Muqaddimah Sahih Bukhari Muslim Rad'i b.Qiaz & Abi Mas'Ud dari Huzaifah b. Yamman. Dajal bila keluar akan bawa air dan api. Yang manusia nampak air itu api dan api itu air. Siapa yang ditakdirkan terserempak dajal pastikan masuk ke dalam api. Dajjal akan menjejaki seluruh pelusuk dunia kecuali bumi suci Mekah dan Madinah.
ms 1 Kehormatan Mekah BAB HAJI DARI RASULULLAH SAW
Sahih Muslim Abi Said ra. Akan jadi peristiwa akhir zaman, seorang mukmin disiat kulit dan digergaji badannya mula dari kepala oleh Dajal. Kemudian dengan izin Allah, badan yang terbelah dicantum dua seperti sediakala.
Muqaddimah Sahih Muslim Kubur ini penuh kegelapan dan amat menakutkan maka Allah telah beri cahaya pada kubur ini setelah aku solat jenazah orang yang mati ini. Muslim yang mati disolatkan 40 lelaki yang bersih hati dengan ikhlas kerana Allah akan diberi syafaat oleh Allah.
Pahala Haji dan Umrah
Haji Mabrur menurut Imam AnNawawi ialah hati ibadat suci bersih langsung tiada bercampur dosa ketika mengerjakan haji menurut sunnah dan setengah ulama mengatakan haji yang diterima Allah. Tanda dapat Haji Mabrur ialah apabila kembali selepas menunaikan haji, meninggalkan segala maksiat. Setengah ulama mengatakan tiada riak ketika mengerjakan haji.
HR AtTirmizi Abi Hurairah ra, sesiapa yang kawal lidah atau tidak ganggu jemaah lain nescaya diampunkan Allah dosanya telah lalu. Gharib AtTirmizi baginda Ali Ibni Talib Karamullahu wajha, cukup syarat tetapi menolak pergi haji seperti perangai yahudi nasrani. Syarat lain mestilah selesa dan aman selamat perjalanan, waktu yang lapang dan sihat.
Selesai tawaf, sunat solat belakang makam Ibrahim, doa mustajab berbetulan dengan multazam diantara penjuru hajarul aswad dan pintu kabah, dan Bizmillah Selawat dan minum air zam-zam lihat ke arah ka'bah.
JAMINAN ALLAH Huraian Ustaz Shamsuri, bahrulmazi jilid 6 pahala haji umrah.
Tuan-tuan boleh bayangkan kalau anak atau cucu kita yang kena. Dalam perjalanan ke sekolah, dia diculik, dibunuh dan dilempar mayat dia ke bawah titi begitu saja . Aman kah dunia ni, kenapa tidak aman? kerana tidak mengikut hukum Allah. Kalau ikut hukum Allah, pasti aman. sebab apa? sebab Allah janji dan Allah dah bagi jaminan.
Muqaddimah Sahih Bukhari Ibnu Zubair Al-Awwam, Haram muslim tidak bertegur lebih 3 hari.
ms 14 Cukup bekalan dan ada kenderaan
Hasan At Tirmizi Wajib sekiranya cukup bekalan dan ada kenderaan.
Wajib utamakan ( bayar hutang pinjaman / nafkah / bayar khifarat zihar & setubuh waktu puasa / nikah ) dari pergi Haji.
Muqaddimah Sahih Muslim Abu Hurairah ra. Rasulullah saw mengenali umatnya di akhirat melalui tanda wuduk yang bercahaya.
ms 19 Haji yang difardukan Imam Nawawi mazhab Syafi'e mengutamakan haji dari modal niaga manakala Imam Syafi'e mengutamakan modal niaga dari pergi haji kerana dikhuatiri meminta setelah pulang dari haji. Makruh minta sedekah untuk pergi haji Sunat ditaja datau dibelanja. Sunat tidak berniaga tetapi haji tetap sah dan gugur rukun wajib sekiranya berniaga cuma kurang pahala.
Muqaddimah AnNaml 39-40 Nabi Sulaiman as, "Siapa boleh bawa istana Putri Balqiz ke depanku." Jin Ifrit, "aku boleh bawa sebelum kamu bangkit dari kerusi." Seorang dari kalangan manusia bangun, "aku boleh bawa lebih cepat dari Ifrit, iaitu sekerdipan mata kamu." jawab Sulaiman setelah istana Balqiz terletak didepannya sekelip mata, "ini kelebihan Tuhanku, Allah uji aku samada aku bersyukur atau kufur padaNya, barang siapa syukur, sesungguhnya dia syukur dirinya sendiri, barangsiapa kufur, langsung tidak jejaskan Alah."
ms 22 Bilangan Haji Nabi saw. Rasulullah saw menunaikan haji hanya sekali seumur hidup.
Kata Al-Ghazali Rahimahullah, Ihya Ulumuddin, syarat sah haji ialah waktu dan islam. Sah haji kanak-kanak. Niat ihram kanak-kanak boleh diniatkan oleh bapanya.
Rukun Haji Mekah --->Ihram niat ihram, Tawaf 7 kali ka'bah arah kiri, Sa'e safa marwa 7 kali ulang alik, Wukuf di Arafah, Cukur, Umrah tiada wukuf padang Arafah. Dam seekor kambing biri-biri.
Bermalam di Muzdalifah,
Niat di Miqat, melontar di Jamratul Aqabah dan melontar ke tiga2 Jamratul. Wukuf di padang Arafah waktu Zohor, Sabar di Arafah sehingga maghrib.
