama seperti Fir'aun. Balasan Allah sangat dasyat tiada bandingan seksaan dunia yang paling jahat.
13) Perang Badar 313 muslim vs 900-10000 kafir. Dari 313 hanya 8 berpedang 2 berkuda manakala yang lain tiada senjata. Kafir dilengkapi perisau, baju besi dan senjata. Allah menukar penglihatan kafir supaya melihat muslim bilangan besar dan menukar penglihatan muslim melihat kafir bilangan amat kecil. Kuasa Allah tiada siapa dapat halang.
14) Sabda Nabi saw. Fitnah paling dasyat selepas kewafatanku ialah kebinasaan kaum lelaki kerana syahwat pada wanita.
15) Nikmat sebenar ialah syurgawi akhirat dan kemuncak nikmat ialah keredhaan Allah.
16) Taubat dan selalulah minta ampun dosa.
17) Ciri-ciri ahli syurga itu ialah Assobirin atau golongan sabar menunaikan perintah Allah, Assodiqin atau golongan benar, Wal Qaniqin atau taat zahir batin pada Allah, Wal Munfiqin atau golongan sedekah jalan Allah dan Wal Mustaqfirin dan golongan selalu mengucap istighfar waktu sahur.
ALLAH SENDIRI NAIK SAKSI, ISLAM IALAH MENTAUHIDKAN ALLAH
(3:18) Firman Allah: Allah sendiri naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia.
19) Semua Rasul membawa Islam. Islam bermakna mentauhidkan Allah. Yahudi dan Kristian menolak Muhammad saw difirmankan Allah sebagai kafir.
20) Berdebat yang bukan mencari kebenaran tetapi semata-mata menunjuk hebat itu buang masa, maka berserah pada Allah. Cukup sekadar dakwah Islamiah.
21) Allah menyindir Yahudi yang bunuh 43 Nabi waktu pagi dan 170 orang beriman sebelah petang akan dijanjikan berita gembira. Berita gembira itu ialah azab yang sangat dasyat.
22) Buat jahat pada masa yang sama buat baik tidak diterima amalan.
23) Yahudi Madinah tidak puas hati kerana hukuman zina dalam Taurat sama dengan Quran dan pemerintah Islam Madinah mengamalkan hukuman tersebut.
24) Yahudi kemudian menipu diri sendiri dengan mengubahsuai Taurat.
25) Hari pembalasan, yang berdosa tidak terlepas.
KUASA ADALAH AMANAH
(3:26) Kuasa amanah yang diberikan dan diambil balik itu kehendak Allah dan hanya Allah Maha Mengetahui. 27) Allah yang menukar siang malam boleh mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Allah memberi kekayaan rezeki kepada yang dikehendakiNya.
LARANGAN BEKAWAN RAPAT DENGAN KAFIR SEKIRANYA 
BOLEH BERKAWAN RAPAT DENGAN MUSLIM BERIMAN
28) Jangan sengaja memilih kafir teman rapat sekiranya terdapat mukmin. Jangan jadikan kafir pemimpin kepada majoriti muslim. Tiada bantuan Allah pada muslim yang melanggar peraturan Allah. 29) Allah tahu isi hati muslim yang kufur. 30) Di hari perhitungan, pemegang rekod amalan banyak dosa tidak mahu melihat rekodnya sendiri maka ingatlah semasa hidup di dunia kerana Allah Maha Menyayangi.
SAYANG ALLAH MAKA IKUT NABI SAW
31) Sabda Nabi saw, "Sekiranya sayang Allah maka ikut Muhammad saw. Sayang Muhammad saw maka sayang Allah." 32) Tuhan itu hanya satu Allah dan Allah tiada kasih pada kafir. 33) Perkiraan kalendar Islam. Umur Nabi Adam 960 tahun. Nuh 1050 tahun dan Ibrahim 170.
IMRAN, MARIAM, NABI ZULKIFLIM NABI YAHYA, NABI ISA
34) Setelah ratusan tahun berdoa, 
35) Hannah isteri Imran melahirkan mariam setelah kematian Imran.  Sahih Bukhari, bayi yang dilahirkan menangis kerana dicucuk syaitan. Mariam dan Isa tidak begitu.
36) Hannah tidak menyangka bayi yang lahir itu perempuan kerana yang diharapkan ialah lelaki untuk menjaga masjid BaitulMaqdiz. Namun begitu, Hannah berdoa agar mariam tidak diganggu syaitan
37) Nabi Zakaria as yang mengambil mariam sebagai anak angkat, terkejut apabila budak perempuan yang belum masa boleh bercakap tiba-tiba memberitahu buah-buahan yang dimakannya itu dari Allah.
