Nota Cinta

Sunday, October 10, 2004

JENAZAH 2004


Syarahan kitab Bahrulmazi jilid 7 bab Jenazah 2004 oleh Ust Shamsuri.

13-01-04 Wasiat

Sahih Muslim Bukhari AtTirmizi  dari Ibnu Omar Al-Khattab Radiallahu Anhu sabda NabiSAW disunatkan segerakan wasiat dalam keadaan sihat dan dikemaskini mengikut kesesuaian dari masa ke semasa.

Riwayat AtTirmizi dari Saad Abi Waqaz sabda NabiSAW. wasiatkan sekadar 1/10 untuk sabilillah dan selebihnya menjadi pusaka walaupun anak-anak kategori orang kaya. Sekiranya tetap mahu jumlah yang banyak maka diinfakkan tidak melebihi 1/3.

10-02-04 Ketika nazak

Sahih Bukhari dari AisyahRA ketika sakarat RasulullahSAW sebelum wafat, sabda NabiSAW sesungguhnya sakarat itu mabuk kesakitan sebelum kematian dan ketika itu ucapkanlah kalimah “La ila ha illallah.”

Sahih Bukhari dari Usamah bin Zaid bin Harithah sabda NabiSAW "Yang penting ialah sabar apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana Allah mengambil balik hakNya, sedih mengalirkan air mata ialah rahmat Allah dan meraung menangis tidak dapat menerima takdir kematian itu dimarahi Allah

Riwayat AtTirmizi dari Abdullah bin Mas’Ud dari NabiSAW. Mukmin juga akan sakit apabila sakaratul maut sehingga keluar peluh dari dahinya.

Menurut Mazhab Syafi’e.
Dengkur di kerongkong berbunyi apabila nyawa ditarik ke penghujung nyawa dan wajah berubah pucat tanah seperti asal kejadian manusia. Apabila tertegak anak mata, bibir mulut mengecut, lidah tersentak menjadi pendek ditarik ke pangkal dan setiap hujung jari berubah warna hijau. Dimulai sejuk dua belah kaki diikuti betis, kemudian peha menuju ke halkum. Seterusnya putus pemandangan dunia walaupun mata celik dan tertutup pintu taubat.
Riwayat AtTirmizi dari Buraidah radiallahu anhu sabda NabiSAW seringan-ringan kesakitan kematian umpama bulu kain baldu yang keluar ketika berjalan di kawasan berduri. (Ibarat isi yang dicarik keluar dari seluruh tubuh.)

Hadis Qudsi. Sangka baik dengan Allah, Allah sangka baik padanya dan begitulah sebaliknya. Maka baik sangka dengan Allah dengan kesakitan sakaratul dapat meluruhkan dosa.

Riwayat Ibnu Majah dari AbuHurairah dan sabda NabiSAW kata malaikat sambil mencabut nyawa dalam 2 keadaan:
Wahai nyawa yang baik, keluarlah dalam keadaan terpuji, bergembiralah kamu dengan wangi-wangian yang nyaman dan keluarlah kamu dalam keadaan Tuhan tidak marah kepada kamu sekiranya manusia sentiasa taat Allah & RasulNya. Malaikat menjaga langit menyambut “Selamat Datang & Masuklah Rahmat Allah”
Sekiranya manusia Ingkar dan langgar perintah Allah Wahai roh yang keji, keluarlah dari tubuh badan yang jahat, Keluarlah dalam keadaan terhina di sisi Allah. Keluar kamu! Dalam keadaan disambut Air Panas dan dengan nanah busuk penghuni Neraka.”
Malaikat penjaga langit Padan dengan dia di dunia dahulu dalam tubuh yang keji, pintu langit tidak akan dibuka untuknya” ia dipenjarakan di suatu tempat.

Sahih Bukhari Muslim. Malaikat maut serba putih duduk di sebelah kanan membawa berita gembira tetapi sekiranya malaikat tersebut serba hitam dan duduk dsebelah kiri, perjalanan akhirat akan datang terlalu perit dan sangat menyusahkan.  Ketika ini sudah terlalu lewat untuk bertaubat dan Allah tidak akan melayani permohonan kita. Tatkala fikiran mulut terkunci, kita tidak dapat menceritakan kepada saudara mara terdekat disebelah.

09-03-04 Prosedur menguruskan mayat

Sahih AtTirmizi dari Huzaifah bin Yaman selaku Penyimpan Rahsia NabiSAW sabda NabiSAW menegah mengabarkan kematian dengan tujuan bermegah.  
Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek sabda NabiSAW, sabar apabila menerima musibah.
Riwayat Aisyah radiallahu anha NabiSAW mengucup dahi ahli keluarga yang masih hidup dan dahi jenazah.

