Nota Cinta

Tuesday, November 9, 2021

Wali Allah, Haji Mabrur

 #Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama https://www.youtube.com/watch?v=UGtL1_F4hIo https://www.youtube.com/hashtag/kuliahagama Kuliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 mukasurat 133 topik "haji afdal" berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang.

Riwayat Abi said al Qudri ra, sabda Nabi saw, demi Allah yang nyawaku ditanganNya, manusia yang memilih derhaka kepadaku akan masuk ke neraka. 

Hadis Sahih Riwayat Abu Daud dari Omar Al-Khattab ra, sabda Nabi saw. Terdapat sekumpulan manusia bukan dikalangan para Nabi dan para Syuhada. Wajah mereka bercahaya dan mereka berdiri di atas cahaya di padang mahsyar. Firman Allah, para wali Allah ini tidak takut dan tidak berdukacita. Tafsir Quran tentang wali Allah daripada Ibnu Mas'Ud ra & Ibnu Abbas ra. Wali Allah ialah hatinya sentiasa mengingati Allah. 

Hadis Sahih An Nasai & Sahih Muslim, dari abi Said Al-Qudri ra, sabda Nabi saw. Penghuni Syurga berdebat dengan Allah tentang sahabat baik muslim mereka tiada di syurga. Allah perintahkan para mala'ikatNya mencari ahli neraka yang sedikit iman untuk dimasukkan ke syurga. 

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Dosa kecil terhapus di antara 2 umrah. 

HR AtTirmizi dari Abdullah bin Omar Al-Khattab r anhuma. sabda Nabi saw. Orang yang mendapat haji mabrur menghadapi pelbagai ujian sabar, kelihatan berambut kusut dan badan berbau kerana asyiknya menumpukan ibadah. Suaranya kuat ketika bertalbiah. 

Wednesday, March 10, 2021

Malaikat Azab Kubur

BM21-Siri 49 | 100321 - Dato' Ustaz Shamsuri Hj Ahmad 

gambar hiasan

REMASTERED Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 10hb Mac 2021.  https://www.youtube.com/watch?v=Qk-sc9pXnZw  https://www.youtube.com/watch?v=qcZzqVYjcuM 

Mala'ikat MUKAR dan NAKIR

Sahih Abu Daud dari Al Barraq b Aziq ra Sabda Nabi saw. Ketika Mala'ikat Mukar & Nakir menziarahi kubur, Yang beriman akan menjawab Tuhanku Allah, agamaku Islam, Quran menceritakan Nabi Muhammad saw maka daku membenarkan baginda itu Rasulullah saw. Kemudian, permaidani syurga dibentangkan dan pakaian dari syurga dihadiahkan disamping kuburnya diluaskan sejauh mata memandang.

Manakala bagi yang tidak beriman, mereka tidak tahu menjawab soalan Mala'ikat tersebut dan mereka akan diseksa sehingga berkecai jasad dan berpisah roh berulang kali sampai hari kiamat.

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Barang siapa mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan mengharapkan pahala keredhaan Allah, maka dosa-dosanya yang lepas dipadamkan.

Pengajian kitab BahrulMazi jilid 21 ms130, makna tafsir ayat 92 surah 3)Ali Imran & ayat 245 surah 2)Al-Baqarah

Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Ibnu Abbas ra, keluar zakat. dari ibnu Omar r anhuma, sedekah duit. dari Abu Talhah ra, wakaf harta paling disayangi. Utamakan keluarga dan adik beradik