38-40) Zakaria 120 tahun yang isterinya mandul diberitahu Jibril bahawa akan dikurniakan anak lelaki bernama Nabi Yahya as dan tujuannya, Allah berkehendak Yahya membenarkan Isa apabila Isa dilahirkan Mariam nanti.
41) Tanda isteri Zakaria mengandung ialah 3 hari 3 malam secara semulajadi tidak bercakap melainkan bahasa isyarat, baginda juga akan sentiasa berzikir dan solat malam.
ISA DI ANGKAT KE LANGIT
(3:55) Setelah Isa dituduh sebagai anak Tuhan dan pelbagai tohmahan. Isa ketika berumur 120 tahun di angkat ke langit.
56-57) Perbuatan syirik sebegini dijanjikan azab tetapi yang beramal soleh dijanjikan pahala syurga.
58) Ketika Isa turun memerangi Salib dan membunuh Dajal, penduduk dunia kembali Islam 100% dan Quran ini Kisah sebenar Isa as.
59) Nabi Adam as dan Hawa juga tiada bapa tiada ibu sebagai bukti ini KUASA ALLAH, tergamak manusia menuduh Allah ada anak.
60) Muslim jangan sesekali ragu-ragu Quran seperti Kristian.
HUJAH NABI SAW VS KRISTIAN 
61-62) Allah memerintah Nabi saw mewujudkan majlis mubahalah supaya melaknat siapa yang salah antara Islam dan Kristian. Abdul Masih wakil ketua ulama Kristian berkata, mari berdamai dengan Muhammad dan kembali ke kampung halaman masing-masing kerana Muhammad ini seorang Nabi seperti tersebut Injil asal sebelum ditukar Bible. Nabi saw meminta Ali (menantu), Fatimah (anak), Hasan (cucu) dan Husin (cucu) mengaminkan doa baginda untuk melaknat Kristian bagi pihak Islam. Perdebatan Muslim Nasrani kali ini ALL OUT.
63) Allah mengetahui siapa benar siapa salah.
STRATEGI YAHUDI DALAM SENYAP
3:64-65) Allah bertanya Yahudi & Kristian "Bagaimana Nabi Ibrahim as mengikut agama kamu sedangkan Ibrahim wujud terlebih dulu dan dalam kitab Ibrahim, taurat, injil membenarkan kelahiran Muhammad sedangkan kamu ulama yahudi nasrani menidakkannya atas kepentingan kamu?"
66-68) Hanya Allah yang tahu dan manusia tidak tahu, Ibrahim bukan mengikut Yahudi Nasrani. Yang berhak berkata ialah Muhammad saw dan para sahabat.
69) Wahai Muhammad! jaga para sahabatmu kerana yahudi sedang berusaha menarik 3 sahabatmu, Muaz, Huzaifah dan Amar. Allah kemudian mengucap tahniah atas kekentalan iman para sahabat.
70-73) Nabi saw berbincang dari hati ke hati dan yahudi seolah-olah menyambut baik teguran Allah. Hakikatnya, yahudi berstrategi sengaja pura-pura memeluk Islam tetapi kemudian mereka keluar dengan memburukkan nama Islam.
74) Hidayah Allah itu mahal dan bersyukurlah pada mereka yang memanfaatkan Islam.
75) Abdullah bin Salam seorang ulama besar Yahudi yang amanah kemudian memeluk Islam.
76) Allah mengasihi orang yang amanah kerana ia tanda takut kepada Allah.
SEMUA PARA NABI TELAH MEMBUAT AKUJANJI TAAT NABI MUHAMMAD SAW   
3:77) Kekal neraka bagi yahudi yang pinda Taurat, kianat amanah Allah dan langgar sumpah.
78) Nasrani mendakwa Isa as menyuruh mereka menyembah baginda.
79) Sedangkan Allah lantik mereka menjadi Nabi, amat mustahil para Nabi itu memesan pada umat masing-masing supaya para Nabi itu disembah.  
80) Fahamilah kitab-kitabKu dan Allah tidak menyuruh manusia menyembah malaikat, jin, manusia dan sebagainya kecuali manusia hanya mesti menyembah Allah yang satu.
81) Semua Nabi telah berjanji taat dan menolong Nabi akhir zaman malah Allah sendiri mengumumkan di mahsyar Muhammad itu satu-satunya Nabi akhir zaman.
82) Ingkar Allah, tempatnya neraka.
83) Wahai hati yang ragu-ragu, Adakah agama lain lebih hebat dari agama Allah iaitu Islam?
84) Berimanlah dengan semua para Nabi dan Rasul yang diutus Allah tanpa persoal.
85-89) Kekal murtad kekal neraka sekiranya tiada taubat ketika masih hidup di dunia.

