Nota Cinta

Tuesday, November 9, 2021

Wali Allah, Haji Mabrur

 #Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama https://www.youtube.com/watch?v=UGtL1_F4hIo https://www.youtube.com/hashtag/kuliahagama Kuliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 mukasurat 133 topik "haji afdal" berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang.

Riwayat Abi said al Qudri ra, sabda Nabi saw, demi Allah yang nyawaku ditanganNya, manusia yang memilih derhaka kepadaku akan masuk ke neraka. 

Hadis Sahih Riwayat Abu Daud dari Omar Al-Khattab ra, sabda Nabi saw. Terdapat sekumpulan manusia bukan dikalangan para Nabi dan para Syuhada. Wajah mereka bercahaya dan mereka berdiri di atas cahaya di padang mahsyar. Firman Allah, para wali Allah ini tidak takut dan tidak berdukacita. Tafsir Quran tentang wali Allah daripada Ibnu Mas'Ud ra & Ibnu Abbas ra. Wali Allah ialah hatinya sentiasa mengingati Allah. 

Hadis Sahih An Nasai & Sahih Muslim, dari abi Said Al-Qudri ra, sabda Nabi saw. Penghuni Syurga berdebat dengan Allah tentang sahabat baik muslim mereka tiada di syurga. Allah perintahkan para mala'ikatNya mencari ahli neraka yang sedikit iman untuk dimasukkan ke syurga. 

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Dosa kecil terhapus di antara 2 umrah. 

HR AtTirmizi dari Abdullah bin Omar Al-Khattab r anhuma. sabda Nabi saw. Orang yang mendapat haji mabrur menghadapi pelbagai ujian sabar, kelihatan berambut kusut dan badan berbau kerana asyiknya menumpukan ibadah. Suaranya kuat ketika bertalbiah.