JANGAN MAKAN MINUM BERDIRI KECUALI TERPAKSA
3 Sept 03 Sahih Muslim Anaz b Malek ra, Nabi saw larang minum sambil berdiri. Makan berdiri lebih-lebih lagi ditegah. Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan sesekali minum sambil berdiri.
HR AtTirmizi Ibnu Omar r anhuma, para sahabat biasa minum berdiri dan berjalan. Nabi saw juga pernah minum berdiri. Ibnu Abbas r anhuma sabda Nabi saw. Jangan minum sepertimana unta minum sekali teguk. Biarlah tegukan sedikit demi sedikit sebagai adab. Bismillah sebelum minum. Alhamdulillah selepas minum.
JANGAN NILAI SESEORANG YANG KITA TIDAK TAHU ISI HATINYA
1 Okt 03 Sahih Muttafakuhn Alaigh Al-Miqdad b Al-Aswad ra sabda Nabi saw. Jangan bunuh musuh kafir yang mengucap kalimah syahadah kerana sekiranya dilakukan, hukuman qisas balas bunuh dijalankan kerana yang dibunuh itu muslim bukan lagi kafir.
Sahih Muttafakuhn Alaigh Usamah b Zaid b Harithah r anhuma. Usamah menyesali perbuatannya kerana Nabi saw tidak berhenti mengulangi soalan "benarkah kamu bunuh musuh yang mengucap kalimah syahadah?" Balas Usamah, "ya, dia mengucap syahadah kerana takut pedangku. Nabi saw marah. "Adakah kamu tahu hatinya ikhlas mengucap kalimah syahadah atau tidak?"
Az-Zukhruf (perhiasan)
43:1-2 Allah bersumpah demi Al-Quran @kitab kebenaran
43:3 Kami turunkan Quran dalam bahasa arab agar kaum Arab
mudah faham.
43:4 Quran terpelihara di Luh Mahfuz 30 juzuk dan ia sangat
tinggi di sisi Allah sekaligus memansuhkan Taurat, Injil, Zabur dan seluruh
kitab terdahulu.
43:5 Perlukah Aku hentikan penurunan Quran akibat sikap
manusia yang tidak pedulikan halal haram?
43:6-7 Setiap Nabi yang Aku turunkan pasti akan
dipermain-mainkan kaumnya.
43:8 Sudah banyak kaum-kaum yang lebih hebat mudah
Aku musnahkan, inikan pula kaum Arab.
43:9-12 Kaum kafir yang apabila ditanya siapakah yang mencipta alam semesta ini pasti mereka akan
menyebut Allah iaitu pencipta langit dan bumi serta sekalian makhluk.
43:13-14 Para Nabi diutus untuk memberi ingatan pada makhluk ciptaaNya agar semuanya bersyukur dan kepada Allah segalanya kembali.
43:15-17 Sesetengah Kafir mengatakan mala'ikat itu anak perempuan Allah.
43:18-21 Bagi mereka ini, seksaan di neraka. Ini kerana mereka tiada di lokasi sewaktu kejadian mala'ikat dan tiada kitab mengatakan malaikat adalah anak perempuan Allah.
43:22 Kaum kafir yang tewas berhujah mengakui mereka hanya ikut agama nenek moyang mereka.
43:23 Mereka diberi pilihan samada mengikut Quran Hadis atau kekal dengan ikutan nenek moyang.
43:24-25 Kesudahan mereka yang berdegil dengan agama ikutan nenek moyang mereka ini adalah seksa neraka.
43:26-29 Bapa Nabi Ibrahim as juga memilih agama ikutan nenek moyang mereka dan menentang Nabi Ibrahim as. Ramai keturunan anak cucu Ibrahim ini tetap Kami lantik menjadi Nabi.
43:30-32 Apabila Quran disampaikan, kafir Mekah menuduh ia sihir malah perlantikan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul juga dipertikai oleh golongan kaya kafir Quraisyh.
43:33-35 Dunia ini tiada nilai di sisi Allah, sekiranya Allah mahukan seluruh manusia menjadi kufur, mudah bagiNya. Manusia berbangga dengan kemewahan kediaman buatan emas dan perak mereka, hakikatnya itu semua adalah pemberian anugerah dari Allah.
43:36 Meninggalkan bacaan Quran dan zikrullah memudahkan tipu daya syaitan.
43:37 Mereka menyangka dapat hidayah sedangkan mereka dalam kesesatan yang dipandu syaitan.
