Nota Cinta

Wednesday, August 10, 2022

Manusia Jahat terpedaya oleh Syaitan

https://www.youtube.com/watch?v=fAhAKc94nFw&t=869s

Surah Al-Araf 7:12-18 Dendam Iblis terhadap manusia, akan sentiasa menghasut agar manusia melanggar perintah ALLAH dan terus jatuh ke lembah kesesatan. 


Surah Luqman ayat 31:34
ALLAH MAHA MENGETAHUI tiada jangkauan akal fikiran manusia

Surah Al-Hasy-r 59:16 Syaitan perdayakan manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"

Pengajian kitab Bahrulmadzi jilid 21 ms 142, Nabi Muhammad saw cedera pecah di muka dan patah gigi geraham ketika Perang Uhud. KELAM KABUT PERANG UHUD BHGN 2

Sahih Bukhari dari Jabir r anhuma seorang sahabat bertanya, sekiranya syahid di perang Uhud ini, kemana saya ya Rasulullah saw. Jawab Nabi Muhammad saw. "TENTULAH SYURGA". Bergegas sahabat tersebut terus menuju ke medan perang. 

Sebahagian mengatakan hadis Daif, ketika Saad b ArRabiq Al-Ansari sedang nazak cedera parah selepas Perang Uhud, beliau berpesan kepada para sahabat yang masih hidup, "apa yang kita akan jawab depan ALLAH sekiranya Rasulullah saw mati dan kita masih hidup dalam perang ini...".