Nota Cinta

Monday, March 8, 2004

IMAN 2004



Pengajian bahrulmazi jilid 18 syarah Ustaz Shamsuri. 

SUMPAH PALSU DIHARAMKAN KE SYURGA

08-03-04 Sahih Muslim dari Abi Umamah ra sabda Nabi saw. Diharamkan syurga dan diwajibkan neraka sekiranya bersumpah mengambil hak orang lain walaupun benda itu tiada nilai.

JADILAH MUSLIM YANG MUKMIN

Al-Hujarat 14  Mukmin dan Muslim itu berbeza, Iman belum hadir walaupun telah memeluk Islam.
Sahih Muslim
sabda Nabi saw. Tiada Iman seseorang Islam ketika berzina dan mencuri.

PERANGI KAFIR YANG MENGANCAM ISLAM SELAGI 
MEREKA BELUM MENGUCAP SYAHADAH

Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah menyuruh muslim berperang selagi mana musuh iaitu kafir yang berniat menghancurkan Islam dan belum mengucap kalimah syahadah. “Aku naik saksi tiada Tuhan disembah selain Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah.”

JANGAN MELAYANI LINTASAN SYAITAN

12-04-04 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Apabila terperangkap dengan soalan yang meragukan di dalam fikiran seperti siapa cipta Allah sebelum Allah cipta manusia, bagaimana Allah dijadikan maka hendaklah berhenti dari memikirkannya dengan meminta berlindung dari syaitan yang direjam [A’uzubillahiminasyaitanirajim & Amantubillah] dan berkata aku beriman dengan Allah. Berjaya mengelakkan diri dari melayaninya itu tanda sempurna iman.  

PEMERINTAH WAJIB MEMERANGI MURTAD

Sahih AtTirmizi dari Abu Bakar As Siddiq sabda Nabi saw. Muslim tidak boleh dibunuh melainkan murtad dengan membantah syariat Allah. Muslim yang menunaikan solat 5 waktu tetapi menolak kewajipan berzakat itu adalah murtad dan wajib diperangi. Kemudian Abu bakar mempersiapkan tenteranya berperang dengan mereka yang kufar kerana mereka hanya menurut hukum Islam hanya jika Nabi saw masih hidup.

JAWAB AZAN DAN DOA SELEPAS AZAN

10-05-04 Sahih Muslim dari Abdullah bin Amru bin Al-Az ra sabda Nabi saw. Apabila mendengar azan, maka jawab seperti yang diazan kecuali pada haiya alalsola dan haiya alalfala iaitu dijawab lahaulawala kuwata illabillah. Selepas azan, selawatkan kepadaku dan Allah selawatkan kepadanya 10 kali ganda dan akhiri dengan doa kerana aku akan berikan syafaatku padanya. Allahumarabbaha zihiddaqwattittamatiwassolatilqa imah, Atimuhammadanilwasilatawalfadilah.  Wab’ a’ tulmaqa dalmahmudallazi wa’addah.   

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Syaitan akan lari dalam keadaan hina apabila mendengar azan. Ia kembali selepas azan kemudian lari apabila mendengar iqamah. Selepas iqamah, syaitan tidak putus asa dan kembali semula untuk mengganggu mereka yang menunaikan solat. 

MENDIRIKAN ISLAM SEPERTI MENDIRIKAN KEMAH 5 TIANG

Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Mendirikan Islam seperti mendirikan kemah 5 tiang dimana tiang tengah itu ialah kalimah syahadah. Tiang kedua ialah solat fardu, tiang ketiga ialah zakat, tiang keempat ialah puasa dan tiang kelima ialah haji bagi yang mampu. 

MAKMUM TIDAK DISUNATKAN MENJAWAB SAMI ALLAHULIMAN HAMIDAH

14-06-04 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Imam dijadikan untuk diikuti. Tidak disunatkan menjawab sami allahuliman hamidah tetapi menjawab rabbana lakalham.

NABI SAW MENJADI IMAM DAN ABU BAKAR DI SEBELAH 
KANAN BAGINDA SEBAGAI MAKMUM

Sahih Muslim dari Ubaidillah bin Abdillah ra dan Aisyah ra. Nabi saw menjadi imam solat Zohor dengan keadaan solat duduk kerana terlalu uzur 2 hari sebelum kewafatan baginda. Baginda dipapah oleh Ali dan Abbas setelah 3 kali pengsan dalam perjalanan ke masjid. Abu Bakar As-Siddiq ra menjadi makmum berdiri sedikit di belakang dan di sebelah kanan imam sebagai panduan ramai makmum lain di belakang. 

ALLAH SUKA PADA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN

HADIS JIBRIL Sahih AtTirmizi dari Yahya bin Yaqmar ra kata Ibnu Omar ra dari bapanya Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw. Menolak qada’ dan qadar atau takdir ketentuan atau mana-mana salah satu dalam rukun iman itu terkeluar dari Islam. Allah suka kepada kekemasan dan kebersihan.  Malaikat Jibril menyerupai seorang pemuda berjubah putih, kemas, bersih disamping berambut dan berjanggut hitam berkilat datang berjumpa dengan panggilan Ya Muhammad tanpa panggilan Rasul dihadapan khalayak ramai para sahabat besar di dalam masjid. Jibril duduk disebelah Nabi saw seolah-olah sudah bersahabat lama tetapi para sahabat kesemuanya pelik kerana tiada seorangpun yang mengenali Jibril as. 

