Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Sunday, February 18, 2024
Sakaratul Maut Kematian
18 Februari 2024© : Al-Fadhil Dato' Ustaz Shamsuri Bin Haji Ahmad
Masjid Al-Hakim, Pengkalan Renggam, Kg. Kandang, Melaka. Ahad : 18 Februari 2024© (08 Syaaban 1445H-Selepas Solat Subuh)
Hasan Sahih Ibnu Majah dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi s.a.w. Umur umatku lingkungan 60 ke 70, tidak ramai melepasinya.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumu'ah 62:8)
Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" (Qaaf 50:19
Sahih Muslim dari A'isyah r anha, kalam akhir kewafatan Nabi s.a.w. pada hari Isnin "pertemukanlahku dengan kekasihku/Allah S.W.T." Ketika itu, baginda melihat atap rumah dan menahan sakit sakaratul maut. Setiap Nabi dinampakkan syurga ketika sakaratul maut dan diberi pilihan samada meneruskan kehidupan atau teruskan wafat.
Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. (Al-Kahfi 18:49)
Wednesday, February 14, 2024
Tiada Pengampunan ke syurga buat manusia tidak berdamai
LIVE-140224 : Bahrul Mazi Jilid 21 (Siri 64) muka surat 161 (kitab jawi) Kuliah Maghrib Ustaz Dato Ustaz Shamsuri Haji Ahmad, Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra, Pintu syurga dibuka pada hari isnin dan hari khamis untuk pengampunan buat hamba Allah di neraka dengan syarat muslim dan tidak syirik Allah. Pintu ini ditutup buat mereka yang tidak berdamai.
Hasan Sahih ibnu Majah, sabda Nabi saw. betapa ramai puasa dan qiamullail hanya mendapat lapar tanpa pahala.
Hassan Abu Daud, baca 3 xQul sebagai pendinding diri dari keburukan
Hasan Sahih At Tirmizi, "Bismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim" amalan 3 kali pagi dan 3 kali petang akan dilindungi musibah
Bahrul Mazi muka surat 161(kitab jawi) Sahih An'Nasa'i & Surah Al-maarij ayat 18, riwayat Abdillah b Mas'Ud ra, sabda Nabi saw. Ular gergasi membelit menelan manusia yang tidak bayar zakat.
Subscribe to:
Posts (Atom)