Nota Cinta

Monday, September 8, 2014

Al-Qalam 68:17-33 Tuan Kebun kedekut. SEBUTLAH DENGAN IZIN ALLAH

MUQADDIMAH sebelum pengajian oleh Dato'Shamsuri Hj Ahmad. 
Sahih Bukhari dari Abdullah b Amru b Al-Az radialla hu anhu. Ketika awal zaman permulaan Islam, Nabi s.a.w. menunaikan solat di hadapan ka'bah. Datang sekumpulan samseng kafir Quraisyh yang diketuai Abu Jahal meletakkan perut unta busuk di atas belakang badan Rasulullah s.a.w. semasa baginda sedang sujud. Selepas itu, mereka ketawa terbahak-bahak sambil bertepuk tampar antara satu sama lain. Berita Nabi s.a.w. dibuli oleh kumpulan samseng tersebut sampai kepada anak baginda, Fatimah. Fatimah yang ketika itu merupakan kanak-kanak kecil perempuan bergegas menuju ke ayahnya lalu membersihkan perut unta busuk tersebut sambil memarahi kumpulan samseng yang menganiayai bapanya. Nabi s.a.w. berdoa mengulangi 3 kali meminta kemarau panjang termasuk pembalasan pada perbuatan keji kumpulan samseng Abu Jahal. Allah memakbulkan doa kekasihNya, Mekah dilanda kebuluran teruk. Wakil kafir Quraisyh Abu Sufyan yang ketika itu belum memeluk Islam, merayu pada Rasulullah s.a.w. agar menghentikan kemarau panjang tersebut. Kafir Quraisyh akur dengan kekuasaan Allah. Turun ayat Quran, Ad Dukhan ayat 15" Sesungguhnya sekiranya Kami mengangkat azab ini, manusia akan kembali ingkar."Setelah kemarau dan kebuluran teruk yang melanda Mekah berakhir, kafir Quraisyh kembali mengingkari Nabi s.a.w. dan menolak Quran Hadis. Turun ayat Quran, Ingat suatu hari nanti Kami akan turunkan hari pembalasan dan sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Balasan."Akibat keingkaran mereka, Allah turunkan pembalasan kafir Quraisyh ditewaskan muslim dalam perang Badar beberapa lama kemudian. 

Sahih Ibnu Majah dari Abi Lailah Al-Khindi ra, Khabbab bin Al-Arad ra dari Bani Ta'Mim. Khabbab merupakan hamba abdi dan 10 orang terawal memeluk Islam. Abdullah b Mas'ud ra merupakan sahabat yang selalu merujuk Khabbab kerana kemahiran tafsiran Quran. Khabbab ditakdirkan menjadi kaya dermawan dan mendapat pengiktirafan oleh Khalifah Omar Al-Khattab ra sebagai setanding dengan Amar b Yasir ra. 

Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 4 ms 211 surah Nun Makiah ayat 17-33 Surau Taman Kerian syarah Ustaz Shamsuri 8-9-2014. 

AL-Qalam 68:17-33

68:17) Terdapat satu kisah benar dahulu, Kami beri pembalasan pada tuan-tuan kebun kurma yang bercadang untuk memetik tanaman awal keesokan pagi kerana kedekut dipetik oleh golongan miskin.
68:18) Mereka juga lupa menyebut "dengan izin Allah" untuk sesuatu pekerjaan. 
Sahih Bukhari, sabda Nabi s.a.w. akibat tidak menyebut "dengan izin Allah", 90 isteri Nabi Sulaiman gagal melahirkan anak untuk dijadikan tentera jihad fisabilillah. 
68:19) Allah menghantar api membakar tanaman kebun kurma mereka pada malam sebelum keesokan hari. 
68:20) Akhirnya kebun mereka hangus musnah kesemuanya. Kejadian ini berlaku di Yaman. 
68:21) Keesokannya, mereka mengejutkan antara satu sama lain.
Rezeki yang kita dapat hasil usaha kita ada bahagian untuk si miskin!
68:22) untuk ke lokasi seperti yang dirancang. 
68:23) Sambil menuju ke kebun, mereka berbisik sesama mereka. 
68:24) Di hati masing-masing mengatakan jangan harap si miskin dapat memetik buah lagi selepas ini.
68:25) Mereka dengan sombong merasakan merekalah yang berkuasa disamping berjaya mengecewakan golongan miskin yang mengharap dapat memetik buah-buahan tanaman mereka. 
68:26) Tiba di lokasi, mereka seakan-akan tidak percaya dan mengatakan kemungkinan mereka sesat jalan.
68:27) Tetapi setelah diteliti, akhirnya mereka mengakui kebun mereka telah musnah.
68:28) Salah seorang dari mereka tiba-tiba memberitahu perbuatan kedekut mereka ini salah.
68:29) Mereka menyesal 
68:30) sambil menyalahkan antara satu sama lain kerana cuba menganiayai golongan miskin.
68:31) Akhirnya mereka semua faham dan sepakat mengakui kesalahan diri.  
68:32) Kesemua mereka bertaubat dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi lalu berdoa agar Allah dapat mengembalikan kebun tanaman mereka seperti asal. Allah memakbulkan doa mereka dengan mengembalikan tanaman kebun mereka kembali subur seperti asal.  
68:33) Demikian azab Allah di dunia dan sesungguhnya azab akhirat jauh lagi dasyat. 

Tuesday, September 2, 2014

Nabi saw tidak baca doa makan tapi baca "Bizmillah"

2-9-14 Masjid Sultanah Bayah BM12 Sunnah makan syarah Ustaz Shamsuri 
Adab makan Sunnah
Riwayat Anaz b Malek ra. Anaz pernah melihat makanan yang keluar dari celahan jari Rasulullah s.a.w. ketika hidangan yang sedikit menjadi barakah sehingga mengenyangkan 40 orang ahli Jemaah masjid. Sabda Nabi s.a.w. Menjamu makanan untuk tetamu akan didoakan para mala’ikat.
Sahih Abu Daud Huzaifah ra. Sunnah Nabi s.a.w. baca bizmillah sebelum makan. Doa makan dicipta oleh ulama terkemudian.

Hasan Gharib AtTirmizi Qatadah ra. Rasulullah s.a.w. menjamu makanan di atas kain hamparan sambil duduk di atas lantai.