43:38-39 Di akhirat, Allah berkata kepada ahli neraka yang sedang memarahi syaitan, "tiada gunanya taubat di akhirat kerana ini hari pembalasan. Dahulu semasa di dunia, kamu berkata Quran Hadis tidak sesuai dengan peredaran zaman moden, kamu kata Muhammad itu manusia biasa sedangkan Nabi saw itu maksum."
43:40 Manusia yang buta hati tidak akan dapat hidayah.
43:41-42 Wahai Muhammad, Kami akan azab mereka yang menentang kamu di depan mata kamu. Sekiranya Kami wafatkan kamu wahai Muhammad, musuh kamu yang terlepas hukuman di dunia ini tetap tidak akan terlepas dari azab Kami di akhirat.
43:43-44 Taatlah Quran kerana ia akan ditanya di akhirat. Apakah manusia beramal dengan isi kandung perlembagaannya atau sekadar dinasyid.
43:45 Ketika malam Isra'Mi'raj di Baitulmaqdiz, Nabi Muhammad saw mengimamkan para Rasul 3 saf diikuti 4 saf para Anbia di belakang. Di belakang Rasulullah saw ialah Nabi Ibrahim as dan kanan Ibrahim, ialah Nabi Ismail as dan kiri Ibrtahim pula ialah Nabi Ishak as. Diikuti Nabi Adam sehingga Isa pada saf seterusnya. "Wahai Muhammad, tanya semua Rasul bermula Adam sehingga Isa, adakah Aku syariatkan sembah yang lain selain dari Aku?" Mereka semua menjawab sebelum kamu hidup wahai Muhammad, kami semua telah diberitahu oleh Allah akan kewujudan kamu dan kamu ialah utusan Allah yang terakhir!
MUSA VS FIRAUN (zukruf 43-56)
43:46-47 Di zaman kegemilangan sihir, FirAun telah menubuhkan sebuah pusat akademi gergasi menghimpunkan para ahli sihir dari seluruh pelusuk dunia. Mereka yang berkemahiran tinggi diberi kehidupan mewah. Ketika Nabi Musa as diutus Allah untuk berdakwah kepada FirAun, Musa membuktikan kekuasaan Allah melalui sinaran cahaya pada tangannya. Baginda Nabi Musa as kemudian dibawa ke dewan pertarungan yang dipenuhi tukang sihir FirAun. Di kala, ular-ular tukang sihir mengerumuni Musa, tongkat Musa tiba-tiba bertukar menjadi ular besar yang menelan setiap ekor ular dari tukang-tukang sihir Fir Aun.
43:48-50 Rentetan dari kejadian itu, separuh ahli sihir FirAun bertaubat dan separuh lagi masih mengatakan mukjizat Musa itu adalah sihir yang cukup dasyat. Selepas peristiwa pertarungan itu (Surah Al-Araf) Allah turunkan bencana alam kepada kaum FirAun melalui banjir besar, belalang pemusnah tanaman, kutu perosak tanaman, katak-katak yang memenuhi seluruh pelusuk ruang rumah dan kemudahan air yang bertukar menjadi darah. Akhirnya, kaum FirAun merayu kepada Nabi Musa as agar baginda Musa as memohon kepada Allah supaya menarik balik bencana tersebut. Setelah sekian lama, keadaan kembali aman, mereka masih berdegil mengingkari perintah Allah.
43:51-54 FirAun dan bala tenteranya berjaya mempengaruhi sebahagian besar masyarakat setempat agar menentang Musa.
43:55-56 Setelah sekian lama Nabi Musa as dan rombongan baginda dikejar. FirAun dan para pengikutnya akhirnya mati lemas ditenggelamkan oleh Allah ke dasar laut sebagai pengajaran buat umat manusia di seluruh dunia hari ini.
07-01-04 Zukhruf 57-73 ms 54 tafsir Nurul Ihsan syarah Ust Shamsuri
SEKSA PALING RINGAN DIRASAKAN PALING TERUK DI NERAKA
Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. Penghuni neraka yang disiksa paling ringan merasakan dirinya diseksa paling teruk. Sahih Muslim sabda Nabi saw. Api neraka menyambar mengikut peringkat dosa samada paras buku lali, betis, pinggang dan paras leher.
MISI NABI ISA AS MENDAULATKAN AL-QURAN DAN SUNNAH MUHAMMAD SAW
43:57)Sabda Nabi saw kepada kafir Quraisyh, apa yang disembah selain Allah termasuk penyembahnya akan masuk ke neraka.
58)Mereka mempersenda, “Kalau begitu, Kristian dan Isa masuk neraka sebab yang disembah masuk neraka.”