Mazhab Syafi'e tertinggal wajib haji maka wajib dam.
Hsan Sahih AtTirmizi Anaz bin Malek ra Nabi saw haji sekali dan umrah 4 kali bermula umrah Zulkaedah, Hudaibiyah, Umrah Haji dan Ji'irranah.
Muqaddimah Sahih Muslim Munafik tulen ialah lengkap 4 sifat munafik iaitu bohong, khianat, mungkir janji dan bila bertengkar ia melampau sehingga bermusuh. Ada salah satu sifat maka ia sebahagian dari munafik. Quran Laknat Allah akan kena pada yang berbohong.
FITNAH TUDUHAN A'ISYAH CURANG PADA RASULULLAH SAW
Sahih Muslim Ketika wahyu tidak turun selama sebulan, Saidatina A'isyah r ha dituduh perempuan curang, Nabi Muhammad saw meminta pandangan para sahabatnya. Di atas mimbar, sabda Nabi saw, "Sesungguhnya aku tidak pernah dengar berita tidak baik mengenai Safwan ra sahabatku itu melainkan hanya berita baik," Bangkit Saad bin Muaz ra yang sangat mengenali Rasulullah saw, keluarga baginda dan para sahabat, "Demi Allah, siapa yang sebarkan berita palsu tentang Safwan curang dengan A'isyah maka kami tidak teragak-agak pancung tukang fitnah tersebut!"
Peristiwa tuduhan ini telah menyebabkan Saidina Abu Bakar As Siddiq dan ahli keluarganya malu sambil berkurung di dalam rumah. Rasulullah saw ke rumah Abu Bakar akhirnya bersabda pada A'isyah r ha "Sekiranya kamu buat, maka taubatlah pada Allah dan sekiranya kamu tidak buat, Allah akan lepaskan kamu." Hancur luluh hati A'isyah seolah-olah tidak percaya kata-kata dari seorang Rasul yang dikasihinya sambil berkata, "Demi Allah, sekiranya aku mengaku curang sekalipun, sesungguhnya Allah tahu aku tetap suci. Ketika Nabi Allah Yusof dicemburui adik-beradiknya, kata Nabi Ya'kob as pada Yusof, sabar dan Allah saja tempat kita minta tolong."
AnNur 11-20 Saidatina A'isyah r ha dituduh bersama Safuan ra melalui sebaran berita palsu bermula dari Abdullah Ubai bin Salul sehingga memalukan Rasulullah saw. Alhirnya wahyu turun mengatakan A'isyah suci dari tuduhan tersebut.
ms 29 Tertib amal-amal mula Safar sehingga balik, Keluar rumah sehingga Ihram.
Menurut Ihya Ulumudin Mazhab Syafi'e Imam Al-Ghazali 8 perkara keluar dari rumah untuk niat ihram. 1) Harta halal tiada syubhat 2) Kawan yang baik 3) Solat sunat 2 rakaat musafir
Persediaan sebelum Haji menurut syarak, 1) taubat, 2) langsai hutang, 3) sediakan cukup nafkah belanja, 4) pastikan tidak pegang amanah, 5) duit poket mesti ala kadar jangan kedekut dan ada extra, sedekah pada fakir miskin yang meminta, Huraian Ustaz: Ramai miskin dating meminta "baba haji-baba haji, ana miskin" mesti baik sangka sebagai syarat haji mabrur. Lepas bagi segera beredar jangan tunggu kerana lebih ramai akan datang. Musim haji, di perkarangan kompleks merupakan tempat tidur mereka yang susah datang dari Negara lain untuk tunaikan haji. 6) Minta ampun jiran taulan sebagai syarat haji Mabrur. 7) Sebelum keluar rumah, solat sunat musafir 2 rakaat, Fatihah Al-Qafirun kemudian Fatihah Qulhuallahu ahad. 8) Doa Nabi saw permudahkan urusan Bizmillahitawakkaltu allallah Lahawlawalaquwata illa billah
Muqaddimah Al-Hujarat 9 Damaikan 2 pihak Islam bergaduh. Sahih Muslim dari Ibnu MasUd ra yang cengkam janggut Abu Jahal setelah Abu Jahal dibelasah anak-anak petani penyokong kuat Rasulullah saw. Kata Abu Jahal "aku tidak rasa hina sekiranya kamu yang bunuh aku tetapi aku rasa hina sekiranya anak-anak petani ini yang bunuh aku." Kesimpulan ust Shamsuri, Sifat ego itu sifat musuh Islam. Siapa ada sifat ego maka dia ego dengan Allah.
ms 31 Ihram 4) Doa Nabi saw permudahkan urusan Bizmillahitawakkaltu allallah Lahawlawalaquwata illa billah 5) Rancang perjalanan sampai awal, 6 Digalakkan waktu malam untuk perjalanan jauh 7) Jaga diri dengan berkumpulan.
Pakai ihram sebelum niat ihram. Sebelum mandi ihram untuk pakai ihram, trim misai dan potong kuku. Pakai pakaian ihram kain putih dua helai seperti tarzan nampak bahu sebelah. Sunnah pakai wangian minyak Attar sebelum niat ihram dan dilarang pakai wangian semasa ihram. Sabar
Muqaddimah Sahih Bukhari Ikrimah ra dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Mesti sekurang-kurangnya 1 MINGGU 1-3x MAJLIS ILMU, jangan kerap kerana akan menyebabkan jemu. Bukhari Muslim Al-Furqan 59 DAKWAH MESTI BUKAN KERANA UPAH. JAGA ADAB BUAL jangan mencelah kecuali setelah selesai menyampai bicara.
ms 34 Adab masuk Mekah sampai tawaf SAHAJA aku buat haji dan berihram kerana Allah, Sentiasa TALBIAH Makkah dengan nada perlahan "LabbaikAlllahhumalabayk, Labbaikala-syarikala-kalabbayk, Innalhamda, Wanniqmata, Lakawalmulk, Lasyarikalaq." HambaMu datang menyambut panggilanMu, sesungguhnya pujian, nikmat, kerajaan segalanya milikMu tiada sekutu bagimu.