3:90) yahudi percaya Musa menjadi kafir bila menolak Isa. Taubat tidak diterima apabila nyawa di kerongkong. 
91) Mati kafir kekal neraka walaupun hartanya kaya memenuhi muka bumi. Azab kepedihan neraka tiada termampu jangkauan akal manusia. Tiada siapa boleh tolong.
92) Allah janjikan syurga sekiranya manusia korbankan sesuatu yang amat disayanginya.
93) Sabda Nabi saw. "Daging unta sebenarnya halal di zaman Ibrahim tetapi Ya'kob (bapa keturunan Isra'il) bernazar tidak makannya."
94) Penyelewengan haram daging unta tersebut diseleweng bani Israel dengan mengatakan Islam tidak menurut seperti yang disyariatkan Ibrahim.
95) Sedangkan Islam kesinambungan tauhid yang dibawa Nabi Ibrahim as. 
96) Menghadap kiblat ka'bah sembah Allah simbol perpaduan muslim.
97) Bekas kesan tapak kaki Nabi Ibrahim bukti kuasa Allah.
3:98) Kewajipan Haji Baitullah bagi yang mampu dari segi tenaga dan kewangan. Tolak ibadah haji tergelincir dari Islam.
99) Kenapa ahli Taurat nafikan Islam sedangkan tahu kebenaran Islam.
100) Aus dan Khazraj telah didamaikan Rasulullah saw tetapi dilagakan kembali oleh yahudi.
101) Kenapa ikut kafir sedangkan dikalangan muslim ada Quran Sunnah?
102) Wahai mukmin, takutlah pada Allah sedaya upaya kamu.
103) Syukurlah nikmat Islam menyatukan hati manusia dan tiada pergaduhan seperti zaman Jahiliah.
3:104) Berdakwaklah amal makruf nahi mungkar. 
105) Jangan terpengaruh budaya kafir.
106) Allah bertanya pada muka rentung di akhirat kenapa murtad? hari ini, terimalah azab
107) Muka berseri ikhlas kerana Allah di akhirat akan kekal syurga.
108) Kami ceritakan hal sebenar masa depan ini bakal terjadi wahai Muhammad dan umat Islam. 
109) Sihat, Kaya, Muda, Senang, Berkuasa semua akan kembali pada Allah.
110) Sebahagian alim taurat inji berpegang jalan Islam dan kebanyakannya menolak Islam.
111) Zaman para sahabat digeruni Yahudi Nasrani, sekiranya berperang, pasukan Muhammad saw pasti menang. Sabda Nabi saw. Penyakit kejar dunia takut mati akan menyebabkan umatku akhir zaman tidak digentar oleh musuh.
112) Pada awalnya mereka ditimpa kemiskinan kehinaan, mereka menzahirkan kemiskinan tetapi sebenarnya menguasai ekonomi dunia dan yang dasyatnya mereka membunuh para nabi dan melampau yang haram dari yang halal.
113) Namun, di kalangan ahli kitab, masih ada yang soleh
114) Perbuatan dosa membatalkan pahala kecuali bersyukur dengan taqwa.
115) Allah kenal siapa bertaqwa siapa tidak.
116) Anak dan harta kebanggaan manusia boleh menyebabkan kufur.
117) Sekiranya kafir belanja amal kebaikan umpama angin lalu tiada ganjaran pahala akhirat.
3:118) Awas muslim, berkawan tapi jangan percaya kafir. Sekiranya berpeluang, mereka hancurkan terus Islam. 
119) Yang berada di hati kafir lebih jahat dari mulutnya.
120) Munafik Abdullah Ubai bin Salul berkata ketika persiapan muslim di Uhud. "mari semua balik rumah, kalau kita kekal sini kita akan mati, jangan biar anak kita jadi yatim, jangan sesekali biar isteri kita jadi janda. Lagipun sia-sia saja, kita tak pandai berperang. Biarkan, siapa nak mati, duduklah sini." 300 muslim keluar dari saf muslim Uhud. Omar Al-Khattab "Biar aku pancung muslim terkutuk ini?" sabda Nabi saw. "jangan, sekiranya kita buat begitu, keadaan lebih buruk."
121) Sabtu 7 Syawal tahun 3 hijrah, turun saf terntera Muslim bersiap menerima takdir Uhud. Pasukan pemanah diingatkan berulang kali agar jangan sesekali tinggalkan bukit Uhud walaupun muslim tewas. 300 muslim mengikut Abdullah Ubai Salul keluar dari Saf tentera muslim.
123) Banu Salamah dan banu Harisah yang pada mulanya termakan pujukan hasutan Ubai bin Salul kembali bersemangat ke posisi bersama Nabi saw.
124) Allah hantar 3000 malaikat membantu Badar. Syarat bantuan langit muslim mesti bersih dari dosa besar, tidak terlibat maksiat dan tidak mengekalkan dosa kecil.
125) 5000 mala'ikat diturunkan dalam Uhud. Muslim mengenali mereka melalui jubah putih beserta serban putih berikat ekor di belakang dengan kain selendang di bahu.
126) Kehadiran malaikat menyuntik semangat tentera muslimin.
127) Ketika Rasulullah saw parah sabda Nabi saw. Bagaimana Allah hendak memberi kemenangan yang mana Rasul mereka berlumuran darah. Setelah mendengar teriakan Nabi saw itu, para pejuang muslim kembali bersemangat melaungkan jihad.
128-129) Firman Allah, terimalah takdir ini dan serahkan pada Allah.
130) Mereka yang kufur menzalimi diri mereka sendiri.
131) Allah pemberi rahmat dan Maha Pengampun.
3:130) Islam haramkan riba. 
131) Jauhilah neraka 
132) Taatlah Allah & Rasul 
133) Luas syurga tiada terbatas 
134) Penghuni syurga suka derma, tahan marah, pemaaf, hatibudi buat baik, 
135) Segera tubat lepas terlanjur buat jahat. 
136) Mereka ini kekal syurga. 
137-138) Ambil pengajaran dari tempat yang pernah diazab Allah. 
139) Muslim yang benar mukmin adalah tertinggi di sisi Allah berbanding kafir. 
140) Muslim mati syahid manakala kafir mati sia-sia dalam peperangan. 
141) Sabar ujian disucikan dosa. 
142-143) Kenapa dalam perang Uhud terdapat sebahagian bukan mengejar syahid malah mengejar harta yang ditinggal kafir di bawah bukit?
3:144) Diketika kekacauan perang Uhud, munafik melaungkan Nabi saw telah wafat. Adakah kamu berpaling sekiranya Rasul kamu wafat? sedangkan Rasul kamu manusia biasa seperti kamu.
145) Siapa mahu dunia, Kami bagi dunia, siapa mahu akhirat, baginya keuntungan.
146) Betapa umat terdahulu tetap berjuang walaupun kehilangan Nabi Rasul mereka. 
147) Doa pejuang terdahulu yang diberi kemenangan "Wahai Tuhan kami! Ampunkan dosa-dosa kami, teguhkan pendirian kami dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kafir. 
148) Allah tidak beri kemenangan sekiranya terdapat muslim yang tiada bersih dari dosa.
149) Memihak kafir akan rugi akhirat. 
150) Cukup Allah sebagai pelindung. 
151) Sedangkan Allah boleh menanamkan rasa gerun dalam hati musuh. 
152) Pada asalnya kelihatan menang dan bakal mendapat rampasan perang tetapi Allah menguji siapa ikhlas siapa tidak. Yang tetap beriman syahid di bukit Uhud seperti Abdullah bin Jubair manakala yang cuba mengambil harta rampasan lari bertempiaran. Allah memberi kemaafan.
153) Kesilapan muslim ialah berpecah belah dan bantah Rasulullah saw.  

