Ustaz Shamsuri - TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 61-63,Masjid
simpang empat 12.6.2014
WAJIB MENANGIS DI
KAWASAN KEBINASAAN ALLAH KE ATAS UMAT INGKAR TERDAHULU.
Sahih Bukhari dari Abdillah b Omar Al-Khattab r anhuma, Nabi
saw ketika tentera muslim melintasi Al-Hijir, Nabi saw meminta sekiranya air
dari kawasan tersebut telah digunakan untuk makanan dan bekalan minuman maka
mestilah dibuang kerana kawasan Al-Hijir/Mada’in Soleh tersebut pernah dihuni
oleh golongan kaum Samud yang ditimpa bala akibat bantah Nabi Soleh as. Kaum
Nabi Soleh hebat dalam senibina kediaman mewah di dalam gunung seperti di Petra
Jordan. Sabda Nabi s.a.w. Sekiranya ada
urusan penting, hanya yang boleh menangis saja dibenarkan masuk dalam keadaan
menangis kerana dikhuatiri, apa yang menimpa mereka akan kena ke atas kamu.
HAJI Istimbat hukum dari nas Nabi s.a.w. IBADAH UBUDIAH-ABDI
DIRI KEPADA ALLAH-IBADAH Sunnah menurut Hadis SEPERTI RASULULLAH S.A.W.
Riwayat Muhammad b Ali b Al-Husain b Ali b Abi Talib
karamalla huwajha iaitu piut Nabi Muhammad s.a.w. daripada Jubir b Abdillah r
anhu.
|
gambaran hiasan serangan burung ababil |
Solat sunat apa saja 2 rakaat apabila tiba di Bir Ali.
Kemudian, Nabi s.a.w. naik unta ke Mekah sambil bertalbiah bersama para sahabat
yang adakalanya senyap dan adakalanya bertalbiah. Talbiah bermula niat ihram sehingga berhenti
di sisi ka’bah. Di Baitullah, Nabi s.a.w. masuk berdoa mengangkat kedua belah
tangan. Nabi ke Hajar Aswad untuk mengucup, kemudian 3 round pertama, Nabi
berlari anak dalam keadaan ber iqtibaq, pusingan ke 4 menutup ihram kembali
berjalan sehingga tamat pusingan ke 7. Tamat 7 pusingan, Nabi s.a.w. menuju ke
makam Ibrahim membaca
“Wattahizu
mimmakami Ibrahima musollah” Nabi Solat 2 rakaat belakang makam Ibrahim@
rakaat pertama
(Fatihah dan Qulya)
dan kedua
( Fatihah dan Qulhuwalla). Kemudian
sekali lagi, Nabi s.a.w. mengucup hajarul aswad.
@(ulama ambil kesimpulan ada hadis lain-Ke
Multazam untuk berdoa antara bucu hajarul aswad dan pintu ka’bah.) Kemudian
menuju ke Bukit Safa dan apabila hampir maka Nabi membaca
, “Innassafa walmarwataminsya irillah” Nabi s.a.w. mula berjalan
Safa ke Marwah ulang-alik 7 kali, bermula satu lembah dengan berlari anak
(hari ini-isyarat
lampu hijau). Hari ke -8, Nabi s.a.w bertolak ke Mina (hari
tarwiyah@hari bagi unta puas minum air) Kemudian Nabi s.a.w bertolak ke Arafah
pada 9 Zulhijjah hampir masuk waktu Maghrib untuk berdoa bersungguh-sungguh
sambal menangis sehingga nampak putih ketiak baginda. Selepas itu, baginda
bertolak dari Arafah ke Muzdaliffah untuk solat maghrib dan Isya’ dan tidur
sehingga bangun solat Subuh keesokannya. Selepas solat Subuh, Nabi s.a.w.
bertolak dari Muzdalifah ke Mina dan ketika melintasi kawasan madi muhassir
dengan tenang dan perlahan. Pada masa yag sama baginda menegur sahabat-sahabat
yang kelihatan gopoh. Ketika melintasi madi muhassir, Nabi sa.w. memacu untanya
agak laju sambil menutup kepalanya agar segera meninggalkan kawasan tempat
kebinasaan tentera Abrahah kerana menurut Allah
“Tarmihim bihijaratim minsijjil faja alum ka asfir maQqul.” Burung
ababil diperintahkan Allah melemparkan batu ke atas kepala tentera Abrahah maka
jadilah mereka seperti daun yang dimamah ulat.
Laut mati ke Jericho Isra’el dipercayai kaum Nabi Lut
diterbalikkan hasil kajian berdasarkan nas dalil Quran Hadis. Dipercayai tidak
boleh confirm kerana tiada terangan jelas dari nas dalil Quran Hadis.
AN-NAHL 61-63
|
gambaran hiasan tiada manusia di muka bumi |
61)
Sekiranya Allah menuntut pembalasan azab segera selepas
manusia melakukan dosa, sudah tentu tiada manusia lagi yang tinggal di muka
bumi. Yang ingkar bukan saja diazab di dunia malah kemudian diazab lagi di
akhirat kecuali keampunan dari Allah sekiranya bertaubat. Apabila tiba saat kematian, tiada lewat dan
awal walaupun sesaat.
62) Golongan ingkar merasakan mereka benar dan mengatakan
golongan kebenaran itu salah, hakikatnya kafir tetap di neraka. (dalil haram muslim sebut "rest in peace" pada yang bukan Islam)
63 Allah bersumpah dengan namaNya sendiri “Demi Allah”, Tuhan
telah mengutus para Nabi dan Rasul tetapi umat mereka memilih jalan kesesatan yang
dirasakan mereka jalan kebenaran akibat bisikan iblis. Sekiaranya mahu
melepaskan diri mereka, carilah pemimpin mereka yakni syaitan, syaitan yang
dirasakan hebat juga tidak terlepas dari neraka jangan ingat manusia dapat
melepaskan diri dari neraka.