INDAHNYA PARA SAHABAT ZAMAN RASUL
26 Jun 02 Quran Al-Hashr 59:9. Orang-orang beriman mengutamakan orang
lain walaupun mereka sendiri kemiskinan. Mereka ini mengutamakan makanan pada
orang miskin yang bertaqwa, anak yatim dan tawanan demi mencari redha Allah
tanpa mengharap balasan dan ucapan terima kasih. Sahih
Muttafakuhn Alaigh Abu Hurairah ra. Seorang
pemuda miskin kebuluran merayu pada Rasulullah saw agar diberi makan. Malangnya,
setiap rumah para isteri Nabi saw juga tiada makanan. Akhirnya Nabi saw
menyerahkan kepada mana-mana sahabat yang sudi membantu. Sahabat Ansar pulang
meminta isterinya menidurkan anak-anak mereka agar tidur dan terlupa untuk
makan. Keesokannya, sahabat Ansar memberitahu Rasulullah saw yang keluarganya
sanggup perut kosong demi tetamu Rasulullah saw. Sabda Nabi saw, Allah sangat
kagum pada kamu sekeluarga.
AYAT QURSI
24 Julai 02 Sahih Bukhari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Syaitan sememangnya pembohong. Amalan baca ayat Qursi sebelum tidur akan dihantar penjaga sepanjang malam oleh Allah agar syaitan tidak berani mendekati.
28 Ogos 02 Sahih Muttafakuhn Alaigh Nabi saw tidak pernah cela makanan. Kalau baginda suka baginda akan makan, kalau tidak suka maka ditinggalkan saja.
Sahih Muslim Jabir ra. Nabi saw meminta ahli keluarganya lauk untuk dimakan. Keluarganya memberitahu tiada apa kecuali cuka. Sabda Nabi saw tidak persoal. kalau begitu, hulurkan padaku cuka.
Sahih Bukhari Abu Umamah ra, sabda Nabi saw sambil memuji Allah setelah selesai makan. Jangan perli meremehkan makanan.
SUNNAH RASULULLAH SAW KETIKA MAKAN
28 Ogos 02 Sahih Muttafakuhn Alaigh Nabi saw tidak pernah cela makanan. Kalau baginda suka baginda akan makan, kalau tidak suka maka ditinggalkan saja.
Sahih Muslim Jabir ra. Nabi saw meminta ahli keluarganya lauk untuk dimakan. Keluarganya memberitahu tiada apa kecuali cuka. Sabda Nabi saw tidak persoal. kalau begitu, hulurkan padaku cuka.
Sahih Bukhari Abu Umamah ra, sabda Nabi saw sambil memuji Allah setelah selesai makan. Jangan perli meremehkan makanan.
Sahih At Tirmizi Sabda Nabi saw. Sekiranya baca bizmillah sebelum makan, ia cukup untuk 6 orang.
HR Abu Daud & An Nasa'e Umayah b Baqsyi ra. Aku nampak syaitan makan bersamanya akibat tidak baca bizmillah. Apabila suapan terakhir dibaca Bizmillah, syaitan memuntahkan kembali makanan dalam perutnya.
ULAR GERGASI MENELAN TIDAK BAYAR ZAKAT
25 Sept 02 Sahih Muslim sabda Nabi saw. Mati tidak bayar zakat akan ditelan ular gergasi yang matanya merah menyala.
JAGA MULUT! JANGAN MENGUMPAT & FITNAH,
JANGAN MENGAIBKAN & JATUHKAN MARUAH
23 Okt 02 HR AtTirmizi Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Berjaya kawal mulut dan kemaluan akan menempah tempat di syurga.
Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Mengumpat ialah menceritakan keburukan peribadi seseorang dengan tujuan hinaan manakala firnah menipu cerita memburukkan seseorang.
Hasan Sahih Abu Daud & AtTurmuzi A'isyah r ha sabda Nabi saw. Satu ucap kata tidak elok yang tidak disukai Allah sekiranya dilemparkan ke laut akan mencemarkan seluruh lautan. Jangan bercakap hal orang kerana kita sendiri ada kelemahan.
HR Abu Daud Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Penghuni neraka yang mencakar diri mereka ini ialah golongan manusia yang semasa hidup di dunia mengumpat, mengaibkan dan menjatuhkan maruah sesama muslim .
HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Setiap pagi, seluruh anggota tubuh badan merayu agar lidah tidak menyebabkan anggota lain diseksa di neraka.