Mandi sunat sebelum-->1)Ihram di Miqat 2)masuk Mekah 3)Tawaf kudum Arafah 4)Wukuf di Arafah 5)Wukuf(bermalam) di Muzdalifah 6-8) Lepas Zohor 11,12 & 13 melontar 7 biji setiap Jamratul Ula, Wusta & Aqabah. 9)Tawaf meninggalkan bumi Mekah niat keluar lebih 3 hari.
Muqaddimah dari Muaz bin Jabbal ra Pesan Nabi saw 10 perkara. 1) Jangan syirik Allah sekalipun dibakar diseksa. AlBaqarah 217 kafir tetap akan memusuhi muslim kecuali muslim berkehidupan seperti kafir. 2) Mewujudkan daulah Islamiah adalah wajib. 3)Manusia yang sengaja meninggalkan solat fardu tidak dikasihani Allah. 4) Jangan minum arak kerana arak kepala segala kejahatan 5) Jangan buat maksiat kerana menyebabkan murka Allah. 6) Jangan lari dari perang sabilillah. 7) Jangan kedekut bakhil 8) Takutkan ahli keluarga dengan Allah.
ms 37 Cara Tawaf
RINGKASAN HAJI
1) harta halal
2) cari kawan dipercayai
3) sunat musafir
4) doa tawakal
5) doa naik kenderaan
6) jangan turun kenderaan kalau tiada keperluan
7) jangan berpecah dari kumpulan
8) banyakkan bertakbir dan bertasbih sepanjang perjalanan
Adab ihram
1) mandi sunat
2) pakai ihram
3) solat sunat ihram sekali niat ihram
4) doa ihram
5) talbiah
Adab masuk Mekah
1) mandi sunat
2) doa masuk Mekah
3) masuk ikut jalan berdekatan kawasan perkuburan
4) Doa pertama kali nampak kabah
5) Masuk ikut Ba'bussalam
6) sentuh hajarul aswad
7) mula tawaf
Syarat tawaf 1)Suci dari hadas besar hadas kecil 2)tutup aurat 3)mula tawaf sebelum garis hajarul aswad 4)tawaf mesti 3 langkah dari dinding ka'bah 5)Doa sebelum tawaf, sesungguhnya janji solatku ibadahku mengikut sunnah Nabiku kerana Allah 6)Selesai 7 pusingan, kemudian berdoa di multazam antara hajarul aswad dan pintu ka'bah.
Muqaddimah Hadis-hadis Sahih Muslim, Jabir ra Tertibkan ibadah haji. Abu Hurairah ra Dosa diampunkan bagi bercukur dan gunting rambut ketika menunaikan haji. Ummul Husain ra. Taat mana-mana pemerintah yang guna berdasarkan Quran Hadis.
ms 41 Sa'e Safa Marwah dan Wukuf atau bermalam di Arafah
Sa'e Safa Marwa, naik sikit di atas kaki bukit Safa mengadap kiblat arah ka'bah.
Sa’e mula Safa berakhir Marwa 7 kali ulang alik sehala, Lari anak bermula lampu hijau pertama sehingga lampu hijau kedua.
Wukuf atau bermalam di padang Arafah 8 Zulhijah di Mina, pagi 9 Zulhijah sebelum Zohor di Arafah sehingga Subuh pagi 10 Zulhijah Hari Raya Korban. Sekiranya lewat maka gagal haji kena keluar Ihram dengan tahalul. Banyakkan taubat, zikir dan doa ketika di Arafah.
Jabar Rahmah monument lambang tanda kasih sayang turun pertemuan Nabi Adam dan Hawa apabila kedua-duanya diturunkan ke dunia.
Ditegah Nabi saw tergesa-gesa tidak tenang dan berebut-rebut menunggu beramai-ramai sebelum giliran dipanggil. Jangan tolak-menolak, mengasari dan menyakiti muslim sekeliling.
Muqaddimah HR AtTirmizi Abu Umamah Al-Bahili ra sabda Nabi saw. 2 jenis titisan yang sangat disukai Allah iaitu titisan air mata mengenangkan dosa dan titisan darah syahid, manakala 2 jenis kesan yang sangat disukai Allah ialah kesan dari jihad jalan Allah dan kesan menunaikan ibadah fardhu.
Sahih Bukhari dari Abdur Rahman bin Auf ra. Mus'Ab bin Umai ra, anak saudagar kaya raya yang apa saja dia mahu dia boleh dapat tetapi dia memilih Islam dalam keadaan fakir miskin sehingga Rasulullah saw menangis melihat nasibnya. Ketika Mus'Ab syahid Uhud, kain miliknya tidak mencukupi menutupi jenazahnya. Dakwah Islam hari ini dalam kesenangan tidak seperti Islam ketika mula-mula berkembang pada zaman Rasulullah saw. Aku takut kemewahan dunia hari ini melalaikan muslim dari beribadah.
ms 46 wajib Mabit/Bermalam di Muzdalifah mana-mana waktu selepas tengah malam kemudian terus ke Mina. Sediakan dan basuh 100 batu kecil suci dari najis. 7 Ula 7 Wusto 7 Aqabah =21 untuk setiap 11, 12 & 13 Zulhijjah + 7 Jamratul Aqabah (minimum 70) Wukuf / berhenti seketika di Masyh'aril haram sebelum belepas ke Mina.
