Nota Cinta

Wednesday, September 5, 2001

Sunnah dianggap bukan AKHIR ZAMAN

Pengajian kitab Bahrulmazi syarah Ust Shamsuri
BM17 ms81 jalan kebenaran “HATI BATU” 


HR AtTirmizi Abd b Mas’ud ra sabda Nabi s.a.w.

Akhir zaman,
1) Sunnah dianggap bukan.
2) Manusia tidak amanah
3) Manusia tidak tegur perkara mungkar.
4) Pemerintah tidak alim Islam.

Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra. sabda Nabi s.a.w.

Ketamakan dunia akan merugikan diri di akhirat

Monday, September 3, 2001

Bohong Hadis Tempat di Neraka

BM15 ms234 FITNAH "ANAK ISTERI HARTA"

Hasan Sahih At Turmuzi dari Abdullah b Mas’Ud ra 
Fitnah atau Kebinasaan atau Kerosakan seseorang lelaki itu bermula apabila sayang anak isteri berlebihan, mengumpul harta dan dipengaruhi jirannya ke arah duniawi. 

HR AtTirmizi dari Abu Huzaifah Al Yaman @penyimpan rahsia Rasulullah s.a.w. Selepas kewafatanku, umat Islam meraih kemenangan dan hidup senang maka jangan leka dengan kemewahan duniawi. Jangan berbohong mengenai hadisku kerana tempatnya di neraka. 

Sunday, September 2, 2001

HUTANG

Pengajian kitab Bahrulmazi SABDA RASULULLAH s.a.w.
BM9 ms187 HUTANG "TERJUN PARIT" syarah Ust Shamsuri

Sahih Muslim Abi Umamah r.a
Pinjaman harta benda mestilah dipulangkan dalam keadaan seperti asal sebelum pinjaman. Penjamin juga adalah penghutang. 

Hasan Sahih At Turmuzi Samurah b Jundab ra.
Haram menyimpan bekalan makanan dengan bertujuan menaikkan harga menjadi mahal kecuali harta benda bukan makanan seperti emas, dan sebagainya. 

Hasan Sahih At Turmuzi Madmar b Abdillah b Fadlah 
Penghutang dan penjamin akan ditahan dari masuk syurga walaupun semasa hidupnya mati syahid. 

Saturday, September 1, 2001

MANDI WAJIB

Pengajian kitab Bahrulmazi syarah Ustaz Shamsuri

BM17 ms94 Orang yang mengira dirinya sebelum matinya. “IKUT HATI MATI”

Orang bijak ialah muhasabah diri.Hasan AtTirmizi, Syaddad b Aus
Tidak bertaqwa apabila tidak mengawal nafsu. Allah tidak mustajabkan doa orang yang makan minum pakainya dari sumber haram. HR AtTirmizi, Omar Al-Khattab ra dan tabi’en Maimun b Mahran.
Sentiasalah ingat mati agar tidak hanyut keseronokan duniawi. HR AtTirmizi Abi Said Al-Qudri ra 

CAHAYA ILLAHI NUR 

Tanda Allah mengasihi seseorang hambaNya ialah hambaNya menumpukan akhirat dan sekiranya Allah memarahi hambaNya maka Allah sibukkan hambaNya mengejar duniawi. Hadis Qudsi
Allah berikan lapang dada atau nur cahaya pada hatinya yang mendapat hidayah. Tanda mereka yang mendapat hidayah ialah hatinya cenderung pada akhirat dan setiap perkara yang dilakukan bertujuan mencari keredhaan Allah. HR At Turmuzi dari Abd Mas’Ud ra.

Di antara tanda kiamat ialah ramai manusia kaya raya dan banyak berlaku jenayah akibat perebutan harta. HR Ibnu Majah

MANDI WAJIB NABI s.a.w.  Hasan Sahih At Turmuzi  Maimunah ra dan A'isyah ra 

Basuh 2 tangan sebelum celup tangan dengan niat tangan jadi cebuk. Niat mandi hadas besar kemudian menggosok basuh kemaluan depan dan belakang. Niat wuduk sebelum berwuduk dengan meratakan air seluruh kulit kepala seterusnya seluruh anggota luar badan tanpa menyentuh kemaluan depan dan belakang.

Mazhab Syafi'e, sah mandi wajib sekiranya niat mandi wajib dan wuduk ketika rendam kolam melebihi 2 kolah.