22 Jan 03 Sahih Bukhari A'isyah r ha sabda Nabi saw. penyakit wabak berjangkit membawa rahmat pada yang beriman dan sengsara pada yang tidak. Jangan keluar dari kawasan tersebut sekiranya kena penyakit wabak berjangkit dan jangan masuk sekiranya belum kena. Sabar penyakit hingga membawa kematiannya adalah syahid.
SABAR AKAN DIHAPUSKAN DOSA
Sahih Bukhari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw Hadis Qudsi. Sabar ujian buta mata dikurniakan syurga.
Sahih Muttafakuhn Alaigh sabda Nabi saw. Sabar redha musibah kemiskinan, kesusahan kewangan, sakit pelbagai penyakit, penat bekerja, dukacita, difitnah, dikeji, dimarah, sakit terpijak duri akan menghapuskan dosa sebelum.
YANG BIJAK SELALU MUHASABAH DIRI
26 Feb 03 HR AtTurmizi Abi Yaqla ra sabda Nabi saw. Orang yang bijak ialah yang selalu menghitung amal diri untuk hidup selepas mati. Orang lemah selalu ikut nafsu dan angan-angan dapat syurga tetapi tidak beramal.
HARI MELIHAT REKOD PERBUATAN
Al-Kahfi Ketika hari melihat rekod setiap sesaat perbuatan semasa kehidupan di dunia. Yang berdosa sendirinya terkejut ketakutan kerana perbuatan yang dia sendiri telah lupa juga dicatat.
TAAT PEMERINTAH
26 Mac 03 Sahih AtTirmizi & Abu Daud Al-Irbaq b Sariyah ra, Pesan Nabi saw. Takutlah pada Allah, taat pemerintah selagi mana pemerintah tersebut taat perintah Allah dan Rasul. Sekiranya banyak perselisihan pendapat, rujuk Quran dan Hadisku termasuk Khulafa Ar-Rasyidin. Bid'ah atau rekaan dalam ibadah khusus itu sesat.
MAKAN TANGAN KANAN
Sahih Muslim Abi Iyaz@Salamah b Amru b Al-Aqwa' sabda Nabi saw. Makan tangan kanan jangan tangan kiri. Seorang sahabat yang sombong dengan tetap berdegil tidak menghiraukan teguran Rasulullah saw itu akhirnya lumpuh tangannya.
SENGAJA BANTAH HADISKU TIDAK MASUK SYURGA
Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang sengaja bantah hadisku.
JANGAN LEPAK DI JALANAN
23 April 03 Sahih Muttafakuhn Alaigh Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Jangan liar pandangan mata dan jangan berkata apabila terpaksa melepak di jalanan dan kalau boleh jangan lepak di jalanan.
BENCANA ALAM & JENAYAH & DOA TIDAK MAKBUL
Sahih AtTirmizi Huzaifah Al-Yaman ra @penyimpan rahsia Rasulullah saw. Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, sekiranya kamu meninggalkan menyuruh orang buat kebaikan dan melarang kemungkaran, bala Allah turun kena semuanya. Doa penduduknya tidak akan makbul akibat perbuatan kemungkaran di tempatnya.
PEMERINTAH BUAT LARANGAN ALLAH
Sahih Muslim Hindon bt Umaiyah r ha sabda Nabi saw. Akhir zaman akan datang pemerintah yang buat suruhan Allah dan juga buat larangan Allah. Maka tolaklah kemungkaran dengan hati, memadai melepaskan diri dengan seksaan Allah. Sekiranya bercakap maka dia selamat di akhirat. Tetapi sekiranya redha, maka nantikan seksa Allah. Tidak boleh menentang melawan berperang bunuh mereka selagi mana mereka mendirikan solat.
JANGAN HUKUM PADA LUARAN MATA KASAR
28 Mei 03 Sahih Muttafakun Alaigh Sahal b Saad As Sa'idi ra sabda Nabi saw apabila seorang sahabat memandang mulia pada pemuda kaya lagi dihormati masyarakat dan memandang rendah pada pemuda miskin yang lalu di depan. "yang miskin itu mulia di sisi Allah."
SYURGA BERHUJAH DENGAN NERAKA
Sahih Muslim Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Neraka mengatakan pada syurga, Allah telah beritahuku yang masuk ke dalamku ialah yang keras kepala dan takabur tolak Quran Hadis. Syurga pula membidas, yang masuk ke dalamku pula ialah yang sering diperlekeh masyarakat. Allah berfirman pada syurga dan neraka. Wahai syurga, kamu ialah rahmatKu dan Aku masukkan sesiapa saja yang Aku kehendaki kerana tidak semua orang miskin atau tidak semua orang kaya masuk syurga. Kamu neraka adalah tempat azabKu dan Aku akan gunakan kamu untuk seksa orang yang Aku hendak. AtasKu untuk mengisi kamu berdua.