59)Keajaiban Isa Al-Masih ketika bayi baru lahir boleh bercakap itu tanda kekuasaan Allah.
60)Kalau Allah berkehendak, dunia ini hanya dihuni malaikat.
61)Misi Isa akhir zaman ialah membunuh dajal
62)Jangan ragu-ragu kedatangan Isa
63)Islam jalan lurus
64)Syaitan musuh nyata
65)Bani Israel yang sibuk membincangkan status Nabi Isa as di akhir zaman tidak sedar bahawa mereka bakal menjadi penghuni neraka.
66)Manusia boleh mati dalam penyesalan ketika sedang sibuk dengan urusan dunia.
67)Seperti dua orang rakan yang mati ketika sedang asyik berseronok di jalan maksiat
68)Mereka saling menyalahi antara satu sama lain apabila berada di neraka
69)Kecuali kawan karib yang berpegang atas jalan Al-Quran dan Hadis baginda Rasulullah saw.
70)Mereka ini ke syurga
71)disamping dikelilingi 70’000 pelayan syurga untuk setiap seorang ahli syurga
72-73)disamping dikurniakan Allah dengan kemewahan, kegembiraan dan kesedapan yang tiada jangkauan akal fikiran manusia hari ini.

03-03-04 Zukhruf 74-89 ms 56 tafsir Nurul Ihsan jilid 4 syarah Ust Shamsuri
QARIN, BALA TENTERA SYAITAN, PERGADUHAN,
HURU-HARA, PERPECAHAN, PERCERAIAN
gambar hiasan kredit Castle Age |
Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw. Syaitan putus asa mengajak muslim menyembah selain Allah tetapi akan tetap berusaha supaya muslim saling bermusuhan sesama sendiri. Ibu pejabat Iblis di tengah lautan menghantar bala tenteranya ke seluruh pelusuk dunia untuk mempengaruhi hati dan fikiran manusia. Kejayaan paling membanggakan ialah pergaduhan sesama muslim termasuk perceraian suami isteri.
Sahih Muslim dari Abdillah bin Mas’Ud ra sabda Nabi saw. Setiap manusia diwakilkan qarin iblis syaitan dari spesis jin termasuk para Nabi. Qarin Iblis syaitan yang cuba merosakkan aku itu dikawal dan diislamkan oleh Allah. Sahih Muslim dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Setiap manusia ada syaitan kecuali aku kerana Allah mengislamkan qarinku.
RAYUAN AHLI NERAKA
43:74)Kafir kekal neraka
75)Penghuni neraka merayu malaikat Zabaniah supaya mereka dimatikan kerana tidak tahan
76)Memilih ingkar Allah itu menzalimi diri sendiri 77)Permohonan tersebut tidak dilayan
75)Penghuni neraka merayu malaikat Zabaniah supaya mereka dimatikan kerana tidak tahan
76)Memilih ingkar Allah itu menzalimi diri sendiri 77)Permohonan tersebut tidak dilayan
78)Akibat semasa di dunia tidak menghiraukan perintah Allah dan Nabi Muhammad saw.
79)Kami tahu perancangan membunuh Nabi Kami dan perlu diingat, Kami juga pemelihara Nabi Kami
79)Kami tahu perancangan membunuh Nabi Kami dan perlu diingat, Kami juga pemelihara Nabi Kami
80)Setiap manusia ada malaikat rakib dan atib pencatat setiap perilaku
81)Kalau betul Tuhan ada anak seperti dakwaan Kristian, maka aku Muhammad saw sudah tentu menyembah anak Tuhan
81)Kalau betul Tuhan ada anak seperti dakwaan Kristian, maka aku Muhammad saw sudah tentu menyembah anak Tuhan
82)tetapi Allah itu tiada anak
83)Di akhirat ternyata salah dakwaan Kristian itu
84)Kaabah simbol perpaduan Islam dan muslim tidak menyembah kaabah. Muslim hanya menyembah Maha Suci Allah.
85)Semua yang ada kepunyaan Allah dan Allah saja yang tahu tarikh kematian setiap manusia dan tarikh berlakunya kiamat besar.
86)Syarat pertolongan oleh para Nabi dan para peroleh syafaat ialah mengucap syahadah untuk umat sebelum kelahiran Muhammad saw dan umat akhir zaman yang mengucap 2 kalimah syahadah
87)Nabi Isa tiada kaitan kekal neraka bersama penganut Kristian
88)Mereka tahu Al-Quran dan Allah tetapi sengaja tidak beriman
89)Jangan kecewa sekiranya dakwah tidak berjaya kerana Hidayah itu milik Allah.