Menurut mazhab Syafi’e
Perkara pertama apabila seseorang meninggal dunia, lurutkan kening matanya dengan lembut supaya mata mayat pejam. Mengulangi berkali-kali melipat lembut jari-jemari, lengannya,  kedua pehanya dan kedua kakinya supaya memudahkan memandikan mayat bagi mengeluarkan najis kotoran dari badan. Gantikan pakaiannya dan letakkan pemberat pada perutnya. Tudungkan kain di atas mayatnya.  

Mandi jenazah wanita

Riwayat Ummu Atiyah radiallahu anha, NabiSAW memesan supaya memandikan jenazah puteri baginda Zainab binti MuhammadSAW dengan bilangan ganjil samada jirusan air 3x atau 5x atau lebih mengikut kesesuaian dimulai sebelah kanan diakhiri sebelah kiri sehingga bersih. Sekiranya najis seperti darah tetap mengalir maka dimaafkan. Kemudian diakhiri dengan jirusan dengan air campuran bidara dan kapur barus.

NabiSAW menanti diluar sementara menunggu selesai memandikan jenazah puteri baginda. NabiSAW kemudian memberi kain yang dipakainya kepada para sahabat wanita untuk mengafankan anaknya dengan lapisan pertama di kulit anaknya. Rambut Zainab diikat 3 dandanan dan dilepaskan kemas ke belakang.

13-04-09 Mandi jenazah

Menurut mazhab Syafi’e
Mengulangi melembut sendi-sendi dengan menutup kain basah pada aurat mayat. Mandi mayat di tempat tertutup melainkan tukang mandi dan pembantu. Elak memandang secara melampau dan tengok di tempat perlu. Gunakan sarung tangan. Didudukan mayat sedikit 45% dengan lemah lembut dan urut perutnya dengan lembut supaya keluar najis. Gunakan sarung tangan yang lain untuk mencuci giginya dengan menggunakan jari dan pada bibirnya. Buka sedikit mulut sekadar menyuci giginya dengan sedikit jirusan air. Lubang hidung juga dicuci sehingga bersih. Diambil wuduk pada jenazah. Guna sikat bergigi jarang menyikat janggut dan misai serta rambutnya.

Jirusan air 3x dimulai sebelah kanan anggota diikuti kiri. Keluarkan daki celahan jari dan kotoran kuku. Setiap mandian ditekan sedikit pada perutnya. Mengalih mayat sebelah kiri dan dibasuh pangkal leher sehingga betis. Basuh tapak kakinya dan dua belah kemaluannya. Pastikan kesemuanya dibasuh. Tuang akan air mutlak dengan diakhiri kapur barus mengelakkan mayat cepat berbau. Diulangi lagi kemudian sunat dilapkan dengan tuala supaya kering tubuhnya sebelum difakankan.

Menurut mazhab Syafi’e Lebih Afdal kaum perempuan untuk perempuan dan lelaki untuk lelaki. Sepakat Imam Mujtahid, Isteri lebih utama memandikan mayat suami. Suami lebih utama memandikan mayat isteri diikuti mahramnya. Emak perempuan memandikan jenazah perempuan mengikut mahram perempuannya. Sunat diperasapkan kemian bagi menghilangkan bau mayat.  Setelah dikafankan sekiranya keluar najis, tidak perlu dimandikan semula. Wajib tayamum bagi mayat yang susah dimandikan seperti akibat kebakaran dan lemas terendam dalam sungai dalam tempoh yang lama.

11-05-04 Bau-bauan dan Kafan

Harus diwangikan kain kafan sebelum diguna mengafan. Sahih AtTirmizi dari Abu Said Al-Qudri sabda NabiSAW sebaik-baik bauan itu kasturi. Hasan AtTirmizi dari Abi Hurairah disunatkan mandi selepas memandikan dan sunat wuduk setelah mengusung mayat. Imam Nawawi dari kitab Majmuk harta si mati didahulukan pengurusan jenazah sebelum mebayar hutang. Menurut mazhab Syafie, Ahmad dan Ishak kain kafan bagi lelaki 3 helai dan perempuan 5 helai.

Sahih AtTirmizi dari Ibni Abbas radiallahu anhu sabda NabiSAW kafan guna kain putih bersih. Sunnah Riwayat Aisyah radiallahu anha, jenazah NabiSAW dikafankan dengan 3 helai kain putih Yaman tanpa memakai baju dan tiada serban. Kain selimut yang dihadiahkan untuk mengafankan baginda tidak digunakan. Harus mengikut NabiSAW memberi baju dan kain solat baginda untuk mengafankan jenazah Abdullah Ubai bin Salul. Harus mengikut Riwayat AtTirmizi Jabir Abdillah radiallahu anhu NabiSAW mengafankan jenazah saidina Hamzah dengan sehelai kain berbelang.

