Bahrulmazi bab Syurga jilid 18
syarah Ust Shamsuri
KEBULURAN KELAPARAN RASULULLAH SAW DALAM MENEGAKKAN ISLAM
04-05-04 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra. Ketika Rasulullah
saw, Abu Bakar ra dan Omar ra kebuluran kelaparan, Nabi saw mencadangkan ke
rumah Abu Haisam ra. Sabda Nabi saw kepada Abu Haisam, korbankan kambing jantan
kerana yang betina boleh melahirkan anaknya dan diperah susu. Sabda Nabi saw
kepada sahabatnya, demi Allah nyawaku padaNya. Setiap nikmat rezeki ditanya
Allah di akhirat.
Sahih Muslim dari Sahal bin
Saad ra. Semasa diuji kelaparan dalam perang Uhud, Nabi saw cedera sehingga
gigi patah dan topi baginda terbelah dua. Darah Rasulullah saw tidak berhenti
keluar walaupun disapu air oleh Ali Karamullahuwajha dan Fatimah. Pendarahan
akhirnya berjaya dihentikan dengan tampalan abu dari daun kurma yang telah
dibakar.
KETIKA MASUK SYURGA
Hasan Sahih AtTirmizi. Nabi
saw merupakan manusia pertama masuk syurga diikuti para Rasul dan Nabi-nabi
lain. Kemudian diikuti umat Muhammad sebagai anugerah istimewa dari Allah.
Golongan pertama yang mengikuti Rasulullah saw masuk ke syurga memakai
perhiasan hebat dari syurga ini ialah terdiri dari yang terpilih dikalangan
terpilih. Puak kedua diiringi 2 bidadari setiap seorang.
POHON SYURGA
Sahih AtTirmizi Anaz bin
Malek ra dan Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Besarnya pohon syurga itu ialah jarak teduhannya 100 tahun
perjalanan pacuan pecutan kuda terlaju.
HR AtTirmizi Abi Hurairah ra
sabda Nabi saw. Batang pohon syurga dari emas dan dahannya dari permata.
Sahih Qudsi sekiranya semua
manusia dunia derhaka pakaKu sikit pun tidak menjejaskan kerajaanKu.
TIADA MAKNA HARTA
KEKAYAAN DUNIA APABILA DI NERAKA
06-07-04 Sahih Muslim Anaz bin
Malek ra sabda Nabi saw. Penghuni neraka
yang azabnya paling ringan memohon pada Allah untuk menyerahkan segala harta kekayaannya
demi melepaskan diri. Firman Allah “Walaupun kamu semua manusia mengaku Akulah Tuhan kamu ketika Alam roh dan Alam
rahim tetapi disebabkan kamu lupa dan ingkar perintahku, semua itu tidak
bermakna lagi.”
TAKDIR ALLAH “KUN FAYAKUN” ALLAH BERFIRMAN JADI MAKA JADILAH
Sahih Muslim dari Anaz bin
Malek ra sabda Nabi saw. Allah mentakdirkan manusia berjalan dengan kaki ketika
di dunia dan Allah juga boleh mentakdirkan kafir berjalan menggunakan muka di
hari akhirat.
TAHAP KESABARAN ALLAH
Sahih Muslim dari Abdullah
bin Kais ra sabda Nabi saw. Tiada siapa boleh bersabar dengan kesakitan fitnah
sepertimana Allah bersabar dengan Kristian yang mengatakan anaknya Nabi Isa as.
Walaupun bermacam hinaan dan cacian kepada Allah tetapi Allah tetap sabar
dengan mengurniakan rezeki kemewahan pada mereka. Sekiranya suatu hari mereka
bertaubat dan memeluk Islam, Allah tetap mengampunkannya. Itulah kesabaran
Allah.
KENAPA DIJADIKAN MANUSIA UNTUK MEMBUAT DOSA DAN DILETAKKAN
NERAKA
HR AtTirmizi isnad tidak kuat dan
tiada muttasil disisi Imam AtTirmizi Abu Hurairah ra bertanya Rasulullah
saw. Kami insaf dan tidak akan buat jahat tetapi apabila balik dari kuliah,
kami mula buat dosa dan hilang keinsafan kami. Kami jadi seorang yang tidak
mampu buat seperti disuruh kamu ya Rasulullah saw. Sabda Nabi saw. Itu fitrah manusia dan
ketentuan Allah tetapi manusia perlu berhati-hati. Taubat itu menunjukkan sifat
Allah Maha Pengampun.
SEMUA MAKHLUK HIDUP DIJADIKAN ALLAH DARI AIR YANG DITURUN
DARI LANGIT
HR AtTirmizi isnad tidak kuat dan tiada
muttasil disisi Imam AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Hidupan
muka bumi ini berasal dan hidup dari air dari langit.
