Nota Cinta

Wednesday, April 7, 2004

Surah DUKHAAN Debu Hitam Musim Kemarau



HARAM MENGAMBIL SESUATU BUKAN HAK WALAUPUN BIKAN NIAT MENCURI

07-04-04 Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Aku dapat melihat pejuang jihad yang dikatakan syahid ini ke neraka kerana mengambil sesuatu yang bukan haknya walaupun bukan niat mencuri.  

Surah Ad-Dukhaan (Maqiah) diturunkan di Mekah 59 ayat. (1-37) Tafsir kitab Nurul Ihsan jilid 4 ms 59 syarah ustaz shamsuri
DUKHAAN (DEBU ASAP KEPULAN HITAM BESERTA KEMARAU) bahagian 1

Gambar hiasan
Quran itu jelas samada halal atau haram. Diturunkan pada malam penuh baraqah bulan Ramadhan hari Lailatul Qadar. Dari Luh Mahfuz, 30 juzuk quran turun ke langit dunia. Dari langit dunia, turun secara beransur-ansur ke Nabi Muhammad saw. Diturun Rasul membawa rahmat seluruh alam untuk menjelaskan maksud seluruh ayat Allah. Sabda Nabi saw. Siapa yang terjemah mengikut pemahaman akal siap tempatnya di neraka. Sekiranya kamu menerima Allah, kenapa tidak menerima Muhammad saw. Aku Tuhan yang menghidupkan dan mematikan manusia. Allah itulah satu-satunya Tuhan selamanya sebelum bumi dijadikan sehingga bumi dikiamatkan. Abu Jahal menerangkan “Siapa yang boleh letak bangkai perut unta pada belakang Muhammad itu dia anak jantan.” Abdullah bin Mas Ud ra berkata dalam hatinya “Aku hari ini kerdil kerana tidak mampu menahan orang jahat melukakan hati Nabi aku.” Sabda Nabi saw.”Ya Allah, binasakan Quraisyh.” Kata Abi Mas’Ud ketika ketika selesai Perang Badar, “Masya’Allah, aku melihat ke tujuh-tujuh nama yang disebut dalam doa baginda mati secara hina. Akhirnya Abu Jahal ini mati ditanganku jua” Firman Allah pada Rasulullah saw. Nantikan wahai RasulKu, Aku mengabulkan doamu dengan membawakan Ad-Dukhaan iaitu kabus debu azap kepulan hitam dari kemarau. Puak Mekah berkata “ini azab yang menyakitkan. Wahai Tuhan kami, hentikan kemarau ini supaya kami terima Muhammad sebagai Nabi engkau. Kami yakni Allah mengangkat sedikit azab, kemudian mereka bantah Aku kembali. Kata mereka “ Ini biasa ini bukan azab, ini silap,ini bencana alam kemarau saja. Akhirnya kesemua mereka diazab hina dalam kekalahan perang Badar di tangan tentera Islam. Beritahu sahabatmu wahai Muhammad, bukan saja umatmu yang diui, Bani Israel juga dipermainkan oleh Firaun, atas sebab itu Kami turunkan Rasulullah Musa as. Sabda Musa as kepada bani Israel,”aku pesuruh Allah, jangan kamu sembah berhala, jangan sombong dengan Allah.” Tetapi Musa dibalas dibaling dengan ketulan batu. Musa berdoa kepada Allah supaya membawa bala bencana kepada kaum Fir’aun. Aku
Gambar hiasan
memerintahkan Musa supaya pindahkan segala pengikutnya kerana malam ini juga Aku turunkan bala. Tetapi ingat wahai Musa. Fir’aun akan mengejar kamu dan pengikut-pengikut kamu. Ketika sampai di laut di belakang kelihatan Fir’aun hampir tiba di lokasi. Keadaan menjadi cemas kerana para pengikut Musa mempersoalkan sudah tiada jalan lagi untuk melarikan diri. Di saat kecemasan itu, Allah memerintahkan Musa memukul lautan. Musa memukul tongkatnya lalu terbelah lautan sehingga ke dasar. Allah berfirman kepada Musa as. Kamu jalan dahulu bersama puak kamu kerana sebentar lagi Fir’aun dan kaumnya yang mengikut kamu bakal ditenggelamkan. Akhirnya, lihatlah wahai manusia, segala harta Firaun dan kaumnya itu terpaksa ditinggalkan dan mereka dimatikan semua sekali oleh Aku. Ini balasan busuk hati ke atas RasulKu. Ini lah tersebut kisah bani Israel supaya diceritakan pada sahabatmu seterusnya umatmu wahai Muhammad. Sekiranya yang mati itu orang beriman. Langit dan bumi menangis. Tetapi langit dan bumi tidak menangis atas kematian Firaun dan kaumnya ini. Kafir Mekah memberitahu pada Nabi Muhammad; “Hidup kami hidup sekali mati sekali. Bila mati tutup buku. Kami tidak akan dengar cerita karut Nabi Musa engkau ini. Kalau betul orang mati boleh hidup balik. Hidupkan sekarang kembali datuk nenek kami.” Firman Allah. Wahai Muhammad Tanya mereka “ adakah mereka lebih mulia dari kaum Tubbaq 900 tahun dahulu. Padahal 900 tahun dahulu Raja Tubbaq atau Raja Yamman yang berkuasa itu telah beriman dengan kamu wahai Muhammad apabila diberitahu paderi mereka. Di antara keturunan raja Tubbaq ini ialah salah seorang sahabat kamu Abu Ayub Al-Ansara ra. Raja Tubbaq yang menulis syair “Aku saksi Ahmad atau Muhammad itu Pesuruh Allah. Jika ditakdirkan dipanjangkan umur bertemunya 900 tahun akan datang. Aku akan jadi orang kanan Muhammad saw.