Riwayat AtTirmizi dari Anaz bin Malek radiallahu anhu. NabiSAW mengafankan Jenazah Saidina Hamzah Abdul Muttalib dengan kain selimut buruk yang tidak cukup. NabiSAW menutup muka jenazah Hamzah dengan kain tersebut tetapi tidak mencukupi menutupi kaki Hamzah. Di zaman peperangan Islam, tentera-tentera syahid ada yang dikafankan 2 atau 3 mayat dalam satu kafan.  Syahid yang terdiri ahli Hafiz mendahului hadapan perkuburan menghadap kiblat.

Mengafankan jenazah menurut mazhab Syafi’e. Kain sutera haram mengafankan mayat lelaki. Kain dihampar 3 helai dan diwangikan sebelum meletak mayat. Balut dimulakan sebelah kanan kemudian kiri diulangi setiap balutan dan diharuskan dengan wangian. Kapas disumbatkan tempat berlubang seperti hidung, telinga dan punggung serta menggunakan kain perca sebagai penampan kapas pada celahan kedua belah peha mayat. NabiSAW mengarahkan menutup di bahagian kepala kecuali muka pada jenazah Mus’Ab bin Umai dan ditutup dengan daun di bahagian kaki kerana kain tidak mencukupi. Meninggal dunia ketika ihram di Mekah diharamkan diwangikan, menutup kepalanya, diguna kain kafan, kapur barus atau diguna pakaian berjahit. Wang pengurusan jenazah menggunakan duit si mati dan ahli keluarga si mati atau saudara mara terdekat si mati tetapi sumbangan sukarelawan tiada salah. Sekiranya tidak cukup kain kafan tiada masalah.


16-06-04 Sahih muslim, dari Ubaidillah bin Abdillah ra , Aisyah ra dan Ibnu Abbas ra ketika Nabi saw 2 hari sblm wafat. Nabi saw menggagahkan diri untuk solat berjemaah zohor  walaupun 3 kali pengsan akibat terlalu uzur. Setiap kali pengsan, baginda disedarkan Aisyah ra dengan basuhan air.

Ketika Saidina Abu Bakar As Siddiq disuruh Nabi saw menjadi imam, Abu Bakar meminta Saidina Omar Al-Khattab menjadi imam. Omar tidak mahu kerana Abu Bakar disabdakan Nabi saw sebagai seorang yang amalnya sekiranya ditimbang tidak mampu ditandingi amal seluruh manusia di dunia.  Ketika Nabi saw sampai, baginda dipapah oleh Saidina Ali Karamullah huwajha dan Abbas ra. Nabi saw didudukkan di sebelah kiri Abu Bakar. Abu Bakar sedikit ke belakang di sebelah kanan Nabi saw sebagai panduan pergerakan kepada makmum di belakang. 

Hasan AtTirmizi sabda Nabi saw. Al-Kiflu terkenal dengan dosa maksiatnya di kalangan masyarakat Bani Israel tetapi ketika detik malam sebelum kematiannya, dia sempat bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Di pintu rumahnya, tertulis Allah telah mengampunkan dosa-dosanya.

HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Dosa setiap manusia itu mencecah langit, Allah sangat suka akan hambaNya yang meminta pengampunan. Segerakan meminta ampun apabila tersedar membuat dosa kerana Firman Allah, Hambaku ini meminta pengampunan, maka Aku ampunkannya sedangkan Aku boleh mengazabnya.

13-07-04 Larangan kenduri tahlil atau arwah

Hasan Sahih AtTirmizi dari ibnu Jaafar radiallahu anhu ketika syahidnya Jaafar sabda NabiSAW. Masak, hantar dan hidangkan makanan dan nasihat keluarga si mati yang dalam kesedihan itu makan.  Imam Sya’fie tidak menyuruh membuat kenduri arwah malah menyuruh melaksanakan apa saja yang disuruh baginda RasulullahSAW.

Sahih Imam Ahmad dan Ibnu Majah dari Jarir radiallahu anhu sabda NabiSAW meratap menangis jenazah dilarang.  

Menurut mazhab Syafi’e
Amalan membaca Al-Quran pada jenazah tidak salah tetapi tidak disuruh agama.

