Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, August 19, 2024
Surah Al-Jinn 13 hingga 19
19-08-2024 Ustaz Dato' Haji Shamsuri Haji Ahmad: Tafsir Surah Al-Jinn { ٱلۡجِنِّ } Ayat 13-17
Sahih Bukhari, Sahal b Saad ra. Bendera akan diserahkan kepada individu yang dijanjikan Allah akan kemenangan. Beliau ialah pemuda Ali bin Abi Talib ra.
Sahih Imam Ahmad, A’isyah r anha. Nabi saw sangat benci pada pembohong sehingga pembohong bertaubat tidak mengulanginya lagi.
Al Jinn 72:13-19 ringkasan pemahaman teks tafsir dari terjemahan
13:13 Bacaan Quran Rasulullah saw membuatkan Jin meyakini kebenaran Islam
13:14 Dikalangan jin ada muslim dan ada yang pilih kekal kafir
13:15 Yang Islam ke syurga manakala kafir ke neraka
13:16 Ketika bencana kemarau, Allah turunkan hujan lebat
13:17 Adakah pemberian itu disyukuri? Ketahuilah bahawasanya kufur nikmat itu akan diazab pedih
Wednesday, August 14, 2024
Rasulullah saw akui baginda tetap manusia biasa melakukan kesilapan walaupun dipilih menjadi hakim
Dari kuliah BM21 | 2024-08-14 | "Suara Rintihan Langit & Dahsyat Teknologi Ai" - Ustaz Shamsuri Ahmad Kuliah Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang
Hadis Hasan Riwayat Abu Dzar Al-Ghifari ra sabda Nabi saw, sekiranya manusia tahu hakikat kehidupan akhirat, nescaya manusia sedikit ketawa dan banyak menangis
Sahih Bukhari riwayat Ibnu Abbas r anhuma, Ketika solat, Allah menampakkan pohon anggur di syurga, sekiranya aku dapat mencapai anggur tersebut, kita dapat makan buah anggur itu dan tidak akan kehabisan seumur hidup dunia ini.
Sahih Muslim Riwayat Abdillah b Mas’ud ra sabda Nabi saw, seketul neraka terdapat 70’000 tali dan tiap satu tali tersebut diheret 70’000 mala’ikat.
(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?" (Qaaf 50:30)
Sahih Muslim riwayat Abi Hurairah ra, memberi makan kepada fakir dan ziarah pesakit akan menempah tempat di syurga.
Pengajian kitab BahrulMazi Ms163
Sahih Bukhari dari Ummu Salamah r anha, sabda Nabi saw, walaupun aku dipilih menjadi hakim tetapi aku juga manusia biasa dan mungkin silap dalam membuat keputusan. Sekiranya aku tersilap memilih yang bersalah tapi pandai bercakap ini dan aku menidakkan yang benar tetapi tidak bijak bercakap maka ingatlah yang berjaya itu telah memilih bahagiannya ke neraka.
Riwayat Abdullah b Mas’ud ra sabda Nabi saw, surah Al-Imran ayat 77
Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(A-li'Imraan 3:77)
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Allah SWT tidak ampunkan dosa 3 golongan ini iaitu Orang tua berzina, Pemimpin menipu dan Orang miskin sombong.
Sahih Muttafakun Alaigh riwayat Said b Zaid ra, sabda Nabi saw, Mengambil tanah samada menanam tumbuhan walaupun sejengkal tanpa persetujuan tuan tanah akan ditelan bumi. Said (salah seorang 10 sahabat dijamin syurga) telah dianiaya difitnah dituduh mengambil tanah secara haram dan beliau telah berdoa kepada tukang fitnah tersebut agar menjadi buta dan pengakhirannya ditelan tanah. Allah makbulkan doa tersebut.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah 2:214)
Sahih Bukhari riwayat Khabbab b Al-Arab ra Ketika zaman awal Islam. Khabbab bertanya akan bilakah pertolongan Allah? kerana muslim ditekan teruk oleh kafir Quraish. sabda nabi saw. Umat terdahulu lagi teruk diseksa kejam disiat kulit hidup-hidup dengan kepala digergaji tetapi mereka tetap pertahankan islam sehingga akhir hayat. Islam ini agama Allah SWT dan Allah akan tetap menolong agamaNya. Islam tetap memerintah suatu hari nanti. Bersabarlah.
Subscribe to:
Posts (Atom)