23-01-07 Sahih Bukhari dari A'isyah ra Puasa SUNAT A'syura 10 Muharam adalah satu amalan Quraish sejak dulu lagi. Apabila Puasa Ramadhan diturunkan, Nabi saw tidak berpuasa Asyura.
Sahih Bukhari dari Ibni Abbas ra. Yahudi mengatakan 10 Muharam hari Asyura adalah hari keselamatan bani Israel akibat Fir'Aun ditenggelamkan. Sabda Nabi saw. kalau begitu kami lebih layak kerana Musa itu nabi kami.
Sahih Muslim dari Abu Qatadah ra. Puasa Asyura mengkifaratkan dosa-dosa lepas.
Sahih Muslim dari Ibni Abbas ra. Kalau Allah panjangkan umur aku jumpa Muharam skali lagi, aku akan puasa 2 hari 9 & 10 Muharam.
BM19 ms117 Hasan Sahih AtTirmizi dari Jabir bin Abdillah r anhuma, Nabi saw menegah balik malam dari musafir. Gharib AtTirmizi Selitkan pensil di telinga bagi memudahkan menulis kembali.
27-02-07 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra Hadis Qudsi Wahai manusia, dulu di dunia ketika Aku sakit, tiada siapa ziarahKu, wahai Tuhan, macamana kami nak ziarah Engkau sedangkan Engkau Tuhan. Kawan saudara kamu sakit, kenapa tidak ziarah sedangkan KeredhaanKu dan pahalaKu ada disisinya. Dulu, kenapa kamu wahai manusia tidak beriKu makan? bagaimana kami nak beriMu makan sedangkan Kamu Tuhan semesta alam. Tidakkah kamu di dunia dahulu melihat ramai di kalangan mereka yang kebuluran kelaparan, sekiranya kamu beri mereka makan, KeredhaanKu dan pahalaKu ada disana.
HR AtTirmizi dari Ali Karamallahu wajha. Allah hantar 70'000 malaikat doakan orang yang ziarah melawat orang sakit.
Sahih Bukhari Anaz bin Malik ra. Alhamdulillah, budak ini telah masuk Islam, Allah telah selamatkan dia dari dibakar api neraka.
BM19 ms 125 Hasan Sahih AtTirmizi Sunnah Nabi saw berdakwah berkirim surat pada Raja Heraclus tetapi sekiranya tidak mahu memeluk Islam cukup sekadar pengakuan Rasulullah saw.
Sahih At Tirmizi Anaz bin Malek ra, Cop surat warna perak tertulis Muhammad Rasulullah
Al-Mihdad ra Nabi saw menyarankan sembelih kambing jantan kerana kambing betina boleh diperah susunya untuk diminum. Hasan Sahih At Tirmizi Nabi saw ziarah 3 sahabat yang tidur di masjid dengan memberi salam perlahan pada yang terjaga supaya yang tidur tidak terjaga. Kemudian baginda menunaikan solat sunat tahajud.
27-03-07 Sahih Abu Daud Sahal bin Am Al-Ansari ra, hati-hati dengan binatang kerana binatang ini bisu dan tidak bercakap. Tunggangilah elok-elok dan beri makan elok-elok.
Sahih Abu Daud Anaz bin Malek ra, rehatkan binatang dengan turunkan muatan dari belakangnya.
BM19 ms 131 Hasan Sahih AtTirmizi Ibnu Omar ra, Rasulullah saw tidak jawab salam ketika baginda sedang di tandas. Alaikasalam untuk orang mati. Sekiranya jumpa saudara sesama Islam, maka sebarkan Assalamualaikum warahmatullah. Sahih AtTirmizi Anaz bin Malek ra Sunnah Rasulullah saw beri salam 3x bermula diluar pintu, dalam rumah dan ketika pulang. 3x ulangan ialah teknik mengajar supaya faham. Hasan At Tirmizi wajib jawab salam dijalanan dan berjabat salam bila berjumpa kifaratkan dosa. Sahih At Tirmizi jabat tangan pesakit sambil berdoa kesembuhan bila melawat pesakit.
24-04-07 JANGAN KHUSUSKAN HARI JUMAAT SEBAGAI HARI IBADAH
Sahih Bukhari Ummul Mukminin Juwairiah r anha sabda Nabi saw, sekiranya tiada puasa khamis dan puasa sabtu maka jangan puasa hari Jumaat. Sahih Muttafakun Alai, Jabir bin Abdillah ra, Nabi melarang para sahabat puasa sunat hari Jumaat. Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan ada puasa sunat hari Jumaat yang tiada puasa Khamis dan Sabtu.
HR AtTirmizi 9 benda mesti kena jaga.
- Jangan syirik seperti contoh ikat tali kat anggota badan.
- Jangan mencuri
- Jangan berzina
- Jangan bunuh orang kecuali dalam perang
- Jangan hasut buat zalim
- Jangan terlibat sihir
- Jangan terlibat riba
- Jangan tuduh perempuan baik berzina
- Jangan lari bila ditakdirkan perang jihad fisabilillah
- Minta ada masa untuk belajar ilmu kerana ramai tiada masa untuk belajar.
- Minta memahami ilmu kerana ramai yang beramal ikutan tetapi tidak faham.
- Minta ada kekuatan untuk beramal dengan ilmu yang difahami kerana ramai yang tidak beramal setelah faham.
- Minta Hidup Mati sebagai beriman dan dihidupkan kembali dalam kumpulan beriman.