Al-Jaathiyah ayat 45:21-26
Pengajian Tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 4 Surah AtJasiyah ms 69 syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad bertarikh 1 September 2004
gambar hiasan |
45:22 Allah pencipta langit dan bumi semestinya memberi ganjaran kepada mukmin di akhirat.
45:23 Manusia yang memilih menyembah sesuatu selain Allah sebenarnya mengikut nafsu dan mereka ini akan disesatkan. Segala kebenaran tidak berkesan lagi kepada mereka kerana pendengaran, penglihatan dan hati mereka telah dimatikan. Sekiranya mereka percaya Al-Quran, sudah tentu mereka beriman.
45:24 Mereka beranggapan mati itu penutup kehidupan dan tiada kehidupan akhirat. Mereka juga mengatakan biar masa yang menentukan. Hakikatnya. Allah yang menentukan.
45:25 Mereka cabar hidupkanlah manusia yang telah mati sekiranya benar kehidupan akhirat.
45:26 Hanya Allah penentu hidup mati manusia.