Nota Cinta

Tuesday, July 22, 2008

Pemilihan Imam


22-7-08 Sahih Bukhari Muslim utamakan lebih feqah, kemudian qari, kemudian umur lebih tua untuk imam solat.
 

Azan Subuh PUASA

22-7-08 Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar sabda Nabi saw. Azan masuk waktu subuh tidak boleh bersahur kerana akan membatalkan puasa.

Rasulullah saw CERIA di hari WAFAT

22-7-08 Sahih Bukhari Anaz b. Malek. Pagi sebelum detik kewafatan Rasulullah saw, Nabi saw bangun tersenyum berdiri dengan wajah yang amat ceria sehingga para sahabat yakin baginda akan kembali sembuh tetapi tidak berapa lama kemudian, baginda wafat.

Kenapa Solat tak kusyuk


Haram lintas kawasan sujud muslim solat.

22-7-08 Sahih Muslim solat yang kusyuk cegah mungkar seperti mulut cakap tidak elok, cakap bohong, sombong, ego, iri hati, dengki, khianat dan sebagainya.
 
Akhir zaman tiada kusyuk dalam solat dan ilmu diangkat ke langit yang bermaksud manusia tidak mengamal Quran Hadis.

Wednesday, July 2, 2008

Al-Qamar

02-07-08, 06-08-08, 05-11-08 Nurul Ihsan jilid 4 Dato' Ust Shamsuri SURAH AL-QAMAR makiah

Sahih Bukhari dari Ibnu Mas'Ud ra. "malang sekali aku tidak mampu menghalang orang-orang Abu Jahal yang meletakkan bangkai perut unta busuk di atas belakang Rasulullah saw yang sedang sujud solat. Kelihatan baginda bangun dari sujud dan berdoa, Ya Allah binasakan Quraish, Ya Allah binasakan Quraish, Ya Allah binasakan Quraish. Ya Allah binasakan Abu Jahal, Uqbah bin Rabi'ah, Syaiba bin Rabi'ah, Walid bin Uqbah, Umaiyah bt Kalam, Abi Mu'aih & Uqbah Abi Mu'aih. Tidak lama selepas itu, Kesemua mereka mati ketika dalam perang Badar. 

Sahih Bukhari dari Ubadah bin Assamir ra sabda Nabi saw, Janji denganku jangan syirik Allah, jangan zina, jangan mencuri, jangan bunuh orang kecuali cara halal dan jangan bunuh diri. Sekiranya terlanggar, hanya hudud dapat membersihkan dosa tersebut. Jika bertaubat, ia terpulang kepada Allah samada menerima atau tidak taubat tersebut kerana hudud itu sudah ditetapkan oleh Allah. 

Sahih Bukhari dari Anaz bin Malek ra. Rasulullah saw melaksanakan hudud dengan memotong tangan kanan dan kaki kiri penjenayah sehingga cacat sebelum dijemur hingga mati. Mata mereka dicungkil keluar sebagai balasan Qisas kerana mangsa samun juga dibunuh sedemikian. Oleh kerana penjenayah murtad menjadi kafir, mereka rugi di akhirat.    

Sahih Bukhari dari Aisyah ra Rasulullah saw berkahwin pada usia 25 tahun dengan Khadijah yang berusia 40 tahun dan mereka hidup bersama selama 25 tahun. Selepas Khadijah meninggal dunia, baginda mengahwini Saodah yang berumur 55 tahun. Abu Bakr As Siddiq sentiasa menangis apabila setiap kali membaca Al-Quran sehinggakan Musyrikin Quraish mengatakan Abu Bakr adalah muslim luar biasa.


semua gambar sekadar hiasan
Al-Qamar 54:1-3. BukhariMuslim. Ketika di Mina, kafir Quraisyh menuduh mukjizat Rasulullah saw membelah bulan itu sihir.
4-5. Sedangkan kafir mengakui Muhammad itu seorang yang benar lagi amanah semasa baginda belum menerima wahyu Islam. 
6-7. Ketika manusia tidak berani mengangkat kepala di mahsyar. Kafir ketika itu membenarkan Islam dan mereka menyesal sambil menanti untuk diseksa.

9-10. RasulKu Nuh as juga dituduh gila lalu berdoa menyerahkan kepada Kami untuk tindakan selanjutnya.
11-12. Allah gabungkan langit dan bumi mengeluarkan air menenggelamkan dunia.
13-14. Kami kuatkan bahtera Nuh bagi menyelamatkan pengikut Rasul Kami yang beriman dan melenyapkan kafir.
15-16. Masihkah tidak mahu ambil pengajaran dari azabKu yang dasyat itu?
17. Kami jadikan Quran itu mudah dihafal dan dipelajari.

18. Kaum Ad juga binasa atas lidah RasulKu Hud as.
19-21. Lihatlah betapa dasyatnya azab Allah bermula dari hantaran angin sehingga menerbangkan jasad manusia sebelum dihempas ke tanah sehingga berkecai anggota tubuh badan. 

22.Kami mudahkan Quran supaya mudah difahami tentang kedasyatan azab Kami.