3 GOLONGAN YANG DIBENCI DAN DIKASIHI ALLAH dan
3 GOLONGAN YANG AMAT DIBENCI DAN AMAT DIKASIHI ALLAH
Hadis Riwayat Imam Abu Daud sabda Nabi saw. 3 golongan yang dibenci Allah dan amat dibenci Allah:
- kaya takabur menolak Quran hadis, Allah lagi benci pada miskin takabur menolak Quran hadis.
- yang buat larangan Allah tetapi Allah lebih benci pada yang tahu larangan Allah tetapi masih buat.
- yang bakhil kedekut tetapi Allah lebih benci pada yang kaya raya bakhil kedekut.
3 golongan yang dikasihi Allah dan amat dikasihi Allah:
- Allah kasih pada yang bertaqwa, Allah lebih kasih pada anak muda bertaqwa,
- Allah kasih pada yang pemurah, Allah lebih kasih pada miskin yang pemurah.
- Allah kasih pada yang rendah diri, Allah lebih kasih pada yang kaya yang rendah diri.
25 Jun 03 Sahih Muslim Abi Zar ra sabda Nabi saw. 3 GOLONGAN SANGAT DIMURKAI ALLAH
- Sombong
- Mengungkit pemberian atau pertolongan
- Tipu berniaga
AMALAN PENGHUJUNG NYAWA ITU PENENTU
23 Julai 03 HR Imam Ahmad sabda Nabi saw. Jangan tergesa-gesa kagum dengan seorang manusia sehingga dapat melihat penutup amalan di hujung hayatnya.
24 Sept 03 Hadis Qudsi CIRI-CIRI WALI ALLAH:
- Utamakan seluruh kewajipan Islam (seluruh kewajipan termasuk tutup aurat, tidak berseluar pendek, mulut sentiasa jaga dari bercakap tidak elok, fitnah, mengumpat, menipu, mencaci, maki, mencarut dan cakapnya tidak menyakiti hati orang lain) disamping rajin beribadah yang sunat.
- Karamah ialah dirinya dipelihara dari buat maksiat mulut atau perbuatan.
- Permintaannya dimakbul oleh Allah dan dirinya dalam perlindungan Allah.
AnNalm 27:65, Tidak seorangpun tahu perkara tersembunyi atau akan datang atau ghaib kecuali Allah, Nabi dan Rasul pilihanNya.
27 Ogos 03 Imam Abu Daud sabda Nabi saw 3 TANDA MEMULIAKAN ALLAH
27 Ogos 03 Imam Abu Daud sabda Nabi saw 3 TANDA MEMULIAKAN ALLAH
- memuliakan orang tua taat Islam
- memuliakan orang yang hafaz dan mengamal quran (pemikul Quran)
- memuliakan pemerintah adil yang menggunakan quran sebagai urusan pemerintahan
Sahih Bukhari Jabir ra sabda Nabi saw Utamakan yang lebih hafazan Quran.
HR Abu Daud & AtTirmizi Amru b Syuaib dari bapa dan datuknya sabda Nabi saw. Bukan golonganku sekiranya tidak sayang kanak-kanak mahupun tidak hormat yang lebih tua.
Sahih Muslim Ibnu Omar r anhuma, Nabi saw mengutamakan yang lebih tua dari yang muda.
HR AtTirmizi Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Sekiranya hormat orang tua maka kita akan dihormati bila hari kita tua.
HR AtTirmizi Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Sekiranya hormat orang tua maka kita akan dihormati bila hari kita tua.
AHLI KUBUR LIHAT AMAL AHLI KELUARGANYA
HR Imam Ahmad Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Semua amalan manusia akan ditunjukkan pada kaum keluarga yang sudah mati. Ahli keluarga yang telah mati ini berdoa "ya Allah, kurniakanlah hidayah pada anak cucu kami seperti yang telah engkau berikan pada kami sebelum kami mati dahulu."
LAILATUL QADAR
22 Oktober 03 Sahih Muttafakun Alaigh Nabi saw membenarkan mimpi-mimpi para sahabat iaitu Lailatul qadar jatuh pada 7 malam terakhir Ramadhan.
Sahih Muslim A'isyah r ha, Nabi saw bersungguh-sungguh berlumba beribadah dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir baginda lebih kuat beribadah dari 20 hari sebelum. Sahih Muttafakun Alaigh Nabi saw bangunkan seluruh ahli keluarga untuk beribadah malam Ramadhan. Nabi saw tidak bersama isterinya 10 malam terakhir. Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw sentiasa rajin minta ampun malam Ramadhan.