Sabda NabiSAW dalam Ayat 10 surah AnNisa. Harta anak yatim dimakan secara zalim itu seperti memakan ketulan api neraka dan dihumban ke neraka saier. (Sekiranya terdapat anaknya yang belum baligh walaupun dipersetujui semua anaknya untuk membuat kenduri arwah bapanya, ia tetap diharamkan)

10-08-04 Sedih itu Rahmat Allah dan larangan menjerit meraung meratapi kematian

Riwayat AtTirmizi dari Abu Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW 4 perkara amalan jahilah:- 1)Tidak redha ketentuan kematian dengan meraung menangis 2)Mencerca keturunan, darjat dan bangsa. 3)Mengatakan penyakit itu berjangkit sedangkan berjangkit itu atas kehendak Allah 4)Kepercayaan ramalan karut dan mempercayai petanda sial

Sahih Bukhari dari Usamah bin Zaid bin Harithah (dia dan bapanya anak angkat Rasulullah SAW bukan cucu angkat Rasulullah SAW) sabda NabiSAW
"Yang penting ialah sabar apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana Allah mengambil balik hakNya, sedih mengalirkan air mata ialah rahmat Allah dan meraung menangis tidak dapat menerima takdir kematian dimarahi Allah."

14-09-04 Solat jenazah

Pastikan semua telah mengambil saf solat. Niat “Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini menjadi imam, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.”
Takbir pertama kemudian baca surah Al-Fatihah
Takbir kedua kemudian baca Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
Takbir ketiga diikuti Allahumaghfirlahu Warhamhu Wa’afihi Waghfuanhu (jenazah wanita“ha”)
Takbir ke empat Allahumalatahrimna Ajrahu Wataftinna Baghdahu Waghfirlana Walahu
Salam kiri dan kanan

13-10-04 Segera kebumikan Jenazah

Sunat Riwayat AtTirmizi dari Ibnu Omar. NabiSAW dan para sahabat berjalan dihadapan jenazah ketika mengiringi ke kubur.

Hasan AtTirmizi sabda NabiSAW “Bersopanlah kerana malaikat mulia Allah berjalan kaki bersama orang ramai mengiringi jenazah.”

Sahih AtTirmizi dari Jabir bin Samurah radiallahu anhu. NabiSAW berjalan kaki ketika rombongan jenazah Abu DahDah ke kubur dan pulang dengan menaiki kenderaan. (Makruh menaiki kenderaan mengiringi jenazah ke kubur)

Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW segerakan kebumikan jenazah kerana sekiranya simati soleh atau solehah, simati tidak sabar untuk dikebumikan untuk menikmati nikmat Allah dan sekiranya simati sebaliknya, segerakan tanam simati bagi melepaskan tanggungan kepada mereka yang mengurus jenazah.

Sahih Muslim sabda NabiSAW melarang sebarang pembinaan tembok pada tanah perkuburan Islam. 

Riwayat Abu Daud dari Saidina Osman bin Affan. Sabda RasulullahSAW yang berdiri di atas kubur “Tinggikan sedikit lebih kurang sejengkal tanah kerana mayat apabila reput akan merendahkan permukaan tanah. Mari berdoa supaya mayat dapat menjawab soalan malaikat dengan fasih.”

Adab Ziarah Kubur
Tidak berlaku roh pulang ke rumah. Selepas melalui sesi mungkar nangkir. Kata arwah pada malaikat , Tuan, boleh tak aku nak balik jumpa orang-orang yang ku sayang di atas dunia kerana aku nak memberitahu yang janji Allah itu betul. Kata Malaikat  “Kamu tidur seperti mana pengantin tidur”. AnNisa 172 tafsiran kitab Nurul Ihsan oleh Ustaz Shamsuri

Hasan lagi Sahih Ziarah kubur mengikut sunnah ialah mestilah memberi salam kepada ahli kubur dan minta mereka selamat dan sebutkan Insya'Allah kami suatu hari nanti juga akan mengikuti kamu wahai ahli kubur.

Sahih Bukhari dari Omar Al-Khattab radiallahu anhu sabda NabiSAW, sekiranya melebihi 2 orang Islam yang menyebut ikhlas tentang kebaikan kematian seseorang itu maka dia ke syurga. Imam Nawawi menjelaskan maksud keikhlasan menyebut itu adalah ilham dari Allah.

Hasan lagi Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW "Sekiranya umatku hidup dikalangan suasana dunia bid'ah penuh kesesatan akhir zaman nanti BERPEGANG TEGUHLAH DENGAN SUNNAHKU DAN IBADAH KHULAFA AR-RASHIDIN." Ziarah kubur disuruh syarak tetapi ditegah menyiram air mawar, menabur bunga dan duduk di atas kubur membaca doa. Kekeliruan masyarakat hanya diselesaikan dari Nas Al-Quran dan Hadis. Dilarang duduk tanah perkuburan dikhuatiri terdapat kubur lain dan sekiranya berlaku maka dia di akhirat duduk di atas bara api neraka.