SAHABAT MENASIHATI BAGINDA SUPAYA MEMAAFKAN MUNAFIK

05-05-04 Sahih Muslim Saad bin Ubadah ra menyapa baginda lalu berkata “Ya Rasulullah , maafkanlah Abdullah Ubai bin Salul ini kerana dia merupakan kenamaan besar sebelum kamu hijrah di sini. Kerana punca iri hati dengan sambutan penduduk Madinah, imannya rosak menyebabkannya dia biadab pada kamu.” Sabda baginda saw. Aku maafkannya. 

Sahih Muslim dari Jundub bin Sufyan. Seorang wanita menegur perli Nabi saw setelah sekian lama Jibril tidak menyampaikan wahyu Allah. “Sudah berapa lama kamu tidak jumpa syaitan Jibril yang selalu datang.” Turun ayat Firman Allah ”Tuhan tidak tinggal dan benci pada kamu ya Muhammad.”

Surah Ad-Dukhaan Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 63 ayat 38-50 DUKHAAN BAHAGIAN 2

Kejadian langit dan bumi beserta segala isinya menyuruh manusia berfikir akan kebesaran ciptaan Kami yakni Allah tetapi manusia sibuk memikirkan kehebatan ciptaan teknologi mereka, padahal itu anugerah kepandaian dari Kami. Sehingga mereka sombong mempertikaikan akan janji azab Kami.
gambar hiasan
Di akhirat, seorang ibu tidak dapat menolong anaknya yang diheret ke neraka melainkan golongan pengecualian syafaat iaitu senarai Penghafaz Quran, Mati Syahid dan lainnya. Abu Jahal dan Fir’aun akan dicurah cairan tembaga panas dituang di atas kepala. Buah zakum disumbat melalui mulut sehingga meleburkan segala isi perut kulit tulang daging yang tidak tertahan sakitnya. Berlainan dengan penghuni syurga yang bersukaria dengan pakaian sutera syurga disamping bidadari yang rupawan. Mas kahwin bidadari itu merupakan mahar nilai sedekah ketika di dunia. Belum tentu Ustaz yang mengajar agama dapat syurga. Boleh jadi tukang sapu, pencuci tandas dan pengutip sampah di masjid surau itu lebih mulia tinggi darjatnya di sisi Allah. Nabi saw menunaikan solat ghaib kepada jenazah tukang cuci masjid yang dilupakan masyarakat kerana tukang cuci itu mulia di sisi Allah dan Rasul. Pohon syurga akan memberikan apa saja kehendak penghuni syurga dan mereka tidak akan mati lagi setelah mati buat pertama kali di alam dunia. Ahli syurga tidak akan ditarik ke neraka manakala ahli neraka muslim yang berdosa berpeluang masuk syurga tetapi setelah diazab bergantung pada jumlah dosa. Sengaja Kami takdirkan Quran turun dalam bahasa Arab tetapi rupa-rupanya tidak juga mereka beriman.





 

Tuesday, April 6, 2004

Hasutan Iblis vs ABiB

MUJAHADAH IKHLAS VS LINTASAN SYAITAN

06-04-04 Pengajian Bahrulmazi jilid 17 ms 224 syarah Ust Shamsuri bab Mujahadah Ikhlas vs Lintasan Syaitan. Kisah seorang pemuda yang kuat beribadah pada Allah bernama Abib pada zaman Bani Israel. Abib terdengar akan kesesatan orang kampungnya yang menyembah pokok kayu lalu mengambil tindakan ingin menebang pokok tersebut. Iblis segera menyamar sebagai orang tua bagi menghalang tindakan Abib.

Iblis berkata “Jangan susahkan diri masuk campur, teruskan menumpukan ibadah pada Allah. Jaga diri sendiri dan keluarga itu sudah cukup. Lagipun mereka yang buat mungkar itu bukan ahli keluarga dan kerabat kamu.” Jawab Abib. “Mencegah kemungkaran itu kewajipan ibadah.” Abib pun bertarung dengan iblis dan Allah memberi kemenangan pada Abib.

Iblis tertewas dan merayu meminta Abib bersabar. “Aku akan berikan harta kekayaan bagi meringankan kesusahan kamu dengan syarat batalkan niat menebang pokok tersebut. Apabila senang nanti, dapatlah berniaga, menolong orang susah dan seagama.” Setelah Abib puas berfikir akhirnya dia bersetuju dengan perjanjian iblis dan membatalkan niat menebang pokok tersebut.

Seperti yang dijanjikan, Abib diberikan duit 2 dinar setiap pagi selama 3 hari berturut-turut tetapi hari seterusnya dia sedar iblis berjaya memperdayakannya dan duit tidak diberikan lagi. Kemungkiran janji iblis menyebabkan Abib marah dan bangkit membawa kapak untuk menebang pokok yang disembah orang kampungnya. Pertempuran kali ini dimenangi iblis dan iblis akhirnya berkata:

“Dahulu kamu menang kerana kamu mencari akhirat tetapi kali ini kamu tewas kerana niat dicampuri mencari dunia dan Allah tidak memberimu kekuatan.” Abib menyesali dirinya kerana ikhlas dan ketetapan iman tanpa dicampur niat lain itu merupakan syarat segala ibadah. SEDAYA UPAYA IKHLASKAN NIAT SEPENUHNYA KERANA ALLAH.

Sahih Muslim
3 sahabat terkurung dalam gua memohon kepada Allah supaya dilepaskan dengan menyebut sekiranya ada amalan ikhlas kerana Allah. Akhirnya pintu gua terbuka dengan 3 gerakan.