Sahih Imam Ahmad bin Hambal. Ya Rasulullah s.a.w. sebentar tadi, anakku Ibnu Abbas nampak kamu bercakap dengan seseorang dan tidak melayanku masuk ke rumah kamu. Sabda Nabi s.a.w. benar wahai pakcikku. Itulah mala'ikat Jibril alaihisalam yang hanya dinampak oleh orang tertentu.
Sahih Muslim dari Ibnu Abbas r anhuma. Doa Nabi s.a.w. Allahumma faqihhu. Ya Allah, berikan kefahaman ilmu padanya. Sahih Bukhari Allahumma faqihhu fiddin
Riwayat AtTabrani. sabda Nabi s.a.w. mari sini wahai Ibnu Abbas, kamu nampakkah sesiapa di sini tadi. Jawab Ibnu Abbas. ya wahai Rasulullah s.a.w. Nabi s.a.w. menambah, itulah Jibril as dan kamu tidak akan mati sehingga kamu menjadi orang berilmu serta kamu tidak akan mati sehingga kamu hilang penglihatan pada masa hadapan.
Sahih Bukhari Ibnu Abbas ra. Sunat witir dibenarkan 1 atau lebih rakaat
Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. Tempat rujukan Quran bermula ranking pertama ialah Abdullah b Mas'Ud ra, kedua Salim Maula Abi Huzaifah, ketiga Muaaz b Jabbal dan keempat Ubai bin Ka'ap.
BahrulMazi jilid 2 ms 185 bab larangan makmum mendahului imam 24/2/15 Masjid Padang Temusu
Hasan Sahih AtTirmizi Al-Barraq ra. Setiap pergerakan solat yang dimulai Nabi s.a.w. apabila menjadi imam solat diikuti satu persatu oleh para sahabat yang menjadi makmum.
Sahih At Tirmizi dari Ibnu Abbas ra. Sunnah duduk antara dua sujud dengan kaedah Duduk Iq'a atau duduk punggung atas dua tumit itu sunnah. Mazhab Syafi'e lebih menyukai sunat duduk iftirash tetapi menyatakan duduk Iq'a itu juga sunnah
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Tuesday, February 24, 2015
Tuesday, February 3, 2015
Hukum makan Musang & Denda Yahudi Langgar Kontrak Sosial
Sahih Muslim dari Ibnu
Omar r anhuma. Selepas perang Khaibar, yahudi telah melanggar kontrak sosial
dengan muslim. Yahudi diarah keluar dari
Madinah tetapi ketua puak mereka merayu pada Rasulullah s.a.w. Yahudi berjanji
akan menyerahkan separuh keuntungan hasil pertanian mereka pada Islam dengan
syarat apabila tiba tempoh masa yang dirasakan mereka tidak sesuai tinggal di
Madinah, mereka mesti diarah keluar dari bumi Hijjaz kerana bumi Madinah ini
milik Islam milik Allah.
Hukum makan Dubuk khilaf ulama. Hasan
lagi Sahih At Turmuzi dari Ibnu Abi Amar dari Jabir ra, Nabi s.a.w.
membenarkan muslim makan Dubuk. Imam Syafi’e mengharuskan makan Dubuk. Imam
Nawawi mazhab Syafi’e mengharuskan makan Musang.
Kesimpulan Hukum: Halal Harus dimakan.
Monday, February 2, 2015
Madu ciptaan Allah@ AnNahl 69 Ayat sembuh penyakit
Sabda Nabi s.a.w. Semua minuman dan makanan yang memabukkan
adalah haram.
Sahih Abu Daud dari
Nuqman b Basyir ra sabda Nabi s.a.w. Buah-buahan yang diperam kadangkala boleh
menjadi arak.
16: 68 Allah perintahkan lebah makan manisan dari bunga dan
pohon kayu kemudian kembali ke sarang binaan manusia atau membina sarangnya di
atas bukit.
16:69 Pada perut lebah akan terhasil proses mengeluarkan
madu dengan kepelbagaian warna mengikut spesis yang merupakan penawar segala
penyakit pada tubuh badan manusia.
16:70 Begitu juga manusia yang diciptakan dan dimatikan oleh
Allah dengan pelbagai situasi sehingga ada yang sengaja dipanjangkan umur
dengan disertakan uzur dan lemah sebagai peringatan jalan kembali kepada Allah
semakin hampir.
Subscribe to:
Posts (Atom)