Selepas jenazah ditanam

Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari dari Anaz bin Malek radiallahu anhu sabda NabiSAW

Sekiranya ikhlas beriman dengan Allah dan sentiasa mencari mendengar Hadisku maka mulutnya pasti diizinkan Allah menjawab soalan kubur dan kenal aku ketika di alam kubur. Manakala Jawab mereka yang ketika di dunia tidak berusaha mencari mendengar mempelajari Hadisku. Ketika mati dinampakkan wajahku dan Allah jadikannya berkata aku tak kenal wajah ini, aku mengikut sahaja apa yang orang lain kata tentang wajah ini. Malaikat dengan nada amat marah."Kamu tidak kenal orang ini! pesan orang ini!" Dengan tongkat cemeti besi, malaikat membalun di antara kedua telinganya yang tidak pernah dengar Al-Quran Hadis Islam. Mayat menjerit dengan jeritan cukup kuat akibat tidak kenal NabiSAW sehingga semua makhluk Allah boleh mendengarnya melainkan jin dan manusia. Pengakhiran menyebut kalimah syahadah ketika nazak kematian bergantung pada kesungguhan amalan pada Allah. 

Sahih Muttafakun Alai dari Ibnu Majah sabda RasulullahSAW. Tanya Malaikat di dalam kubur “Kamu percaya Nabi Muhammad itu utusan Allah? Al-Quran itu dari Allah? Kamu pernah melihat Allah? Kata permuda beramal solleh “Tiada manusia layak melihat Allah”. Dibuka dinding hijab pandangan manusia dan ditunjukkan neraka Allah kepadanya yang api neraka itu sabung menyabung.
Itulah tempat kau jika kau tidak Islam atau tidak beriman pada Allah. Kemudian dibuka hijab ditunjukkan syurga keindahan lalu seru malaikat “Inilah tempat kau di atas keyakinan kau pada Allah tatkala nyawamu dicabut”

Apabila seseorang itu tidak teringin untuk ke masjid atau belajar majlis ilmu agama. Dibangkitkan dalam kubur dalam ketakutan mencengkam dirinya setelah berjalan pulang ahli keluarga sahabat handai dari kuburnya. Tanya malaikat “Bagaimana keadaan kau ketika mati sebentar tadi”. Matinya dalam keadaan kufur makan duit haram atau di tempat maksiat atau mabuk.  Jawabnya aku tak tahu yang aku tahu ada duit baru boleh hidup. Maka ditunjukkan syurga lalu menyeru kepada manusia kafir atau kufur tersebut, syurga itu ialah masjid, amal baik, silaturahim dan ilmu yang kamu tidak suka buat. Kemudian dibuka neraka lalu malaikat menyeru Itulah tempat kamu di atas keraguan hidup kamu di dunia dahulu.

Sahih Bukhari dari Anaz bin Malek radiallahu anhu sabda NabiSAW. Sekiranya ikhlas beriman dengan Allah dan sentiasa mencari mendengar Hadisku maka mulutnya pasti diizinkan Allah menjawab soalan kubur dan kenal aku ketika di alam kubur. Manakala Jawab mereka yang ketika di dunia tidak berusaha mencari mendengar mempelajari Hadisku. Ketika mati dinampakkan wajahku dan Allah jadikannya berkata aku tak kenal wajah ini, aku mengikut sahaja apa yang orang lain kata tentang wajah ini. 
Malaikat dengan nada amat marah."Kamu tidak kenal orang ini! pesan orang ini!" Dengan tongkat cemeti besi, malaikat membalun di antara kedua telinganya yang tidak pernah dengar Al-Quran Hadis Islam. Mayat menjerit dengan jeritan cukup kuat akibat tidak kenal NabiSAW sehingga semua makhluk Allah boleh mendengarnya melainkan jin dan manusia.  Pengakhiran menyebut kalimah syahadah ketika nazak kematian bergantung pada kesungguhan amalan pada Allah. 

Muttafakkun Alai sabda NabiSAW ketika melintas di kawasan 2 kubur pada para sahabat "Mereka berdua sedang diazab seksaan dasyat ini mengganggap dosa mereka itu kecil tetapi besar di sisi Allah. Yang seorang ini membawa berita tidak benar melagakan orang dan baginya itu perkara kecil. Yang seorang lagi cuai menjaga kebersihan air kencingnya sehingga kekotoran najis itu dibawa bersolat."