Nota Cinta

Sunday, October 20, 2002

Uwais b Amir ra vs sifat ahli neraka/sombong

gambar hiasan (sombong)
Muttafakun Alai dari Haritsah b Wahab ra sabda Nabi saw. Terdapat manusia di dunia ini yang kelihatan lemah dan hina tetapi mustajab doanya. Ahli meraka ialah orang yang keras kepala, bakhil kedekut, rampas hak orang lain dan takabur. 

Hadis riwayat dari Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw, dikalangan kamu para sahabatku akan ada seorang bernama Uwais bin Amir dalam rombongan Yaman selepas kewafatanku. Sekiranya terserempak dengannya maka minta dia berdoa ampunkan dosa kalian kerana mustajab doanya. 

AL-Qahfi ayat 28, Sabarkan diri menghadapi orang yang berdoa siang dan malam kerana setiap perkara yang mereka lakukan mengharapkan keredhaanKu. Jangan sesekali palingkan diri dari menghormati orang sebegini. 

Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 17 mukasurat 69 syarah Ustaz Shamsuri 

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

(Luqman 31:18)

Tuesday, October 1, 2002

AnNahl 1-9 PEMBALASAN ALLAH

kuliah tafsir NurulEhsan AnNahl ayat 1-9 ust Shamsuri. Dari riwayat  Imam Ahmad, Ibnu Majah & Tafsir Ibnu Kassim bertarikh 1/10/2012 Bahrul(madu)Madzi(lautan) Sabda NabiSAW baca dan cuba hafal surah Al-Mulk sebagai perisai kehidupan permulaan alam azab kubur
Hadis Qudsi, Sabda NabiSAW Allah berfirman" Wahai manusia. bagaimana kamu nak mengatakan Aku ini lemah sedangkan Aku mencipta kamu dari air mani yang hina. Daripada kamu tiada, aku adakan kamu. Kemudian Aku memberikan kamu kekuatan dan tiba-tiba kamu menjadi sombong! kamu himpunkan harta kemudian kamu kedekut! Sehingga tika saat Aku menarik nyawa kamu, malaikat maut merentap nyawa kamu, barulah kamu berkata ya Allah, berilah aku kesempatan membuat kebaikan. Ketika itu, sudah terlewat buat kamu. 

Firman Allah surah Yassin, Tidakkah manusia lupa diri, Kami ciptakan manusia yang jadi profesor, saintis, ulamak besar, menteri, raja, billionare, president di mana asal kejadian mereka ialah dari air mani yang hina. Tiba-tiba hari ini mereka menjadi musuhKu yang nyata. Mereka kata manusia bila mati, tulang hancur mana boleh kembali hidup. Mereka kata mati itu tutup buku padahal mati itulah permulaan kehidupan sebenar. Yang akan menghidupkan kembali selepas mati itu ialah Tuhan kamu wahai manusia.