BANYAKKAN SUJUD PADA ALLAH SEKIRANYA INGIN 
MENCERAHKAN PELUANG KE SYURGA

12-07-04 Sahih Muslim dari Maghdan dan Thauban ra sabda Nabi saw. Setiap sujud dihapuskan 1 dosa dan dinaikkan darjat. Syurga tidak boleh masuk melainkan bersih dari dosa. Allah tidak redha sekiranya penuh dengan dosa. Dari Abu Dardak ra sabda Nabi saw. Sekiranya mahu masuk syurga banyakkan rajin solat sunat atau sujud kepada Allah.
Sahih Muslim sabda Nabi saw Manusia paling hampir dengan Tuhan ketika sujud jadi banyakkan berdoa ketika sujud. 

RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN

HADIS JIBRIL Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar ra dari bapanya Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw kepada Malaikat Jibril as yang menyerupai seorang pemuda. 6 Rukun Iman terdiri dari percaya kepada 1) Allah, 2) Malaikat, 3) Kitab-kitab (bersandarkan Al-Quran dan Hadis) 4) Rasul (Nabi Muhammad saw), 5) Hari Kiamat (mati dan kiamat besar) dan 6) Qada Qadar (Takdir Ketentuan), 5 Rukun Islam 1)2 kalimah syahadah 2) Solat fardu 3 )Zakat fardu 4) Puasa fardu dan 5) Haji fardu bagi yang mampu. Malaikat Jibril as membenarkan apa yang disebut Nabi saw. 

AZAB KUBUR ITU PASTI SELEPAS MENINGGALKAN DUNIA YANG SEMENTARA INI

09-08-04 Sahih Muslim dari A’isyah ra sabda Nabi saw. Azab kubur bergantung kepada amalan sesorang pada Allah. Segala binatang boleh mendengar seksaan kubur ke atas penghuninya kecuali jin dan manusia. Nabi saw tidak pernah meninggalkan doa minta berlindung dari azab kubur. 

TARIKH HARI KIAMAT HANYA RAHSIA ALLAH  DAN TIADA SIAPA BOLEH MERAMAL

HADIS JIBRIL Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar dari Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw kepada Malaikat Jibril as. Nabi saw dan Jibril yang menyerupai pemuda berpakaian kemas itu sepakat bersetuju dikalangan mereka berdua (Nabi saw dan Jibril as) tidak mengetahui hari kiamat. Tetapi Nabi saw memberitahu Jibril antara tanda kiamat itu ialah anak menjadi tuan kepada ibunya dan miskin menjadi kaya. 3 hari selepas pertemuan di dalam majlis yang ramai para sahabat itu akhirnya Nabi saw memberitahu kepada Omar Al-Khattab ra bahawasanya pemuda segak bergaya itu ialah Jibril Alaihi Salam yang bertujuan menyampaikan risalah kepada umat Islam tentang tiang agama.

JADILAH MUSLIM YANG MUKMIN IAITU BERIMAN PADA ALLAH

HR AtTirmizi dari Ibni Abbas ra pesan Nabi saw 4 perkara. 1) Jadi muslim yang mukmin 2)Mesti solat 5 waktu 3) Pastikan bayar zakat 5)Harta rampasan perang mesti dibahagi 5 bahagian

AKHLAK BAIK AKAN MEMBUAHKAN KEIMANAN

HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Sempurna iman ialah baik perbuatannya disamping berlemah-lembut dengan keluarganya sehingga dihormati oleh semua ahli keluarganya. Kebanyakan wanita masuk neraka kerana merendahkan kebaikan suaminya atau melukakan hati suaminya. 

LUMRAH KEHIDUPAN, SUKAR MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK

13-09-04 Sahih Bukhari dari Amru bin Taqlib ra sabda Nabi saw selepas menyebut Alhamdulillah apabila terdapat golongan yang tidak menerima harta rampasan perang bertindak mencerca baginda. “Mereka yang tidak terima itu lebih disayangiku dan akan mendapat ganjaran Allah lebih baik berbanding yang menerima”  Kata Amru bin Taqlib ra Demi Allah, janji Nabi saw kepadaku itu lebih bernilai dari harta kekayaan.

IMAN BERMULA DARI AMALAN KECIL
Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Serendah iman itu ialah menyingkirkan benda tajam yang boleh mencederakan pejalan kaki di laluan jalan. Iman paling tinggi ialah ucapan 2 kalimah syahadah.

MALU SALAH SATU CABANG IMAN

Sahih Attirmizi dari Salim bin Ibnu Omar Al-Khattab sabda Nabi saw kepada seorang pemuda yang memarahi abangnya. Jangan memarahi abang kamu kerana sifat pemalunya sehingga susah untuk bercakap kerana malu itu salah satu cabang iman. 

SETIAP CAKAP ITU RACUN MELAINKAN TUJUAN DAKWAH

HR AtTirmizi dari Muaz bin Jabal ra sabda Nabi saw. Sekiranya umatku diwajibkan menggosok gigi setiap kali sebelum solat maka aku akan mewajibkannya kepada umatku. Sekiranya kamu ingin masuk syurga, jangan syirik selain Allah, solat fardu beserta rukun dan sunatnya, zakat, puasa bulan Ramadhan dan haji sekiranya mampu. Solat sunat tengah malam itu tanda orang soleh dan hanya orang soleh yang boleh melakukannya. Jangan guna lidah sesuka hati kerana ia boleh merosakkan segala amal. Jangan bercakap perkataan maksiat atau sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain dan jangan cakap sesuatu yang kufur. Tersangat ramai Penguni Neraka terdiri dari dosa akibat lidahnya. Setiap patah perkataan akan dinilai di akhirat. Setiap cakap itu racun melainkan digunakan untuk berdakwah ke jalan Islam.