Muqaddimah Sahih Bukhari dari Ibnu Omar r anhuma sabda Nabi saw, jadikan diri seperti musafir di dunia dengan menggunakan sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati.
Sahih Bukhari Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Hakikat hidup sebenar ialah hidup akhirat. Sahih Muslim, Hidup Akhirat seperti lautan luas berbanding dunia hanya setitis air.
Sahih AtTirmizi Ibnu Abbas r anhu sabda Nabi saw, mati ihram haji dibangkitkan hari kiamat dalam keadaan bertahlil atau bertalbiah pada Allah.
ms 47 Berjalan menuju tanah Mina selepas mengutip 70 batu kecil selepas waktu tengah malam di Muzdalifah. Perkalanan mesti diisi takbir dan talbiah. Melontar di jamratul Aqabah tunggu matahari segalah dengan menghadap kiblat. Lontar 7 anak batu dengan disunatkan takbir setiap balingan. Aku melontar ini kerana taat Allah Yang Maha Pemurah. Selesai lontaran 7 biji anak batu maka berakhirlah takbir dan talbiah melainkan takbir setiap solat fardu.
Sunat sembelihan Qurban sebelum bercukur. Sahih Muslim dari Ali Karamullah huwajha sabda Nabi saw. Seluruh daging kulit kurban mesti disedekah pada golongan miskin. Jangan sesekali beri pada orang yang menyembelih.
Selepas Subuh, tunggu di jamratul Aqabah selepas jamratul Ula dan Wusto, waktu Zohor mula melontar 7 batu dan kemudian korban. Selepas itu tahalul pertama.
Jawapan ustaz Shamsuri, pelaburan yang tiada jual beli tetapi menjanjikan keuntungan pulangan tetap dilarang agama. Saya ada hubungan baik dengan Ustaz Dato' Dr Harun Din dan beliau mengajak saya beberapa kali belajar perubatan Islam berlandaskan Quran Hadis. Cari beberapa kawan yang faham bahasa Arab, ambil 4 hari 4 malam belajar, Insya'Allah selesai. Cuma syaratnya tak boleh menolak orang yang minta tolong. Saya memang tak minat jenis-jenis jampi macam ni.
Muqaddimah HR AtTirmizi Nabi saw tegur para sahabat yang banyak ketawa dengan memberi amaran neraka sudah terlalu dekat dibelakang mereka. Allah perintahkan Jibril supaya memberitahu. Islam tidak larang bersukaria kerana Allah maha Pengampun lagi maha Mengasihani, tetapi ingat azab Allah amat pedih lagi dasyat. AzZumar Wahai hamba-hamba berdosa, jangan putus dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sahih Bukhari jangan sesekali mengata mereka yang telah bertaubat kerana Allah balas seperti yang dikata.
ms 50 Melontar
Arafah 9 Zulhijjah Malam 10 malam raya haji. Mesti di Muzdalifah lepas 12 tengah malam kemudian bertolak ke Mina. Melontar jamratul Aqabah seelpas Zohor mesti berpijak di kaki bumi Mina dengan 7 biji anak batu. Selepas melontar Aqabah kemudian bercukur. Tawaf rukun paling afdal Subuh 10 Zulhijjah. Maka kesemua di atas akan lengkaplah tempoh "tahalul awal"
Dari Aqabah mesti terus ke Ula, mula melontar sambil sebut Allahu Akbar 7 biji setiap jamrah dari Ula, Wusto dan Aqabah. Masa melontar ialah selepas waktu Zohor.
Imam Syafi'e mengikut keutamaan IFRAD-TAMATTUQ-QIRAN
Haji Ifrad mesti sentiasa dalam pakaian Ihram bermula niat sehingga selesai melontar. Sekiranya tidak dijaga pantang larang ihram maka dikenakan denda dam dan pelbagai hukuman.
HAID. TAWAF RUKUN apabila datang haid pusingan ketiga SERTA MERTA BERHENTI keluar dari kompleks Masjidil Haram kerana dalam hadaz besar. Penyelesaian ialah jumpa pegawai Tabung Haji untuk panjangkan tempoh supaya selesai tempoh habis haid. Suci hadaz kecil hadaz besar dan mesti dalam wuduk ialah TAWAF RUKUN.
Muqaddimah Sahih Bukhari Hanya ikhlas sedekah dari sumber halal diterima Allah walaupun sedikit akan dipelihara Allah sehingga jadi seumpama bukit.
Al-Baqarah 264 Mengungkit sedekah dengan menyakiti hati yang diberi sedekah tidak diterima Allah.
ms 52 Hasan Sahih At Tirmizi harus Haji Qiran iaitu haji dan umrah serentak.
Hasan Sahih AtTirmizi Ibnu Abbas ra, Saad Abi Waqaz dan Ibnu Omar r anhuma. harus Hj Tamatuk niat umrah kemudian niat haji.
Hasan Sahih AtTirmizi Ibnu Omar r anhuma. LabaikAllahummalabbaight, Labaikala syarikalakalabait, Innalhamda, Walniqmata, Laqawalmulk, Lasyarikalaq. HambaMu datang menyambut panggilanMu, sesungguhnya pujian, nikmat, kerajaan segalanya milikMu tiada sekutu bagimu.