At-Taubah
9:1-3 Pada 9 Hijrah, Allah memerintahkan semua
peranjian damai antara kafir dan RasulNya dibatalkan dan diberi tempoh 4 bulan agar
mudah-mudahan kafir memeluk Islam. Tamat tempoh tersebut, sekiranya sombong berdegil
maka kafir dibunuh dan ditawan manakala akhirat diseksa di neraka.
9:4 “Kafir yang tiada langsung mengancam Islam dilanjutkan
tempoh 9 bulan agar mudah-mudahan memeluk Islam”.
9:5 “Mana-mana kafir yang bertaubat, memeluk
Islam, solat 5 waktu dan menunaikan zakat akan diberi pengampunan Allah”.
9:6 “Mana-mana kafir yang meminta perlindungan dan
penangguhan sementara untuk memahami Islam hendaklah dilindungi.” Kata Allah “Mudah-mudahan
Islam akhirnya dia”.
*wuduk itu sunat tetapi bila solat maka wajib ada wuduk. Apabila belajar tidak habis dia akan pakai ayat "tiada paksaan dalam Islam" Sekiranya kenal Rasul akan nampak kecantikan islam. Sebahagian muslim hari ini tidak nampak islam sebenar sehingga was-was mengatakan Islam ini ganas.
WAHAI MUSLIM, SEKIRANYA BERIMAN MAKA KUATKAN ISLAM
9:7 Kafir mustahil berpegang pada janji, secara senyap perjanjian Hudaibiyah dikhianati. Muslim tidak boleh pencetus pergaduhan seperti kafir, mesti hanya bertahan.
9:8 Kafir tidak akan raikan muslim sekiranya menang perang walaupun muslim adik beradik mereka.
Kafir hanya manis mulut tetapi perbuatannya memungkiri janji.
9:9-10 Golongan fasik tersebut bukan setakat jual Quran demi keuntungan dunia malah melarang orang mendekati Islam sekaligus menunggu peluang untuk memusnahkan Islam.
9:11 Sekiranya mereka bertaubat, memeluk Islam, solat 5 waktu dan mengeluarkan zakat maka mualaf ini saudara muslim. Hukum Quran ini adalah terbaik tidak boleh difikir guna akal.
9:12 Apabila Islam diaibkan, istiharlah perang sekiranya benar beriman. Mudah-mudahan dengan bangkitnya kekuatan Islam, kafir tidak berani mempermainkan Allah dan Rasul.
9:13 Setelah musuh rancang serang sudara kamu, hina Rasul kamu? Kamu biarkan kezaliman yang tanpa ambil tindakan. Adakah kamu takut dengan musuh? Kamu tidak patut takut dengan musuh. Kamu patut takut denganKu. Apabila kamu takut musuh, maka Aku takutkan kamu dengan musuh kamu.
9:14 Sekiranya muslim berperang, Aku sertakan tentera malaikat yang turun bersaf-saf dari langit.
9:15 Allah hapuskan kemarahan di hati muslim agar menerima kafir yang bertaubat memeluk Islam dari bekas kekejaman mereka.
9:16 Wahai muslim, jangan fikir apabila sudah memeluk Islam maka sudah selesai. Allah akan turunkan ujian pada menunaikan solat dan pelbagai lagi ujian kehidupan.
MUKMIN YANG BERJAYA UJIAN-
Sabda Nabi saw. Jangan menyesal kerana anak-anak kamu yang syahid itu di syurga. Wahai Rasulullah saw. Aku bukan menyesal anakku mati. Aku sedih kerana aku sudah tidak ada anak lagi untuk dihantar jihad.
BERBEZA AMALAN KEBAIKAN MUSLIM DENGAN BUKAN MUSLIM
9:18 Syarat mengindahkan masjid mestilah beriman dengan Allah dan hari akhirat, jaga solat 5 waktu, mengeluarkan zakat dan hanya takut pada Allah.
9:19 Asas kebaikan ialah beriman dengan Allah dan Rasul. Allah tidak akan beri hidayah pada yang zalim.
9:20 Yang beriman serta diangkat darjatnya ialah yang sanggup meninggalkan harta demi hijrah Islam.
9:21-22 Mereka inilah diredhai Allah dan syurga untuk mereka kekal buat selamanya.
9:23 Siapa yang tidak sanggup tinggalkan ibubapa dan adik beradik mereka dengan tidak menurut perintah hijrah Allah maka dia menempatkan dirinya bersama keluarganya di neraka.
