Nota Cinta

Thursday, May 1, 2025

Gaya Ibadah Ahli Syurga

Kuliah Khas Ustaz Shamsuri Haji Ahmad yang berlangsung di Surau Al-Husna, Bertam, Pulau Pinang pada 1hb Mei 2025. Sahih Muslim, Rasulullah saw bersabda kepada kaum muhajirin. Amalan tasbih, tahmid, takbir 33x selepas solat ini lebih baik dari umat terdahulu dan akan datang. Namun begitu, golongan kaya yang beramal seperti ini lebih baik lagi kerana mereka berkelebihan untuk bersedekah. Sahih Muslim, Abi Hurairah ra, Rasulullah duduk di kalangan para sahabat dan baginda saw bertanya kepada para sahabat, siapa puasa sunat hari ini? mengiringi jenazah hari ini? beri makan kepada orang susah hari ini? dan ziarah orang sakit hari ini? Abu Bakar jawab, saya ya Rasulullah. Wahai Abu Bakar, kamu ke syurga. Riwayat Anaz b Malek ra, Abdullah bin Amru bin Al-Az, menurut Rasulullah saw. Bakal ahli syurga sentiasa bersih hatinya, tidak berkata sesuatu yang tidak baik, tidak menipu, tiada dengki dan tidak iri hati pada sesiapa. Riwayat A'isyah r anha. Disamping Rasulullah saw yang sedang nazak, terdapat siwak berus gigi Kata-kata akhir sebelum Rasulullah saw wafat, baginda menyebut 3x "Kekasihku Allah" Riwayat Ali b Abi Talib. Jenazah Rasulullah saw tiada kekotoran. Baginda paling terbaik semasa hidup dan paling terbaik ketika wafat di muka bumi. Sahih Muslim, Abi Dardak ra, sabda Rasulullah saw. Minta orang yang baik doakan dan doakan yang baik kepada orang lain akan didoakan dan diaminkan kebaikan oleh para mala'ikat. Sahih Bukhari, Abi Hurairah ra. sabda Rasulullah saw. Jangan terlalu hukum manusia melakukan dosa dan kesalahan kerana ia kerja membantu syaitan sebaliknya bantu kembali dan doakan kebaikan.
Nota Profil: Dato Shamsuri mula mengajar 1989, mula menyertai forum perdana rtm1 bersama Dr Harun Din, Ustaz Datuk Hashim Yahya (mantan mufti) & Datuk Ismail Kamus