IKTIBAR PERANG UHUD
3:154-158) Munafik mempersoalkan pertolongan Allah dan status kerasulan Nabi saw Sabda Nabi saw. Sekiranya tidak syahid, takdir mati di rumah juga itu ketetapan Allah. Allah menguji siapa beriman siapa munafik dengan peninggalan harta senjata perang di bawah bukit. Kekalahan Uhud adalah pengajarandan Allah mengampunkan dosa mereka yang ingkar di medan perang. Haram tidak percaya takdir Allah seperti berkata, kalau tak pergi pun selamat. 
3:159) Allah jadikan Nabi Muhammad saw seorang yang berakhlak baik dan lembut sesuai sebagai peribadi seorang pendakwah. Baginda menerima pendapat majoriti mesyuarat dan bertawakal pada Allah.
3:160) Sekiranya Allah tolong, muslim pasti menang dengan syarat semuanya suci bersih dari dosa.
3:161) Allah MURKA, Tergamakkah manusia berkata buruk pada KekasihKu. Tidak mungkin satu Nabi berniat begitu. Hari kiamat, siapa terlibat tuduhan, Aku AZAB CUKUP-CUKUP DASYAT!! 3:162) Mereka zalim diri sendiri
3:163) Allah sentiasa sedang melihat setiap makhluk ciptaanNya. 
3:164) Zaman Jahiliah kaya kuat walaupun jahat tetap dihormati. Islam turun membetulkan yang mesti dihormati ialah yang taat Allah.
3:165) Jangan salahkan Allah. Kekalahan kehinaan Uhud berpunca dari diri sendiri kerana bantah arahan Rasul kamu.
3:166) Allah menzahirkan mana munafik mana beriman dalam perang Uhud.
3:167) Munafik sekiranya pandai berperang pun mereka tetap tidak turun, Itu sekadar alasan.
3:168) Munafik yang tidak turun perang berbual sesama mereka, "kesian nasib mereka yang ikut Nabi saw perang." Allah sindir munafik, "duduklah di rumah sampai bila-bila dan jangan mati."