Muqaddimah Sahih Muslim Pakaian, makanan, minuman mestilah sama antara tuan dan dibawah jagaan termasuk pekerja, orang gaji/hamba merdeka dan hamba belum merdeka.
Sahih AtTirmizi Abu Hurairah ra. Peluang ke syurga ialah taqwa/takut kepada Allah dan jaga akhlak. Punca neraka ialah mulut dan kemaluan.
ms 63 Talbiah dan Menyembelih Gharib AtTirmizi Abu Bakar as Siddiq ra. Haji afdal ialah angkat suara talbiah dan terlibat kumpulan menyembelih kurban. Semua makhluk Allah turut mengikut bertalbiah.
Hasan Sahih AtTirmizi Sunnah angkat suara ketika bertalbiah
Hasan Sahih At Tirmizi Ibnu Omar r anhuma. Larangan semasa ihram, muhrim/orang dalam ihram dilarang memakai baju berjahit, seluar luar dalam, sebarang penutup kepala, memakai wangian, sarung tangan/kaki dan sebarang jenis kasut yang menutup buku lali.
Muqaddimah Sahih Bukhari Sahal bin Saad As Sa'idi, Rasulullah saw utamakan yang kanan tidak mengira umur. Sisa makanan minuman Nabi saw ada keberkatan.
ms 72 Pakaian haram bagi ihram lelaki, Dam/denda akan dikenakan kerana haram tutup penuh atau separuh kepala, haram pakai sarung tangan/kaki dan haram pakai kain berjahit.
Imam Nawawi syarah muhazzab boleh pakai cincin, gelang tangan tanda nama, beg kecil gantung dan tali gantung Qur'an.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar r anhuma. Sekiranya langsung tiada kain ihram, pakai kain berjahit dan sekiranya tiada selipar maka pakai kasut.
Imam Nawawi majmuk Sekiranya keadaan terdesak, tiada kain 2 helai untuk ihram dibolehkan kain berjahit tetapi bukan dipakai hanya dililit atau dibungkus untuk sementara sehingga dapat kembali kain 2 helai.
Firman Allah, Sekiranya ada penyakit tidak tahan panas, dibolehkan menutup kepala dan menutup muka tetapi dikenakan dam/denda.
Muqaddimah Sahih Bukhari Muslim Sabar ujian itu penebus dosa. Sahih Bukhari Muslim Ibnu Mas'Ud ra Nabi saw dipukul kaumnya sehingga berdarah, "ya Allah, ampunkan dosa kaumku kerana mereka tidak tahu."
ms 79 Pakaian ihram , Ihram lelaki, haram pakaian berjahit. Ihram wanita, haram tutup muka tapi boleh pakaian berjahit. Imam Syafi'e, hanya dahi sujud tidak boleh berlapik. Tutup kepala itu wajib bagi perempuan sebab aurat. Sahih Bukhari Muslim haram pakai minyak wangi semasa tempoh ihram. Dari A'isyah ra. 5 jenis binatang jahat boleh dibunuh semasa ihram, iaitu tikus kala jengking, gagak, burung hering dan anjing gila. Sunat bunuh binatang mengancam. jangan guna api bunuh bintanag kerana hanya Allah saja boleh.
Muqaddimah Sahih Muslim Allah suka hambaNya yang sentiasa buat amal kebaikan, apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang serta tidak dikenali ramai.
Sahih Bukhari Setiap Nabi mengambil upah mengembala kambing.
Sahih AtTirmizi Hadis Qudsi Mukmin yang dikasihi dikalangan yang dikasihi Allah ialah tiada banyak harta, rendah diri, tidak dikenali ramai, rezeki ala kadar, sangat tertib jaga ibadah dan sabar atas anugerah rezeki itu. Orang baik-baik macamni segera kematiannya dan bila mati, sedikit yang menangisi di atas kematiannya dan sedikit harta yang ditinggalkan untuk diwarisi.
ms85 Tegah kahwin sedang ihram
Hasan lagi Sahih AtTirmizi Ibnu Abbas ra Rasulullah saw berbekam ketika baginda sedang dalam ihram.
Hasan Sahih AtTirmizi Osman b Affan ra. Haram menikah dalam ihram.
Muqaddimah Sahih Muttafakun Alaigh Abi Bakrah ra, haram menyakiti sesama muslim apatah lagi menumpahkan darah kerana suatu hari segala perbuatan mesti dipertanggungjawab di hari akhirat.
ms 105 Sunat tadah tangan berdoa bila nampak Baitullah al Haram
HR AtTirmizi Jabir ra. angkat tangan doa minta ampun, kejayaan dunia akhirat apabila nampak ka'bah.
Imam Nawawi syarah Muslim & syarah Al-Muhazzab sunat tadah tangan berdoa depan ka'bah.
Imam Nawawi kitab Majmuk rendahkan diri dan hinakan diri apabila menjadi tetamu Allah.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi Jabir ra. Nabi saw masuk melalui Babussalam tuju ke ka'bah sentuh hajarul aswad kemudian TAWAF arah kiri ka'bah 7 pusingan dengan 3 pusingan awal lari perlahan dan 4 pusingan akhir berjalan biasa. Selepas itu, baginda ke belakang makam Ibrahim untuk solat sunat tawaf 2 rakaat.