9:24 Beritahu mereka wahai Muhammad, sekiranya ibubapa, suami isteri, anak-anak dan urusan perniagaan menjadi penghalang mendekati pada agama nantikan seksa neraka dari Allah kerana Allah tidak akan bagi hidayah bagi mereka yang memilih jalan tidak hijrah.
PERANG HUNAIN "KETENANGAN RASULULLAH"
9:25 Gabungan 10'000 muslim Madinah dan 2'000 muslim Mekah diketuai Rasulullah menyebabkan Muslim terlalu yakin dengan kuantiti tentera mereka. Allah jadikan muslim ketakutan dari musuh sehingga lari bertempiaran meninggalkan Rasulullah saw berseorangan apabila berlaku serangan hendap oleh 4000 kafir.
9:26 Allah turunkan sakinah atau ketenangan pada baki 100 tentera mukmin yang setia bersama Nabi saw. Sebahagian muslim yang lari kembali menyertai mukmin. 5000 mala'ikat dihantar Allah turun menyerang 4000 kafir. Rasulullah saw menggenggam pasir lalu dilemparkan ke arah musuh. Selepas itu, berlaku ribut pasir menyerang musuh. Perang berakhir dengan 70 kafir mati dan 4 muslim syahid. 6000 wanita dan kanak-kanak kafir ditawan beserta 12'000 ekor unta.
9:27 Setelah 20 hari, tentera kafir yang melarikan diri kembali berbincang dengan Rasulullah saw untuk menuntut tawanan anak isteri mereka. Mereka bertaubat memeluk Islam dan berjanji mempertahankan Islam.
9:28 Apabila 9 Hijrah, Allah menetapkan dasar kafir dilarang masuk Mekah, sebahagian muslim tidak yakin kerana hanya saudagar kafir adalah orang kaya. Sedangkan hanya Allah Maha Pemberi Rezeki dan Allah Maha Mengetahui akan tindakanNya.
9:29 Oleh kerana Yahudi Kristian menolak halal haram Islam dan enggan bayar jizyah sedangkan mereka menumpang di negara Islam maka Allah perintahkan muslim memerangi kafir.
UZAIR DIAKUI YAHUDI ANAK ALLAH
9:30 Pada zaman penghapusan penghafaz Taurat bani Israel, Uzair dimatikan selama 100 tahun dan kemudian dihidupkan kembali oleh Allah. Uzair membuktikan kebenaran dirinya dengan bacaan tepat Taurat sehingga akhirnya yahudi mengatakan Uzair ini anak Allah.
KRISTIAN MENGAKUI ISA AS ANAK ALLAH
9:31 Para pendita yahudi tidak dapat menerima hakikat bahawa Allah telah menurunkan wahyu menggantikan Taurat yang dibawa Nabi Isa as. Panglima Bulaz yahudi berazam untuk memusnahkan Nasrani. Setelah membunuh ribuan panglima Nasrani, dia berpura-pura taubat memeluk agama Nasrani. Setelah tamat pengajian injil di gereja, Bulaz melantik 3 anak murid Nasrani dengan yang pertama dihantar ke baitulmaqdis untuk diajar bahawa Allah, mariam dan Isa adalah tuhan. Murid kedua diajar bahawa Isa anak Allah dan dihantar berdakwah di Rom. Murid ketiga diajar bahawa Isa itu sendiri adalah Allah. Setelah 80 tahun kebenaran Injil akhirnya Nasrani berjaya dikelirukan. Bulaz yang gembira dengan kejayaan misinya akhirnya berpuas hati dan membunuh diri. Maha Suci Allah dari apa yang disekutukan mereka ini.
KAFIR GUNA MULUT CUBA PADAMKAN CAHAYA ISLAM
9:32 Islam tetap bercahaya sekalipun cuba dipadam oleh perkataan kafir.
9:33 Allah menyuruh RasulNya Nabi Muhammad s.a.w. cahayakan Islam pada manusia.
9:34 Tujuan campuran adat oleh ulama Taurat dan Yahudi agar mereka jadi pusat rujukan yang dihormati. Allah sindir :"Khabarkan berita gembira akan seksaan neraka bagi yang menyimpan harta."
9:35 Baki harta ahli kedekut yang tinggal semasa di dunia akan dibakar bersama pemiliknya di neraka.
9:36-37 Haram ubah hukum atau waktu ibadah yang telah Allah tentukan.
SERUAN JIHAD FISABILILLAH
9:38 Wahai orang beriman, kenapa keberatan berjihad Perang Tabuk demi selesa dunia padahal selesa dunia itu jauh berbeza berbanding selesa syurga.
- Saidina Abu Bakar mendahului pingat Allah dengan sedekah seluruh hartanya 400 dirham.
