Nota Cinta

Wednesday, March 11, 2020

Mut'ah 3000 vs 10'000 Syahidnya 3 Sahabat Besar!


https://www.youtube.com/watch?v=G8i9KieMUIQ
Quliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 ms 125 berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang

Mut'ah kesinambungan kuliah 8 Mac 2012 syarah Dato' Shamsuri Hj Ahmad
3 Sahabat Besar "3000 vs 10'000" Perang Mut’ah Rom Timur/Byzantine (Jordan) 1 Jamadil'Awal 8 Hijrah 

Zaid ibn Haritsah (anak angkat kesayangan NabiSAW), Jaffar Abi Talib (sepupu & mirip fizikal & perwatakan NabiSAW & abang Saidina Ali ) & Ibnu Rawahah (Penyair RasulullahSAW) riwayat Ibnu Omar Al-Khattab r anhuma. 
Perang diistihar kerana utusan pengakuan RasulullahSAW  bernama Haris b Umair ra dibunuh oleh RajaBasra. Sabda NabiMuhammadSAW, Ketua perang bertanggungjawab membawa bendera pasukan, sekiranya Zaid mati bendera diketuai Jaafar diikuti Abdullah bin Rawahah. Tiba di medan Mut’ah. Para sahabat gentar kerana musuh dianggarkan 10’000 tentera Rom. Seorang sahabat mencadangkan agar memberitahu NabiSAW tentang situasi mereka. Bingkas bangun Abdullah ibn Rawahah lalu berkata “Sekiranya kita tidak syahid, kita akan mati juga nanti. Kita jihad kerana Allah telah memuliakan kita. Cuma ada dua kemungkinan baik iaitu Syahid di atas redha Allah atau kemenangan Islam” 
Rom menukar strategi setelah lama pertempuran sengit berlaku. Kali ini sasaran tumpuan ialah pengemudi panji lantas mengejutkan tentera muslim! dengan syahidnya kesayangan Rasulullah saw@ Zaid Ibn Haritsah! Meluru masuk ke tengah pasukan musuh dengan pacuan kuda sambil berteriak selepas menyambut panji ialah Jaafar “Aku sudah dapat melihat keindahan syurga dan sejuk air didalamnya”Tangan kanan ditetak putus dan bendera disambut dengan tangan kiri. Apabila kedua tangannya putus, panji disambut dengan gigi kemudian diapit kaki sebelum rebah syahid ke bumi. Ibnu Rawahah segera menerpa ke arah Jaafar. Ternyata sangkaan Abu Rawahah tepat kerana dirinya akan syahid setelah menyambut panji dari JaffarRA. 

Dari Sahih AlBukhari- mayat Jaafar selepas perang mempunyai lebih 90 kesan tikaman tombak, belahan pedang, tusukan lembing & anak panah pada tubuhnya. Punggungnya hancur tinggal tulang.  Dari Anaz bin Malek. Ketika perang di Jordan pada masa yang sama di Madinah, NabiSAW menggunakan mukjizatnya dengan bantuan malaikat JibrilAS menyampaikan secara lintas langsung situasi seorang demi seorang sahabat besar yang syahid mengikut turutan secara terperinci. 

Kelihatan air mata NabiSAW mengalir selepas berita syahid 3 sahabat besarnya. Akhirnya NabiSAW memberitahu panji disambut oleh pedang dari pedang-pedang Allah(Khalid Al Walid). Perang berakhir dengan pengunduran bala-tentera Rom tetapi tidak dikejar pasukan Muslim. 
Dari AisyahRA, Sekiranya Zaid Ibn Haritsah masih hidup tentu NabiSAW akan mengangkatnya menjadi Khalifah kerana hampir setiap peperangan yang diutus NabiSAW diketuai Zaid Ibn Haritsah. Pertempuran Mut'ah mengorbankan muslim seramai 12 syahid.

Khalid Al Walid, "Sengitnya Mut'ah ini sehingga 8 bilah pedangku patah dan bilah terakhir ialah pedangku buatan Yaman yang membawa kepada kemenangan Islam."

Nabi Ibrahim as idola Rasulullah SAW

gambar sekadar hiasan
https://www.youtube.com/watch?v=G8i9KieMUIQ
Quliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 ms 125 berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang

Sahih At Tirmizi, Abdullah b Mas'Ud ra sabda Nabi saw, ikutanku ialah nenekku Nabi Ibrahim as. Sebaik-baik manusia ialah Nabi Ibrahim as. Keluarga yang baik-baik ialah Nabi Yusof as bin Nabi Yakob as bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim as.
Ali imran 68 Yang dekat dengan Nabi Ibrahim ialah yang mengikuti Nabi Ibrahim as termasuk Nabi Muhammad saw.