Muqaddimah Sahih AtTirmizi Abu Kabsyah/Omar bin Saad AlAmmari ra, Sumpah Nabi saw 3 perkara iaitu: 1) HARTA SEDEKAH tidak akan berkurang. 2) SABAR DITUDUH bersalah atau dizalimi akan dimuliakan Allah. 3) SUKA MEMINTA AKAN DIFAKIRKAN ALLAH. 4 Golongan manusia di dunia dimulai yang pertama, Kaya sedekah jalan Allah. Miskin tetapi idam jadi kaya untuk sedekah jalan Allah akan dapat pahala sama golongan pertama. Golongan ketika ialah kaya tapi boros. Miskin tetapi idam jadi kaya untuk bersukaria program maksiat akan dapat dosa seperti golongan ketiga.
ms 109 Bagaimana tawaf dan jenisnya
Tawaf mestilah
1) Suci dari hadaz kecil/besar .
2) Suci dari najis.
3) Mesti 7 pusingan.
4) Tertib mesti sebelum garisan hajarul aswad dengan bahu mesti sebelah kiri ka'bah.
5) Mesti luar dari bagunan ka'bah termasuk hijir Ismail dan mesti dalam kompleks masjidil haram.
6) Sunat Niat tawaf.
7) Sunat solat tawaf.
8) Sunat jangan berhenti sekejap/mualah semasa 7 pusingan.
Sunat dalam Tawaf
1) Berjalan kaki dengan tunduk merendah diri.
2) Sunat Iqtibaq kain sebelah buka bahagian bahu ala "Tarzan" tetapi lebih ketenangan tiada iqtibaq ditakuti bersentuhan bukan mahram sehingga membatalkan wuduk.
3) Sunat berlari lembut 3 pusingan awal.
4) Istilam atau hulurkan tangan sentuh, kucup dan sentuh dahi.
5) Mengerjakan segala sunat.
6) Sunat tanpa berhenti sekejap/mualah semasa 7 pusingan.
7) Sunat solat tawaf.
8) Kusyuk dan rendahkan diri.
4 jenis tawaf
1) Tawaf Muttatawwuk ialah sunat kali kedua dan seterusnya.
2) Tawaf QUDUM "tahyatul masjidil haram" atau tawaf selamat datang atau TAWAF RUKUN UMRAH wajib umrah sebaik sahaja sampai Mekah.
3) Tawaf IFADAH ialah TAWAF RUKUN HAJI atau malam raya haji lepas bermalam di Muzdalifah.
4) Tawaf Widaq atau sunat tawaf perpisahan keluar Mekah lebih dari 3 hari.
Sahih Bukhari Muslim Nabi saw menunaikan haji Ifrad.
Haji Tamattuq tahalul awal/ mana2 2 dari melontar Aqabah, cukur, tawaf rukun bermula tawaf umrah, sa'e dan potong rambut kemudian sudah boleh buka pakaian ihram. Kemudian tawaf ifadah.Haji Tamattuq Tahalul Sani, Bila buat haji, pakai kembali ihram dengan niat Nwaitlhajja menuju Arafah, kemudian Muzdalifah, kemudian Mina, kemudian Cukur dan boleh buka kembali pakaian ihram. 9 Zulhijjah ada di padang Arafah selepas zohor.
Multazam Antara hajarul Aswad dan pintu ka'bah
Muqaddimah Muttafakun Alaigh Usamah bin Zaid bin Harithah r anhum, Setiap manusia ada ajal dan Allah boleh mengambil hakNya bila-bila masa. SEDIH TANGIS itu RAHMAT ALLAH dan MERAUNG TANGIS tidak menerima takdir itu DIHARAMKAN ALLAH.
ms 111 Tawaf MESTI Suci dari hadas dan najis.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi Jabir ra. Nabi saw lari lembut 3 pusingan awal dan berjalan 4 pusingan seperti biasa. Hasan lagi Sahih AtTirmizi Abu Tufail melihat Ibnu Abbas ra menegur Muawiyah ra. Nabi saw Istilam/Angkat tangan hajarul aswad dan rukun/penjuru yamani/mengarah negara Yaman.
Muqaddimah HR AtTirmizi Abif b Rab'iah ra. Omar Al-Khattab semasa kucup menyebut sekiranya Omar tidak kucup batu ini, jangan harap aku nak kucup.
Islam tidak suruh buat yang sunat sehingga langgar yang haram.
Hasan Sahih AtTirmizi Turutan, 1 Tawaf 7 pusingan, solat belakang hijir Ismail kemudian kucup Hajarul Aswad.
Mengucup hajarul Aswad Sahih AtTirmizi Abu Daud boleh buat haji untuk yang dah tua dan meninggal dunia tapi walaupun tua mesti sedaya upaya buat haji.
Sahih Muslim Abi Qatadah ra, Puasa sunat hari Arafah dikifaratkan dosa setahun.
Sahih Muttafakun Alaigh, Nabi saw dahului yang kanan tanpa mengira pangkat, darjat dan peringkat umur. Sisa makanan dan minuman Rasulullah saw mempunyai keberkatan.
Sahih At Tirmizi tanah Mina tidak boleh dimiliki atau dirikan apa-apa bangunan.
Sahih Bukhari Muslim, lakukan talbiah atau zikir sepanjang perjalanan pergi balik Haji Umrah.
ms 143 Kelebihan Hajarul Aswad Gharib AtTirmizi, Abdullah bin Amru bin Al-Az r anhuma. Cahaya hajarul aswad sekiranya tidak dipadamkan oleh Allah akan menerangi timur dan barat.