- Saidina Omar Al-Khattab sedekah separuh hartanya sebanyak 4000 dirham.
- Saudagar kaya terkenal Abdur Rahman b Auf juga sedekah 4000 dirham.
- Saidina Al-Abbas sedekah dengan sangat banyak hartanya.
- Saidina Osman sedekah 10'000 hamba abdi serta tunai 10'000 dinar pendahulu senarai kuantiti.
- Para mukminah sedekah barang kemas, para mukmin sedekah 10'000 kuda dan 900 unta.
- Muhammad b Maslamah menggantikan Rasulullah saw jaga Madinah.
9:40 Ingatlah peristiwa hijrah Mekah Rasulullah saw bersama Saidina Abu Bakar As Siddiq. Kata Abu Bakar kesedihan, "ya Rasulullah, saya tidak kisah saya mati dibunuh tetapi saya tidak sanggup Islam ini terkubur". Sabda Nabi saw. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Selepas peristiwa Hijrah, bala tentera mala'ikat turun bersaf-saf dari langit. Islam ini hak Aku, suatu hari Islam akan berdiri dengan jayanya dan ini janjiKu. Allah tetap menang.
9:41 Keluarlah berperang samada suka atau tidak, samada miskin atau kaya kerana ini perintah Allah dan RasulNya. Janganlah keberatan apabila kedengaran seruan jihad.
MUNAFIK MAIN-MAIN BILA BERKATA HAL AGAMA
9:43 Allah maafkan kamu wahai Muhammad tetapi kenapa kamu izinkan mereka tidak pergi berperang.
9:44-46 Allah menasihati Muhammad lebih baik munafik tidak pergi berperang kerana akan merosakkan lagi keadaan dengan hasutan mereka pada yang lain.
9:47 Yang mempercayai munafik sesungguhnya memasukkan dirinya sekali dalam kebinasaan.
9:48 Munafik zahirnya beriman hakikatnya bencikan Islam, mereka merancang menggali lubang agar Muhammad jatuh mati tetapi Allah tetap bantu muslim dalam Uhud yang lepas.
9:49 Munafik beri pelbagai alasan untuk tidak pergi berperang dan sesungguhnya Allah menyediakan neraka bagi mereka.
9:50 Munafik seronok bila Islam kalah tetapi bila Islam menang, mereka menuntut harta rampasan perang.
9:51 Muslim sepatutnya berkata "kita tidak akan kena musibah melainkan takdir Allah." Apapun bertawakal pada Allah.
9:52 Muslim Mukmin sekiranya berjuang "menang atau syahid (menang syurga di akhirat)"
9:53 Muslim Munafik yang terpaksa memeluk Islam sukar derma untuk Islam.
9:54 Muslim Munafik solatnya malas kerana hatinya kufur.
9:55 Jangan memandang harta Munafik yang mewah hakikatnya mereka diuji kegelisahan.
9:56 Munafik sanggup bersumpah mereka golongan Mukmin hakikatnya tidak.
9:57 Munafik menunggu peluang untuk mengenakan Rasulullah saw.
9:58 Munafik sekiranya dapat zakat akan memuji Nabi saw tetapi apabila tidak dapat akan mencerca Nabi saw.
9:59 Amat baik bagi yang bersyukur memadai cukup hanya Allah dan Rasul.
9:60 Matlamat zakat ialah meringankan bebanan muslim yang susah termasuk fakir, miskin, amir, mualaf (kafir memeluk Islam), golongan berhutang bukan kerana maksiat tetapi atas tujuan kebaikan, berhutang demi damaikan pergaduhan, yang berperang fisabilillah dan yang kesusahan musafir.
9:61-63 Muslim munafik yang suka menabur fitnah pada Nabi saw sesungguhnya kekal neraka.
9:64 Munafik takut sekiranya ejekan dan perli pada Rasul mereka diceritakan Allah dalam Quran. Allah azab 12 muslim munafik mati akibat penyakit bisul dan mereka kekal neraka jahanam.
9:65 Munafik bila ditanya kenapa mempermainkan sunnah Nabi saw dan Quran Allah, mereka jawab kalau meninggalkan wang harta baru berbaloi ini sekadar wariskan Quran dan sunnahnya.
9:66 Allah menegaskan sekiranya kafir, tidak mustahil tetapi ini muslim yang berkata demikian, maka kes ini tidak boleh dimaafkan kecuali yang betul-betul bertaubat.
9:67 Munafik samada lelaki atau perempuan ini sama saja iaitu fasik dengan mengajak kemungkaran dan meninggalkan suruhan Allah.