Al-Qamar 54-25). Kaum Samud dianugerahkan kehebatan senibina kediaman dalam gunung.  
26) Kerana kesombongan itu, mereka memperlekeh Nabi Saleh as gila dan sesat. 
27) Allah makbulkan doa Nabi Saleh as dengan mengeluarkan unta betina dan anak unta tersebut sebagai bukti kekuasaan Allah seperti yang dicabar oleh kaum Samud.
28) Atas perintah Allah, Nabi Saleh as menyeru kepada penduduk kampungnya agar minum air telaga secara bergiliran dengan untanya setiap selang sehari. 
29) Tetapi mereka dengan sengaja membunuh unta mukjizat Nabi Saleh itu. 
30-31) Allah turunkan azab bencana sehingga mereka yang terlibat tidak ubah seperti rumput kering dipijak binatang ternakan.
32. Demikian pembalasan Allah direkodkan dalam Quran dalam bentuk mudah difahami dan dihafaz.
33-36. Kaum Nabi Lut as yang memperjuangkan homoseksual pula diterbalikkan negeri mereka oleh
Jibril dan selebihnya Kami hantar batu-batuan neraka menembusi tubuh saki baki yang berjaya melarikan diri kecuali pengikut Lut yang bersyukur Kami lepaskan.
37.Ketika Jibril, Mikail dan Izrail menjadi tetamu Nabi Lut as, kaum gay yang kemaruk seks ini cuba menerjah masuk tetapi Jibril melibaskan sayapnya sehingga buta setiap seorang.
38-39. Menjelang Subuh waktu sahur, Kami menyuruh Lut dan pengikut beriman keluar untuk Kami timpakan azab lalu menjadi laut mati tasik Jordan.

40. Sekiranya tidak mampu hafaz Quran yang Kami mudahkan ini, setidak-tidaknya, ambillah pengajaran.

Al-Qamar 54:41-42) Allah telah menenggelamkan Fir Aun dan pengikutnya di dasar laut.
43. Adakah kafir Mekah rasa mereka lebih kuat dari kafir bala tentera Fir Aun?
44. Abu Jahal melaungkan “Kesatuan kami pasti menewaskan Islam”.

45. Allah takdirkan muslim menang dalam Perang Badar walaupun 313 vs 950. 
46-48. 70 bangkai kafir selepas Perang Badar diseret dengan muka disembamkan ke lantai neraka sambil diherdik oleh para mala'ikat penjaga neraka.
49-50. Allah boleh mengubah takdir sekelip mata walaupun segalanya tersurat di Luh Mahfuz.
51. Adakah manusia mengambil ikhtibar dari pengajaran tersebut?
52-53. 
Setiap kelakuan setiap manusia setiap detik dicatat oleh malaikat hafazah dan rekod ini disimpan di Luh mahfuz.
54-55. Hanya yang takut kepada Allah SWT akan bergembira di syurga. 

Huraian Ustaz Shamsuri..........
Tuan-tuan tak rasa apa-apa dengaq saya baca? Saya rasa sakit kerongkong la, sebab duk keriau suara. Tuan-tuan kena rasa Tuhan boleh tolong macam Tuhan tolong Nabi saw dengan syarat kita kena buat kerja seumpama Nabi saw. Ada yang suka lowyar buruk, tolong jangan. Esok nanti Allah hantaq malaikat pi lowyar burok dengan kita. Naya saja. Tuan-tuan, jangan buat main-main na.

Tuesday, July 1, 2008

Pemerintah zalim

1-7-08 BM15 Fitnah Ustaz ShamsuriSahih AtTirmizi riwayat Ali bin Abi Talib, Abi Said Al-Qudri & Abi Zar sabda Rasulullah saw. “Akan datang akhir zaman, golongan muda jahat yang hujah Quran guna akal bukan dari hati. Banyak ilmu tetapi AKHLAK TIDAK DIAMAL SEPERTI DISURUH QURAN. Ada pendakwah yang boleh murtad secara tanpa sedar dan tinggalkan agama.” Na’uzubillah. Huraian Ustaz Shamsuri. Golongan Khawarij asalnya Islam mahir Quran dan Hadis tiba-tiba sesat tertolak akidah dari ahlul sunnah wal jamaah.

Sahih AtTirmizi & Bukhari dari Usaid bin Ubair ra sabda Nabi saw. “Setiap jawatan itu menepati syarak dan bahagian posisi bersesuaian dengan bidang. Taat selagi mana pemimpin itu tidak menyuruh buat maksiat. Jangan lawan dan jadikan huru-hara. Tiada apa sekiranya boleh berubah tanpa berlaku huru-hara dan pertumpahan darah. Sabar dan kita jumpa di kolamku di Padang Mahsyar dimana ia adalah tempat terima balasan jahat bagi siapa yang zalim.”

Solat Sunat Ramadhan

1-7-08 BM15 Fitnah Ustaz Shamsuri
Sahih Bukhari dari Ali bin Abi Talib Karamullahuwajah. Nabi saw mengejutkan ahli keluarga tengah malam untuk solat sunat.
Sahih Bukhari dari A’isyah ra. Setiap kelakuan Nabi saw diikuti para sahabat. Sabda Nabi saw, “aku tidak mahu orang mengatakan solat sunat malam Ramadhan ini adalah fardu dan aku takut Allah memfardukan solat sunat malam Ramadhan ini.”

 HARI INI LAIN-DIKALANGAN USTAZ SALING MENYALAHKAN MASING-MASING.  Masalah kita hari ini, 15 Ustaz ada 15 pe'el, yang ni mengaji Mesir, yang tu ngaji Jordan, Moroco, Siria, Yaman, Ngaji pondok masing2 dengan cara tersendiri. Yang ustaz ini pun masing-masing duk menyalahkan masing-masing. Zaman Nabi saw senang, ikut Nabi sorang saja.

3 ikatan syaitan

1-7-08 BM15 Fitnah Ustaz Shamsuri Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Syaitan mengikat 3 tambatan ketika manusia sedang tidur sambil berkata pada tiap ikatan, “tidurlah lena dengan sedap sepanjang malam ni, tidurlah.”

Sebutan zikrullah sekiranya terjaga tengah malam akan merungkai 1 ikatan, diikuti wuduk meleraikan ikatan ke 2 dan solat sunat malam meleraikan seluruh ikatan.
Sekiranya tidak berbuat demikian apabila terjaga tengah malam maka dia akan jadi pemalas.