Sahih At Tirmizi, Sentuh hajar aswad atau batu syurga tersebut akan hilang segala penyakit.
Sahih Al-baihaqi Ibni Abbas ra. Hajar Aswad akan beritahu pada Allah siapa yang mengucupnya di akhirat.
Muqaddimah Sahih Muttafakun Alai, A'isyah r ha beri sekeping roti pada golongan miskin dan meminta pengemis itu pergi tetapi yang kelihatan kaya dipelawa masuk dan dijamu makanan. Ini kerana sabda Nabi saw. Islam letakkan manusia pada kedudukan mereka.
Sahih Muttafakun Alai dari Ibnu Mas'Ud ra. Seorang sahabat tidak puas hati dengan pembahagian harta rampasan perang oleh Nabi saw kerana dilebihkan pada pemimpin kaum dan dikurangkan pada pengikut kaum tersebut. Baginda marah sambil bersabda,"siapa lagi di dunia ini yang lebih adil selain Allah dan Rasul, ya Allah, sesungguhnya Musa as lebih teruk dikenakan oleh kaumnya."
ms 121 Cara Sa'e Tawaf 7 pusingan, solat sunat belakang makam(tempat berdiri) Ibrahim, Istilam hajarul aswad, Do di multazam, Doa di hijir Ismail, Sa'e setiap bukit 1 pusingan, pandang ka'bah angkat 2 belah tangan sambil Allahu Akbar 3x kemudian warillahilham.
Lampu hijau pertama lari, lampu hijau kedua, jalan.Sampai di bukit marwah, naik bukit tengok ka'bah dan takbir 3x disudahi warillahilham.
Doa lengkap menyeluruh sabda Nabi saw. Robbana atina fiddunnya hasanah, Wafil ahirotihasanah Waqina azabannar. (doa selepas solat yang diamal Imam Malek dan Syeikh Abdullah Faheem.)
Muqaddimah Sahih muttafakun Alaigh Abu Hurairah ra. Syarat mesti sempurna wuduk untuk pahala gandaan 20 lebih pahala solat jemaah. 1 langkah berjalan ada wuduk ke masjid akan menghapus 1 dosa menaikkan 1 darjat. Malaikat mendoakan rahmat sepanjang jemaah yang ada wuduk di dalam masjid.
Sahih Muttafakun Alaigh A'isyah r ha, Allah melihat niat samada didesak atau hendak menyerang ka'bah terhadap semua tentera yang dibenamkan Allah ke dalam perut bumi tersebut.
ms124 Tawaf atas kenderaan Hasan Sahih AtTirmizi Ibnu Abbas ra, sunnah berlari antara lampu hijau pertama kemudian berjalan lampu hijau kedua ulang alik SA'E Safa Marwah 7 kali setiap hala mesti sampai hujung ke hujung dan jangan sesekali tidak cukup walaupun selangkah. Tujuannya sebagai menidakkan kafir yang sebarkan khabar angin akan muslim lemah dari Madinah ke Mekah.
Imam Nawawi SA'E hanya sekali tidak perlu lebih dari sekali kerana mengurangkan pahala. Mengulangi SAE yang sah itu makruh dan bid'ah. Menyalahi yang lebih baik.
Imam Nawawi syarah Al-Muhazzab Tawaf berjalan kaki lebih afdal dari naik kenderaan. Naik sebarang kenderaan sebagai contoh untuk panduan atau uzur tidak apa.
Jumhur ulama. 7 dosa besar syirik, sihir, bunuh tidak bersebab dibenarkan Allah, makan riba, makan harta anak yatim, lari medan perang, tuduh perempuan baik berzina. Sunat Tawaf mana-mana pun boleh dan bila-bila masa boleh.
Sunan Addrimi AlBaihaqi Solat sunat bila-bila masa boleh hanya di Masjidil Haram.
Muqaddimah Sahih Bukhari Anaz b Malek ra, Zaman suasana akan semakin teruk berturutan sehingga kiamat besar. HR AtTirmizi Abi Huraira ra, jangan memencil diri tumpu ibadah sunat kerana membantu sumbangan tenaga Islam itu lebih penting malah lebih baik.
ms 131 Masuk ke dalam ka'bah dan solat di dalamnya
Hasan AtTirmizi dari Ali Karamullahu wajha, syarat syurga ialah muslim, syarat sah TAWAF MESTI TUTUP AURAT, kafir dilarang masuk Mekah apabila turun wahyu perintah dari Allah dan mana-mana perjanjian dengan kafir yang datang ke Mekah terbatal kecuali memeluk Islam atau dibunuh.
Hasan Sahih AtTirmizi A'isyah ra Rasulullah saw tidak mahu demi mengerjakan perkara sunat seperti masuk ka'bah maka langgar perbuatan haram seperti bertolak dan berebut. TEGAH BERTOLAK BEREBUT DEMI PERKARA SUNAT
Sahih AtTirmizi Bukhari Muslim Bilal bin Rabbah ra, Rasulullah saw solat sunat 2 rakaat dalam ka'bah.
HR AtTirmizi A'isyah ra, Rasulullah saw langsung tidak melihat siling ka'bah kerana perbuatan mendongak lihat siling ka'bah itu adalah sombong dengan Allah. Al-Israk 17:37 Jangan sesekali sombong.
HR AtTirmizi Mengadakan cerita tidak benar akan ka'bah dilaknat Allah.
