https://www.youtube.com/watch?v=ro2dVmoFm0E Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 12hb Oktober 2022
Hadis Qudsi dari Abu Hurairah ra, Firman ALLAH diolah dalam bahasa Rasulullah saw. Setiap kali hambaku melakukan dosa dan kemudian bertaubat memohon keampunan kepadaKu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Menyanyangi.
Pengajian kitab Bahrulmadzi jilid 21 ms 147. syarah Dato' Shamsuri Hj. Ahmad
Saidina Abu Bakr As-Sidiq ra, sabda Rasulullah saw, Siapa yang berwuduk kemudian solat sunat sambil menghina diri memohon keampunan maka Allah akan ampunkannya.
Syaitan mengaburi mata dengan perhiasan duniawi |
Hadis Sahih riwayat Imam Muslim, Abdullah b Mas'ud ra. sabda Nabi saw. Surah Hud 11:114 Solat 5 waktu dan taat perintah Allah akan menghapuskan dosa.
Sahih Bukhari Abu Hurairah ra. sabda Nabi s.a.w. Akibat tidak menghiraukan panggilan ibu ketika solat sunat, Juraij difitnah atas tuduhan merogol. Juraij ditangkap penduduk setempat serta dipukul. Juraij meminta agar ditangguhkan kes sehingga bayi kandungan wanita tersebut dilahirkan. Dengan kuasa Allah, setelah bayi hasil zina tersebut lahir ke dunia, bayi itu berbicara bahawa ayah kandungnya bukan Juraij. Juraij akhirnya dibebaskan.
Sahih Bukhari, Abi Said Al-Qudri sabda Nabi s.a.w. hati-hati dengan dunia, hati-hati dengan wanita.
Sahih AtTirmizi, Syaitan mengaburi mata lelaki agar wanita yang haram baginya diperhiaskan kelihatan cantik dan menarik