Dato’ Dr Amran bin Kasimin.
27-2-12 & 31-5-13 Youtube
- Amalan menurun jin dan syaitan ialah jin masuk ke dalam tubuh manusia. Upacara bagi makan jin terdiri dari buah-buahan, pulut kuning.
- Terdapat perantara pemberitahu apa yang dibuat melalui penyampaian jin yang kononnya mereka kasyaf.
- Lemah kerohanian ialah apabila sesorang batuk semulajadi, yang lemah kerohanian akan batuk tanpa sebab.
- Sembelih bukan kerana Allah tetapi tujuan beri makan jin kemudian dibuat kenduri tahlil itu dilaknat Allah dan ia haram dimakan.
- Sesiapa yang minta tolong jin akan semakin sesat, kufur dan melakukan dosa.
- Orang berdamping dengan jin biasanya payah solat dan tidak solat.
- Berasa gelap, kepala pening, berdesing, dengar loceng, telinga jadi besar dan ia sama seperti proses bersilat.
- Mula-mula mengamal ilmu dampingan jin tanpa sedar kemudian Iblis menghasut bunuh ahli keluarga, marah mereka, dan sebagainya negative.
- JAKIM tengah merangka undang2 sihir. Keris, tangkal, azimat ada penunggu jin.
- Jin berdamping dengan manusia melalui mimpi secara tanpa sedar.
Al-A’raf 27 Allah
jadikan syaitan pemerintah kepada mereka yang tidak beriman.
gambar sekadar hiasan |
- Jin kafir itu antaranya syaitan, bela ialah berdampingan makhluk halus untuk bantuan samada sedar atau tidak sedar.
- Bila seseorang berdampingan jin, bermakna ada perjanjian antara pengamal dan sekiranya mati akan mewariskan pada keturunan.
- Tiap benda jahat ada galakan iblis dan syaitan seperti janjinya pada Tuhan
- Syaitan bersumpah menyesatkan manusia dengan menjadikan perkara yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik kecuali hamba Allah yang ikhlas beriman.
- Panggil jin samada puja, nyanyi atau apa saja akan mengundang syirik dan menjadi musyrik samada secara sedar tanpa sedar.
- Tanda gangguan, mimpi jatuh tempat tinggi dari gunung langit awan, digigit lebam dan bau kawasan atau ruang yang busuk.
- Melihat muka kemudian takut bukan hakikat.
- Melihat muka nampak cantik disebabkan susuk.
- Saka apabila dibenarkan akan mengikut. Saka tidak cakap direct tetapi ada objek tertentu seperti keris. Matikan ialah jangan benarkan ikut.
- Dalam keadaan apa pun, anggap jin dan syaitan itu musuh.
- Sesungguhnya syaitan masuk dalam tubuh anak adam atau manusia melalui pembuluh darahnya.
- Masalah sosial dan jenayah hari ini berpunca dari kes seperti ini.
- Saka jenis pertama ialah ilmu mengurut dan mengubati boleh turun kepada anaknya tanpa belajar.
- Jenis saka kedua ialah ilmu yang tidak boleh melakukan rawatan tetapi akan mengalami sakit yang sama yang berlaku pada kematian datuk dan bapanya.
- Pancaran jahat sihir dipancarkan melalui mata dan jangan pandang matanya untuk mengelak dipukau.
- Ketahanan sihir bergantung pada ketahanan roh melalui didikan agama.