9:68 Laknat Allah pada munafik dan azab neraka berkekalan
9:69 Munafik akhir zaman yang merasakan mewah harta hari ini sebenarnya amat mudah jika dibencana berbanding munafik umat terdahulu.
9:70 Lupakah kaum Nuh mati akibat bumi ditenggelamkan banjir, kaum Ad mati kepanasan, kaum Samud mati terkejut, kaum Ibrahim mati kebuluran dan penduduk Madyan mati disambar api!
MUNAFIK MEMELUK ISLAM KERANA TERPAKSA
9:71 Yang beriman ialah menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran.
9:72 Kejayaan hakiki ialah berjaya akhirat dengan diganjarkan syurga yang mengalir air dibawahnya.
9:73 Tentanglah Kafir Harbi yang mengancam Islam dan Munafik itu kerana mereka ini kekal neraka.
9:74 Sayangnya munafik telah memeluk Islam tetapi perbuatan kufur mereka mengundang kepada kesesatan. Keazaman munafik merancang konspirasi mengancam Rasul mereka sesungguhnya tidak akan kesampaian dan pengakhiran mereka ialah rugi dunia akhirat.
KISAH SA'LABAH
9:76 Sa'labah yang kemudiannya menjadi saudagar kambing sibuk dengan urusan perniagaan sehingga menolak kewajipan berzakat. Perbuatan Sa'labah dikesali Rasulullah saw sehingga baginda wafat.
9:77 Allah menyuntik perasaan munafik pada Sa'labah sehingga beliau mati dalam penyesalan.
9:78 Tidakkah munafik sedar yang Allah Maha Mengetahui isi hati mereka termasuk perkara yang bakal mereka lalui.
MUNAFIK SUKA SINDIR ISLAM
9:79 Munafik perli "Abdur Rahman b Auf yang sedekah separuh hartanya itu orang kaya riak" dan mengatakan si miskin yang sedekah separuh kurma, "setakat separuh kurma Allah tidak pandang." Yang perli buat itu salah buat ini pun salah tersebut akan Aku azab keras di neraka.
9:80 Sekiranya munafik seperti Abdullah Ubai b Salul ini didoa keampunan oleh Rasulullah saw walaupun sebanyak 70 kali, jangan harap Aku ampunkan manusia seperti ini!
9:81 Munafik yang seronok ketinggalan perang Tabuk kemudian menghasut muslim lain agar jangan keluar berperang kerana cuaca panas. Katakan pada mereka wahai Muhammad, panas sangatkah berbanding kepanasan neraka?
9:82 Perli Quran Allah & Hadis Rasul sesungguhnya akan menangis sengsara di akhirat!
9:83 Selesai perang Tabuk nanti, katakan pada munafik agar jangan keluar berperang sampai bila-bila.
9:84 Jangan solat jenazah munafik selama-lamanya dan jangan berdoa atas kubur mereka kerana mereka ini kufur lagi fasik!
9:85 Jangan kisahkan kaya harta, anak ramai serta pengaruh mereka kerana mereka ini mati kafir.
HATI MUNAFIK DIKUNCI ALLAH
9:86-87 Ketika kewajipan berperang, munafik mengelak diri agar dapat bersama warga tua, wanita, kanak-kanak, golongan kurang upaya dan yang uzur.
9:88-89 Sedangkan yang beriman menggadaikan harta dan nyawa demi mengejar syurga Allah.
9:90 Akibat kemunafikan mereka, hati mereka dibutakan Allah dan seksa Allah menanti mereka.
9:91-92 Yang tidak berkemampuan dan kurang upaya dimaafkan Allah.
9:93 Tetapi yang berkemampuan dari segi harta dan sihat tubuh badan ini sanggup berdolak dalih maka hati mereka dikunci mati oleh Allah.
9:94-99 Perbuatan sanggup bersumpah demi melepaskan diri dari suruhan agama itu sangat melampau dan tempatnya ialah neraka jahanam kecuali yang benar-benar insaf serta bertaubat kembali pada jalan Allah dan Rasul.
AS SABIKUN NAL AWALUN
9:101 36 munafik yang mengaku Islam tetapi hakikatnya benci Islam disuruh keluar oleh Rasulullah saw ketika kutbah baginda di masjid. Munafik diazab 2 kali.
9:102 Lain pula kes Abu Lubabah ra dan 10 sahabat yang menambat diri mereka di tiang masjid akibat menyesal ketinggalan perang Tabuk. Mereka menebus dosa mereka dengan sedekah seluruh harta.
9:103 Turun ayat 103 ini meminta Rasulullah saw menerima 1/3 dari sedekah harta mereka sebagai menebus dosa. Allah meminta Nabi saw berdoa padaNya sebagai adab formaliti agar diampunkan dosa mereka.