ROH MATI SYAHID 
3:169) Roh syuhada tidak mati seperti roh manusia biasa.
170) Roh syuhada menikmati kehidupan syurga sehingga hari kiamat.
171) Selepas kiamat, roh bercantum jasad syuhada terus menikmati kehidupan syurga. 
172) Kafir Mekah mencabar muslim sedikit dengan bala tentera besar. 
173) Muslim menyebut Cukup Allah bagi kami.
174) Di hari muslim gadai nyawa untuk Islam, Allah takdirkan perang tidak jadi dan muslim meraih keuntungan berniaga.
175) Manusia yang terlibat menaja mana-mana program merosakkan Islam ialah syaitan.
176) Nabi saw kecewa kerana ramai terpengaruh dengan kafir yang menghasut dan lebih mengecawakan Nabi saw lagi ialah yang mengikut perang tiba-tiba jadi munafik.
177) Allah tidak rugi, tidak terima mengamal Islam maka tiada syurga.
178) Semakin panjang umur maka semakin banyak dosa bagi yang tidak beriman.
180) Peringatan Allah, jangan dalam hati ada cubaan untuk bersifat kedekut. Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Cukup syarat zakat tetapi tidak keluarkan zakat, harta peninggalannya menjadi ular gergasi.
181) yahudi mengatakan Allah fakir apabila ayat-buat kebaikan, Allah berhutang pahala dengannya.
182) Setiap perkataan dicatit dan dibalas. Allah tidak zalim, manusia zalim pada dirinya.
3:183-184) Yahudi minta Rasulullah saw buktikan mukjizat seperti para Nabi terdahulu sedangkan mereka sendiri membenarkan nenek moyang mereka membunuh para nabi terdahulu.
186) Dunia bersifat menipu.
186) Sabar berdakwah dengan ujian tohmahan adalah terbaik di dunia.
187) AMARAN ALLAH Jangan sesekali tolak Qur'an walaupun 1 ayat hudud.
3:188) Jangan pertikai hak Allah menentukan siapa syurga siapa neraka.
189-191) Ciptaan langit tiada tiang sekeping pun tiada jatuh ke bumi sebagai dalil kebesaran Allah untuk difikir setiap detik sepanjang kehidupan.
192) Tiada siapa dapat menolong sekiranya Allah takdirkan yang berdosa menghuni neraka.
193-194) Sabda Nabi saw, Amalkan doa hati setiap kali sujud dalam solat, (ayat Ali Imran 193-194) Ya Allah, ampunkan dosa kami termasuk kedua ibubapa dan anak cucu kami, hidupkan dan matikan kami dalam iman, sihatkanlah kami. janganlah Engkau keji kami di akhirat.
195) FIRMAN ALLAH MEMBALAS --"Aku perkenankan untuk mukmin yang berdoa dalam setiap sujud solat ini." Aku janjikan syurga dengan kifaratkan dosa para sahabat yang dihalau dan disakiti kafir demi berkorban untuk Islam.
196) Di dalam fikiran muslim ragu-ragu. kenapa kafir yang Allah kata musuh Allah itu hidup senang kaya raya sedangkan muslim yang ikut jalan Allah ini hidup susah.
197) Di akhirat, kafir merupakan paling fakir miskin apa pun tiada. Amalan kebaikan kafir di dunia akan sia-sia di akhirat dan mereka kekal neraka.
198) Untuk yang takut kepada Allah, sudah semestinya balasan syurga.
199) Abdullah bin Salam dan sahabat rahib yahudi yang berpegang Taurat Musa, Raja Najashyi dan para paderi 30 habsyah 8 rom 4 Najran yang berpegang Injil ajaran Isa. Kesemua mereka beriman dengan Allah dan Nabi Muhammad saw. Kesemua ini dijanjikan keampunan dan syurga Allah.
200) Sabar dengan taat buat suruhan Allah dan sabar jangan buat larangan Allah kerana manusia tidak terlepas apabila dibicarakan di mahkamah Allah walaupun terlepas di mahkamah duniawi.

