Nota Cinta

Tuesday, February 18, 2003

Si Buta, Si Botak dan Si Pesakit Kulit

hiasan
18-2-03 Sahih Bukhari Anaz b Malek ra, para sahabat amat menakuti dosa kecil apatah lagi dosa besar. 

Sahih Muttafakuhn Alaigh sabda Nabi saw. Allah sangat cemburu apabila manusia melakukan larangan setelah nikmat yang telah diberikanNya. 

Sahih Muttafakuhn Alaigh Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. 

Doa 3 pemuda di zaman bani Israel iaitu si buta, si botak dan si penyakit kulit telah dimakbulkan iaitu mereka diberi kesembuhkan disamping dikurniakan kemewahan harta kekayaan. 

Tetapi, mereka telah diuji oleh Allah dan pada kali ini, Utusan Mala'ikat yang sama kembali menyamar dalam keadaan musafir miskin dan meminta bantuan mereka.

Si botak dan si pesakit kulit tidak menghiraukannya kecuali si buta. Akhirnya, si botak dan si pesakit kulit kembali asal dan menjadi miskin semula kecuali si buta yang kekal celik dan kaya harta.