BINAAN ISTANA SYURGA
HR AtTirmizi isnad tidak kuat dan tiada muttasil disisi Imam AtTirmizi
Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Istana syurga dibina dari bata emas dan perak
dimana kualiti perak syurga itu terlalu
amat jauh gandaan berbanding emas permata terbaik dunia. Bata dan anak batu
binaan itu juga menghasilkan bau wangi kasturi di mana tanah syurga itu harum
tiada tandingan wangian dunia.
DOA YANG MAKBUL
HR AtTirmizi isnad
tidak kuat dan tiada muttasil disisi Imam AtTirmizi dari Abi Hurairah ra
sabda Nabi saw. 3 golongan doa yang dimakbulkan Allah ialah doa pemerintah adil
yang menggunakan 100 peratus Al-Quran Hadis, doa orang ketika berbuka puasa dan
doa orang yang tidak bersalah dizalimi.
KEBULURAN MUSLIM DAN MUKJIZAT NABI SAW KETIKA PERSEDIAAN
KHANDAQ
07-09-04 Sahih Muttafakun Alai. Jabir ra tidak mahu ingkar perintah
Nabi saw dan mereka berdua menukar unta. Nabi saw naik unta tua yang perlahan
dan Jabir naik unta Nabi saw yang laju. Setelah ditukar, kedua-unta tu bergerak
sama laju. Dalam perjalanan kata Jabir kepada Nabi saw apabila ditanya kenapa
dia berkahwin janda bukan anak dara. Janda dapat menjaga adik dan kakak
perempuannya seperti wasiat sebelum bapanya syahid.
Ketika persediaan menghadapi perang Khandaq di musim
kebuluran 3 hari tiada makanan, Nabi saw dan para sahabat menggali parit.
Apabila kerja menggali tergendala disebabkan batu besar yang menghalang.
Sahabat melaporkan kepada Nabi saw yang sedang menggali di kawasan lain. Ketika
Nabi saw bangun dari parit, para sahabat ternampak ketulan batu yang disendal
para perut baginda. Para sahabat sedih melihat keadaan Rasulullah saw. Dengan kelebihan
mukjizat Nabi saw. Hanya sekali cangkul, batu besar yang menghalang kerja
penggalian itu hancur .
Jabir kemudian pulang ke rumah berusaha menumbuk roti gandum
dan menyembelih baki seekor anak kambing kecil yang sedang proses dibesarkan.
Setelah siap dimasak Jabir, makanan yang sedikit itu dibisikkan ke telinga Nabi
saw. Nabi saw bangkit dan memanggil 3000 sahabat Muhajirin dan Ansar yang sedang
menggali parit ke rumah Jabir untuk menjamu selera.
Jabir pulang keresahan dan panik sambil memberitahu
isterinya tentang apa yang telah berlaku. Isterinya menenangkan Jabir sambil
memberitahu Allah dan Rasul yang mengetahui. Sampai di rumah Jabir, Nabi saw menyerahkan
makanan kepada 3000 sahabat sambil dilindungkan di dalam periuk. Setelah semua
kekenyangan sabda Nabi saw kepada tuan rumah Jabir dan isterinya, kamu makan
dahulu dan selebihnya hadiahkan kepada jiran yang masih kebuluran.
WAJIB SYUKUR APABILA CUKUP PAKAIAN, MAKANAN HARIAN DAN SIHAT
HR AtTirmizi dari Ubaidillah
bin Nihsan Al-Ansari sabda Nabi saw. Barangsiapa bangun pagi dalam keadaan aman
dan sihat disamping makanan harian yang cukup tersedia. Dia seumpama telah
dianugerahkan seluruh nikmat Allah di dunia.
SYURGA MENGIKUT TINGKATAN KETEKUNAN AMAL IKHLAS
Hasan Gharib AtTirmizi dari
Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Peringkat syurga itu mengikut lapisan tingkatan
ketekunan amal ikhlas ketika di dunia. Luas setiap tingkat boleh mengisi
seluruh makhluk yang pernah hidup di dunia.
Gharib AtTirmizi dari Abi Said
Al-Qudri ra sabda Nabi saw Syurga mempunyai 100 tingkat.
Sahih Bukhari Muslim dari
Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Ahli syurga tingkat 1 memandang ahli
syurga tingkat 2 seperti manusia dunia melihat bintang. Para Nabi dan Rasul
menghuni syurga di tingkatan atas sekali.
Penghuni syurga terdiri dari yang membenarkan Rasul-Rasul utusan Allah.
HR AtTirmizi dari Abdullah
bin Mas’Ud ra sabda Nabi saw. Kecantikan bidadari syurga tidak dapat difikir,
dilihat dan terlintas hati oleh mana-mana makhluk dunia termasuk manusia.