Bacaan harian Ali-Imran, Allah selamatkan baginya ketika melalui titian sirat

"Duitti nahi, muhabbat calO (hindi malay), Alfulus fiddOnnia walmampus (arab malay)"




Monday, May 9, 2005

Iman 2005



Syarah kitab Bahrulmazi jilid 18 bab Iman oleh Ustaz Shamsuri

LANGIT DIPENUHI MALAIKAT YANG SUJUD PADA ALLAH

09-05-05 HR AtTirmizi dari Abi Dzar ra sabda Nabi saw. Setiap ruang langit dipenuhi malaikat yang sujud kepada Allah. Sekiranya manusia dapat mendengar dan melihat neraka seperti aku, mereka pasti menangis setiap hari. Dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Khazanah yang paling mahal di sisi Allah ialah syurga. Sabda Nabi saw. Tiada iman ketika itu bila melakukan zina dan kecurian.

 ZIARAHLAH MEKAH, MADINAH & BAITULMAQDIZ

13-06-05 Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Tidak perlu bersungguh-sungguh menyimpan duit melainkan ziarah 3 tempat ini iaitu Madinah, Mekah dan Baitulmaqdiz.
Sahih Bukhari dari Nafiq ra dan Ibnu Omar ra. Nabi saw solat sunat tawaf 2 rakaat di belakang makam Ibrahim as selepas mengililingi ka’bah 7 kali. Baginda juga solat sunat di Masjid Ku’ba setiap kali tiba di sempadan Madinah. 

ISLAM YANG TIDAK SEMPURNA

HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Islam yang sempurna ialah lidah dan perbuatannya terjaga dari menyakiti pihak lain. Tidak sempurna Islam apabila Maki, Mengumpat, Melaknat, Mengeji, Menyumpah, Menuduh, Meracun, Menipu dan lain-lain seperti maksudnya. 

