Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Wednesday, September 11, 2024
Manusia terakhir ke Syurga
Syarah Dato' Haji Shamsuri Haji Ahmad: Nikmat Syurga Lebih Segalanya Dari Keluasan Dunia. Masjid Abdullah Fahim 11.9.2024 | Rabu | Kuliah Maghrib Kitab Bahrul Mazi: Jilid 21 ms164
Sahih Muslim, Riwayat Aflah (hamba Abi Ayub Al-Ansari ra), Rasulullah saw tidak suka makan bawang kerana baunya boleh membuatkan orang lain tidak selesa
Sahih Bukhari, Anas b Malek ra, Para sahabat menyambut rambut yang jatuh dari cukuran kepala Rasulullah saw agar tidak mencecah ke bumi.
Sahih At Tirmizi, Riwayat Abi Hurairah ra menurut Rasulullah saw, ruang kecil syurga lebih baik dari seluas-luas dunia dan isinya.
Sahih At Tirmizi, Riwayat Saad Abi Waqas ra menurut Rasulullah saw, sekiranya gelang di tangan ahli syurga muncul di dunia, serta merta cahaya matahari akan pudar.
Sahih Bukhari Riwayat Abi Mas’Ud ra, Rasulullah saw menerangkan, (manusia terakhir terpilih) masuk syurga setelah diseksa di kalangan ahli neraka akan mendapat syurga yang luasnya 10 kali ganda luas dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)