PERKARA PERTAMA SAMPAI MADINAH KETIKA HIJRAH IALAH BINA
MASJID
03-08-04 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra. Nabi saw
menaiki unta sambil dibonceng Abu bakar As Siddiq menaiki unta ketika hijrah
dari Mekah ke Madinah. Nabi saw meletakkan harga kepada Bani Najar untuk
membeli kawasan kebun kurma sebagai tapak masjid. Bani Najar menginfakkan tanah tersebut dan
tidak mahu duit kerana mereka hanya mahukan janji pahala. Baginda mengosongkan
kubur kafir untuk ditanam di tempat lain sebelum didirikan masjid. Ketika
sedang bergotong-royong membina masjid. Para sahabat menyanyikan nasyid dengan
senikata “Ya Allah tidak ada kebaikan melainkan kebaikan akhirat, tolonglah
kami Ansar Madinah dan Muhajirin yang
berhijrah dari Mekah.”
Sahih Muslim dari Jundub ra
sabda Nabi saw 5 hari sebelum wafat. “Allah telah memilihku dan Nabi Ibrahim as
sebagai kekasihNya. Sekiranya aku dibenarkan memilih kekasih, aku akan memilih
Abu Bakar As Siddiq sebagai kekasihku.
BILIK-BILIK KELENGKAPAN SYURGA
HR AtTirmizi dari Saidina
Ali Karamullahuwaj ha sabda Nabi saw. Bilik-bilik syurga lengkap dengan
kemudahan, pembantu peribadi dan perhiasan mewah. Orang yang layak masuk bilik
ini ialah memelihara lidahnya hanya perkara kebaikan dengan lemah-lembut tanpa
menyinggung perasaan orang lain dan yg banyak sujud atau solat sunat pada
Allah.
Sahih Muslim dari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw. Paling hampir dengan Allah ketika waktu sujud.
Hasan Lagi Sahih AtTirmizi dari
gelaran Abu Musa Al-Ash’ari ra oleh Rasulullah saw atau nama sebenar Abdullah
bin Kais ra sabda Nabi saw. Kelengkapan 2 syurga dari perak dan 2 syurga lagi
semuanya dari emas. Perak syurga seperti nikmat lautan dunia lebih baik dari
emas terbaik dunia yang seperti setitis air di dunia. Kemuncak nikmat syurga ialah melihat Allah di
dalam Jannatul Adnin. Keseronokan berpasangan dan bersedapan penghuni syurga di
dalam mahligai syurga.
Hotel paling mahal dalam dunia di Dubai dan Istana Sultan
Brunai itu bukan tandingan syurga.
Bahrulmazi jilid 18 syarah ust Shamsuri kuliah tarikh 03-08-04
Perbahasan panjang berkenaan melihat Allah. Allah hu a’lam.
MELIHAT ALLAH DI HARI AKHIRAT
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra dan Atoq bin Yazid ra
sabda Nabi saw. Hari akhirat kamu akan melihat Allah sepertimana ibarat semua
manusia dapat melihat bulan dan matahari ketika di dunia ini.
BERIBADAH DENGAN KUALITI BUKAN KERANA KUANTITI
05-10-04 HR Imam Abu Daud dari Mujibah Al Bahiliyah ra sabda
Nabi saw. Jangan menyusahkan diri apabila beribadah sehingga berpuasa selama 3
bulan berturut-turut.
Sahih Muttafakun Alai dari A’isyah
ra. Nabi saw berpuasa banyak hari dalam bulan Sya’ban.
Sahih Muttafakun Alai sabda
Nabi saw apabila berpuasa jangan sesekali bertengkar dan bercakap tidak elok.
Sekiranya ada yang mengajak bertengkar beritahunya kamu sedang berpuasa. Itulah
kualiti dalam ibadah kerana Allah tidak melayan kuantiti ibadah yang sia-sia.
Sahih Bukhari dari Abu
Hurairah ra sabda Nabi saw. Sengaja bercakap perkataan melibatkan dosa atau menyakiti
orang lain. Puasanya hanya sekadar lapar dan dahaga tiada pahala.
Sahih Muslim dari Abu
Hurairah ra sabda Nabi saw. Memadai dianggap pembohong apabila bercakap perkara
yang didengarinya itu tidak pasti.
BERSETUBUH DALAM SYURGA
Sahih gharib AtTirmizi sabda
Nabi saw. Kekuatan bersetubuh lelaki untuk bidadari seperti 100 kali ganda
kekuatan kuasa kuda dan tiada berpenghujung.
Gharib AtTirmizi dari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw. Ahli syurga tiada sebarang kekotoran seperti
hingus, buang air besar atau kecil, tiada ludahan dan tiada kahak atau segala
cecair kotor melainkan hanya peluh yang berbau wangi kasturi walaupun sentiasa
makan dan minum. Segala kemewahan perabot perhiasan terdiri dari emas syurga. Perak
syurga itu tiada tandingan emas paling kualiti dunia. Penghuni syurga boleh
memohon untuk kembalikan isterinya ketika di dunia.
Gharib AtTirmizi dari Saad bin Abi
Waqaz ra sabda Nabi saw. Kuku yang dipotong ahli syurga sekiranya jatuh ke bumi
akan menjadi rebutan penduduk bumi sebagai perhiasan paling berharga di dunia. Cahaya
gelang tangan penduduk syurga boleh memadam cahaya matahari dan memadam kerlipan
bintang di waktu malam.