9:104 Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha Mengasihani.
9:105 Buatlah kebaikan kerana akhirat akan ditunjukkan dikalangan manusia apa yang telah dibuat.
9:106 Kes yang sama dilakukan oleh Kaap b Malek ra dan 2 sahabat yang mengikat tiang di masjid dan kes tersebut terbengkalai selama 50 hari. Turun ayat ini selepas 50 hari, para sahabat menangis kegembiraan memberitahu Kaap dan 2 sahabat akan pengampunan Allah buat mereka.
MASJID KUFUR
9:107 Masjid Kufur/Masjid Dyrar/Masjid Mudarat dibina oleh 12 munafik yang juga merupakan anak buah seorang paderi Kristian. Masjid Kufur ini didirikan sangat berdekatan masjid Qubak bertujuan memecah belahkan Islam dengan menarik qariah dari masjid Quba. Disamping itu ia dijadikan markas konspirasi bertujuan membunuh Nabi saw.
9:108 Sekembalinya Rasulullah saw selesai memenangi Tabuk, Allah melarang baginda solat di Masjid Dyrar kerana ia didirikan sebagai ancaman pada Islam. Masjid Dyrar akhirnya dimusnahkan Rasulullah s.a.w.
9:109-110 Masjid yang didirikan atas rasa takut pada Allah membawa pada ketenangan manakala masjid yang didirikan bukan kerana Allah mengheret ke neraka.
MEMILIH KAFIR ITU PILIHAN SENDIRI
9:111 Janji pembalasan Allah sangat benar.
9:112 Mukmin ialah sentiasa taubat, rajin zikir, rajin ibadah, rajin belajar agama dan jaga batas dosa.
9:113-114 Akhir kalam Abu Talib, "aku mati atas agama Abdul Muttalib" selepas dinasihati adik kandungnya Abu Jahal. Allah menasihati Rasulullah s.a.w. Bukan kamu saja, bapa Nabi Ibrahim as juga di neraka. Hanya boleh berdoa ringankan azab bagi ahli keluarga mati kafir.
9:115 Allah tidak sesatkan kaum itu melainkan plihan takdir sesat itu ditangan sendiri akibat malas mencari dan memahami info Islam.
9:116 Hanya Allah menguasai seluruh alam kepunyaanNya.
9:117 Sekiranya tersedar, kembalilah bertaubat kerana Allah Maha Menerima Taubat.
KEAMPUNAN BAGI YANG BERTAUBAT
9:118 Setelah 80 muslim termasuk munafik menipu alasan, Kaap b Malek sebaliknya memohon kemaafan. Allah menangguhkan kes Kaap diperintahkan Rasulullah saw dipulau seluruh penduduk Madinah selama 50 hari termasuk ahli keluarganya. Setelah turun pengampunan Allah, Kaap diberi hidayah dan beliau sujud syukur disamping sedekah seluruh hartanya tetapi Nabi saw hanya menerima 1/3.
9:119 Takutlah Allah dengan berkata benar. Sayangilah Allah dan Rasul melebihi nyawa sendiri.
9:120 Tidak patut mengelakkan diri dari bersama kesusahan yang ditanggung Rasulullah saw.
9:121 Setiap amal walaupun kecil tetap dikira samada baik atau jahat.
9:122 Apabila tiba perintah perang, sebahagian pergi dan sebahagian tunggu. Yang tunggu itu belajar agama agar kemudian dapat mengajar mereka yang terselamat kembali dari medan perang.
9:123 Perangilah musuh terdekat di kawasan Madinah terdahulu dan Allah berjanji akan menyertai mereka yang takut Allah.
9:124 Munafik sindir,"dah turun ayat? baguslah belajar Islam, bertambahlah nanti iman."
9:125 Hati munafik itu "sakit kufur" kerana tidak suka pada Quran.
9:126 Tidakkah ujian bala bencana dan sakit itu sebagai peringatan agar bertaubat.
9:127 Munafik yang mencari peluang untuk lari dari ceramah agama tersebut sebenarnya berpaling dari hidayah Allah.
9:128 Di hati Muhammad, baginda mahu seluruh manusia memeluk Islam dan dapat hidayah Allah disamping dapat kedudukan mulia di sisi Allah.
9:129 Sebutlah wahai Muhammad, "Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan melainkan Allah, aku berserah pada Allah dan aku bertawakal pada Allah. Pemilik Arasyh Maha Besar." (HR Hakim Ubai b Kaap & Abu dardak ra sabda Nabi saw. Amalkan 9:129 Allah bagi ketenangan untuk yang runsing)