Nota Cinta

Tuesday, August 5, 2008

Jangan sembang kuat/tinggi suara

Muqaddimah sebelum Pengajian bahrulmazi bab fitnah jilid 15 syarah us Shamsuri 8/8/8


Sahih Bukhari dari As Said bin Yazid ra sabda Rasulullah saw, "jangan tinggikan suara perbualan kosong ketika berada dalam masjid terutama di Masjid Nabawi ini."


Al-Hujarat "Jangan berbual tinggi suara lebih dari suara Rasulullah saw ketika berbual bersama baginda kerana Allah akan membatalkan segala pahala kamu."

Abu Bakar As-Sid'dieq

Sahih Bukhari dari Abu Sa'id Al-Qudri ra.

Ketika kutbah Rasulullah saw, hatiku berkata," kenapa orang tua ini menangis, kutbah Rasulullah saw itu amat biasa. Akhirnya aku menyedari yang Abu Bakar ini sebenarnya adalah genius kerana hanya beliau seorang menyedari yang Nabi saw akan wafat setelah baginda bersabda, Hamba Allah itu menolak dunia dengan cintakan akhirat mengejar keredhaan Allah. Tidak lama lagi, hamba Allah itu akan kembali menemui penciptaNya. Rasulullah saw menyedari Abu Bakar sedang menangis lalu bersabda, Wahai Abu Bakar, jangan menangis. Sekiranya aku dibenarkan Allah untuk memilih kekasih dikalangan umatku, tentulah aku pilih Abu Bakar kerana kecintaannya pada Islam. Tiada manusia dapat menandingi pengorbanan harta benda dan persahabatan silaturahim persaudaraan sesama Islam seperti Abu Bakar."

Muqaddimah sebelum Pengajian bahrulmazi bab fitnah jilid 15 syarah us Shamsuri 5 Ogos 2008

Pemerintah Zalim & Taat Pemimpin

Muqaddimah sebelum Pengajian bahrulmazi bab fitnah jilid 15 syarah us Shamsuri 5 Ogos 2008

Sahih AtTirmizi Bukhari Muslim dari Ibnu Mas'ud ra 

Sabda Nabi saw. "Pemerintah zalim ialah pemerintah yang mengambil hak rakyat dan membenarkan kemungkaran berlaku dibawah jajahannya menurut Islam. Menjelang kiamat, selagi mana pemerintah tidak menyuruh kamu buat kemungkaran, maka taatlah pemerintah tersebut. Sekiranya pemimpin zalim menyuruh melakukan kemungkaran, maka dibenarkan tidak taat. Hak yang dizalimi ialah minta doa pada Allah."