Nota Cinta

Monday, November 10, 2014

Al-Qalam 68:44-52 What You Give You Get Back

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah r.a. Sabda Nabi s.a.w. 
Setiap manusia yang bangun pagi dari tidur setiap hari akan didoakan oleh dua mala'ikat yang pertama "Ya Allah, gantikan yang baik baginya yang derma atas jalan Allah." 1 lagi berbunyi "Ya Allah, binasakan mereka yang bakhil kedekut."

Hadis riwayat imam Ahmad dari Abi Qatadah ra sabda Nabi s.a.w. kerana kamu menjagaku, Allah akan menjaga kamu. 

Sahih An Nasa'i dari Anaz b Malek ra sabda Nabi s.a.w. 
Siapa yang meminta pada Allah untuk masuk syurga 3 kali, syurga akan jawab, ya Allah berilah dia ini masuk syurga. 

Sahih Bukhari dari Osman b Affan ra sabda Nabi s.a.w.
Bina masjid mencari keredhaan Allah akan mendapat hadiah bangunan dari Allah di syurga. 

Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra sabda Nabi s.a.w. 
Allah tidak akan menzalimi orang beriman yang melakukan kebaikan. 

Sahih Muslim dari Sahal b Saad As Sa idi sabda Nabi s.a.w.
Syurga ialah tempat yang tidak terlintas di hati serta fikiran, tidak ternampak pada bayangan dan tidak pernah dengar di dunia. 

Ciri-ciri ahli syurga ialah rajin bangun tidur tengah malam untuk solat dan berdoa memohon seperti yang dijanjikan dalam Quran manakala tangannya ringan derma atas jalan Allah. Tiada manusia dunia tahu nikmat sebenar syurga. 

Al-Qalam 68:44-52 Pengajian kitab tafsir Quran Nurul Ihsan jilid 4 ms 214 Surah Nun

Manusia yang dimasukkan ke neraka sakar menjawab "kami di dunia tidak solat, kami tidak pernah beri makan orang miskin, kami menyertai golongan mengumpat dan pertikai hal agama dan kami tidak percaya adanya hari akhirat sehingga tiba hari keyakinan iaitu kematian"

68:44 Mereka yang dustakan Quran ini zahirnya kelihatan bahagia dan senang tetapi batinnya menderita dengan seisi keluarga bergelumang dosa. 
68:45 Lihatlah umat terdahulu yang dibinasakan akibat dosa mereka dan digantikan dengan umat lain. 
Al-Ankabut 40.  Kaum Ad dengan taufan batu yang kuat. Kaum Samud di Utara Madinah (Mada'in Saleh) dibinasakan dengan 1 Jerkahan. Qarun ditelan bumi. Firaun ditenggelami laut merah. Allah tidak menzalimi mereka tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri. 
68:46) Jangan kenakan harga pada dakwah islamiah wahai Muhammad. 
Sahih Bukhari dari Ibni Abbas ra. Atas bacaan fatihah Abu Said Al-Qudri ra, ketua puak badwi menghadiahkan kambing padanya. sabda Nabi s.a.w. Boleh menerima saguhati tetapi jangan meminta atas upah kerja dakwah. 
Sahih Abu Daud dari Osman b Abil As ra. sabda Nabi s.a.w. Mengambil pemberian saguhati penghargaan selepas pengorbanan berdakwah tidak salah tetapi sekiranya tidak ambil itu lebih baik. 
68:47) Adakah mereka dapat ilmu terus dari langit Luh Mahfuz menyebabkan mereka enggan ikut kamu wahai Muhammad? 
gambar sekadar hiasan
68:48) Bersabarlah dan jangan putus asa dalam kerja dakwah seperti Nabi Yunus as yang putus asa dengan kaumnya kemudian ditelan ikan. 
68:49) Atas rahmat Allah, Yunus diselamatkan terdampar ditepian pantai selepas berdoa penyesalan di dalam perut ikan "La illa ha illa Anta Subha naka inni kuntuminazzalimin @Maha Suci Allah sesungguhnya aku menzalimi diri."
68:50) Dengan nikmat Allah, Yunus dipelihara dari kekejian
68:51) Sekiranya Allah tidak pelihara kamu wahai Muhammad, sudah pasti kamu kecewa akibat pandangan kafir Mekah dipenuhi kebencian dengan tohmahan Muhammad ini sesat lagi gila. 
68:52) Quran itu pengajaran bagi jin dan manusia yang sihat mental untuk jalan maslahat dunia akhirat. 



Tuesday, November 4, 2014

Sunnah makan daging arnab. HARAM CELA MAKHLUK

4-11-14 Masjid Sultanah Bayah BM12 ms171 hukum makan arnab syarah Ustaz Shamsuri 
Sahih Muslim Abi Sarihah ra sabda Nabi s.a.w. Kiamat akan terjadi selepas 10 tanda iaitu

  1. gempa bumi sebelah timur 
  2.  gempa bumi sebelah barat
  3.  gempa bumi semenanjung arab
  4. kabus hitam meliputi muka bumi  
  5. keluarnya binatang berkaki empat
  6. keluarnya yajud majud
  7. matahari terbit sebelah barat
  8.  keluar dajal
  9.  keluar api negeri Yaman halau orang ramai
  10. Turunnya Nabi Isa as membunuh Dajjal (10-riwayat lain) Ribut putung beliung melemparkan manusia ke dalam laut. 

HARAM CELA MANA-MANA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH

Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Angin menjadi rahmat apabila meniup lembut tetapi angin boleh berubah menjadi bencana atas perintah Allah maka jangan sesekali memarahi angin itu sebaliknya mohon  perlindungan dari Allah.
Sahih Abu Daud Ibni Abbas ra sabda Nabi s.a.w. Jangan cela mana-mana makhluk kerana akan dicela oleh Allah.
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. Apabila berlaku gerhana atau bencana, solatlah minta perlindungan pada Allah sehingga ianya selesai.
Sahih Muslim dari A’isyah ra. Nabi s.a.w. segera berdoa minta perlindungan apabila tiba-tiba angin meniup kuat. “ya Allah, aku berlindung dari kejahatan yang ada pada angin ini”



Hasan Sahih AtTirmizi Anaz b Malek ra. Nabi s.a.w. makan daging arnab hadiah dari para sahabat.