KEMEROSOTAN ISLAM

Sahih AtTirmizi dari Ibni Mas’ud ra sabda Nabi saw, Islam akan mengalami kemerosotan dan rosak binasa menjelang akhir zaman. Dari Amru bin Auf ra sabda Nabi saw. Islam terlindung di Mekah dan Madinah disamping mukmin yang tetap memegang kukuh Al-Quran dan Hadis walaupun tidak disukai masyarakat. 

SEGERAKAN AMAL

11-07-05 HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Segerakan amal kerana datang 7 perkara. 

  1. Kefakiran yang serba kekurangan. 
  2. Kekayaan yang melalaikan. 
  3. Sakit yang tiada daya. 
  4. Tua yang nyanyuk. 
  5. Kematian. 
  6. Datangnya dajal iaitu seburuk-buruk benda ghaib. 
  7. Kiamat yang sengsara.

Sahih Bukhari dari Utbah bin Al-Harith ra. Ketika solat Asar di belakang Nabi saw di masjid nabawi. Nabi saw memberi salam dan berangkat terus pulang ke rumah tanpa zikir, doa dan sebagainya. Kesemua para sahabat pelik dan kemudian mendapatkan Rasulullah saw untuk mendapatkan jawapan. Sebentar tadi, aku teringat ada orang menghadiahkan seketul emas dan aku simpan di rumah. Aku tidak suka emas berada di rumahku lalu aku segera bersedekah kepada mereka yang memerlukan. 

JANGAN BOHONG, PECAH AMANAH, MUNGKIR JANJI DAN BERGADUH

Fatir 37 Bukankah Kami telah berikan umur yang cukup. Tidakkah kamu berfikir akan akhirat semasa kamu hidup di dunia. Telah datang peringatan kepada kamu iaitu uban pada rambut. Munafik menurut Quran ialah zahirnya Islam batilnya kafir. 


JANGAN MAKI

08-08-05 Sahih AtTirmizi dari Abdullah bin Mas’ud sabda Nabi saw. Haram maki sesama Islam walaupun niat mencegah mungkar. Membunuh sesama Islam itu menjadi kafir.

Al-Quran sempurna dalam menerangkan asas dan hadis merupakan penerangan lanjut dari Al-Quran. Tidak disebut dalam Al-Quran, menyempurnakan jenazah dan ia disebut dalam hadis. 

HR AtTirmizi sabda Nabi saw, tidak boleh bernazar kepada barang yang bukan hak miliknya.


JANGAN JADI MUNAFIK

HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Munafik mempunyai 4 sifat, sifat-sifat munafik ialah bila bercakap berbohong, pecah amanah, mungkir janji dan bila bergaduh akan melampau. Kalu boleh jangan ada langsung mana-mana salah satu sifat munafik ini kerana orang munafik menurut Al-Quran akan dicampak Allah ke dasar neraka.  

MOHON PETUNJUK SUPAYA SELAMAT DARI SESAT YANG TIDAK SEDAR SEPERTI BERCAKAP TANPA NAS AL-QURAN DAN HADIS. LEBIH TERUK LAGI APABILA BERKATA KEJI DAN MENYAKITKAN HATI.

12-09-05 Sahih Bukhari dari Jabir ra sabda Nabi saw. Solat Istikharah ialah memohon pilihan Allah untuk membantu membuat keputusan. 

Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw, tuduhan keji seperti mengatakan kafir sedangkan dia tidak tahu orang itu beragama Islam, rohnya tidak diterima langit. Dari Ibnu omar ra sabda Nabi saw. Perkataan keji yang disuarakan kepada seseorang akan dipatah balik kepada mereka yang berkata keji. Dari Anaz bin Malek, Ibnu Mas’Ud, Imran bin Husein, Abu Dzar, Jabir, Ibnu Abbas, Abi Said Al-Qudri sabda Nabi saw, siapa yg mengucapkan kalimah syahadah ketika hidup di dunia demi menuntut keredhaan Allah akan dimasukkan ke syurga termasuk ahli neraka yang telah diseksa. Mati kafir kekal neraka, Muslim yang banyak dosa akan diseksa dasyat sehingga tidak tertahan kesakitan untuk sekian tempoh sebelum dimasukkan ke syurga.