Muqaddimah Sahih Muttafakun Alaigh Jarir Abdillah ra, BUNUH MUSLIM guna senjata atau sihir JADI KAFIR Sahih Muslim Abi Yaqla Shaddad b Aus ra. Mesti buat kebaikan untuk semua keadaan. ELOKKAN CARA SEMBELIHAN BINATANG BUKAN MENYEKSA.
Fussilat 34-35 Tidak sama baik dan jahat. Balas kebaikan setelah dibalas kejahatan atau dizalimi kerana musuh akan menjadi kawan baik dikemudian hari. Amat segelintir dapat melakukannya iaitu hanya mereka yang sabar.
ms 140 Solat dalam Hijr Ismail solat dibelakang
Hasan lagi Sahih AtTirmizi A'isyah ra, Rasulullah saw memegang tanganku tanpa lapik dengan membawaku untuk solat dalam Hijir Ismail kerana pahalanya seperti solat di dalam ka'bah.
Hasan Sahih At Turmuzi A'isyah r ha.
SEJARAH KA'BAH
Ka'bah mengalami perubahan sebanyak 4 kali semenjak pertama kali mula dibina oleh para mala'ikat dengan kedudukan berbetulan dengan BaitulMakmur Arasyh Allah. BaitulMakmur ditawaf oleh 70,000 mala'ikat setiap detik masa. Selepas banjir besar Nabi Nuh as yang menengelamkan dunia, ka'bah telah musnah dan Nabi Ibrahim as dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk meletakkan batu asas bagi membina kembali ka'bah. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, ka'bah mengalami keruntuhan dan ia dibina kembali oleh Quraisyh Mekah. Suku-suku Quraisyh memilih Muhammad saw yang belum menjadi nabi ketika itu berumur 35 tahun untuk membimbing meletakkan hajarul aswad supaya kedua suku tidak bertelagah. Muhammad Al-Amin atau Muhammad yang Amanah menebarkan kain serban baginda dan wakil kedua puak berkongsi memegang kain meletakkan kembali hajarul aswad.
Setelah Muhammad bin Abdullah menjadi Rasulullah saw, baginda mendapat wahyu akan bentuk sebenar ka'bah yang dibina Nabi Ibrahim as. Tetapi baginda sendiri tidak berani mengubah ka'bah kembali seperti yang dibina Nabi Ibrahim as kerana khuatir disalah faham oleh penduduk Mekah yang ketika itu ramai baru memeluk Islam.
Setelah kewafatan Rasulullah saw, Abdullah bin Zubair Al-Awwam meruntuhkan ka'bah untuk membina ka'bah impian Rasulullah saw iaitu bentuk seperti yang dibina Ibrahim as. Perbuatan Ibnu Zubair mengundang kemarahan gabenor Iraq ketika itu iaitu Hajjaj dan berlakulah peristiwa Iraq menyerang Mekah. Ibnu Zubair dihukum bunuh dan ka'bah akhirnya didirikan kembali seperti di zaman Rasulullah saw sebelum baginda menjadi Nabi.
Huraian ustaz Shamsuri Feqah Aulawiyad jaga masyarakat dari rosak lebih baik dari buat satu benda yang ada manfaat. Hasil pendapatan cukai jual arak dan judi boleh mendapat keuntungan wlaupun sedikit tetapi merosakkan generasi muda masyarakat. Menolak keburukan lebih penting dari mendapat sedikit keuntungan. Timbal balik keburukan dan kebaikan mana lebih berat. Sabda Nabi saw. Ambil yang kurang mudarat dari yang lebih mudarat.
HUKUM HUDUD, sebenarnya hudud gugur sekiranya ada keraguan. Sekiranya dirogol, Ujian DNA membuktikan siapa sebenarnya perogol dan penuduh bebas dari hukuman akibat tidak cukup 4 saksi. Dalam situasi ini, Takzir bukti DNA digunakan bagi mengganti hudud.
Muqaddimah HR Abu Daud & AtTirmizi 3 DOA mustajab ialah selepas dizalimi, ketika musafir dan doa ibubapa pada anak mereka. HR AtTirmizi Abu Umamah, Doa yg Allah paling suka ialah doa waktu tengah malam dan selepas solat fardhu. HR AtTirmizi Ubadah bin Samid ra, Tiada doa Allah tidak makbul cuma cepat atau lambat. Sekiranya Allah tidak makbulkan sekalipun, Allah akan lepaskannya dari kesusahan. Allah tidak suka doa nak buat dosa dan doa memutus silaturahim. Lebih banyak doa maka lebih makbul.
Sahih Muslim Abi Dardak ra doa kebaikan pada rakan sedangkan rakan tersebut tidak tahu itu akan diwakilkan malaikat yang mendoakan kebaikan pada yang berdoa.
ms 148 Wukuf di Arafah Tidak wukuf dalam kawasan Arafah maka tiada sah haji
Hasan Sahih AtTirmizi Yazid b Syaiban ra, Wukuf itu amal Nabi Ibrahim as termasuk meletakkan binaan ka'bah, isteri baginda berlari Sa'e mencari air dan bekas tumit Nabi Ismail anak mereka kini menjadi telaga zam-zam.
Hasan Sahih AtTirmizi Muzdalifah bukan tempat wukuf.
Sahih AtTirmizi Ali ibni Talib Karamalla huwajha. Sabda Nabi saw. "Tempat wukuf di semua kawasan dalam sempadan bumi Arafah. Bumi Muzdalifah tempat bermalam sebelum keesokannya raya haji." Sampai di Mina, Nabi saw melontar 7 biji anak batu ke jamratul Aqabah. Selepas menyembelih korban, baginda tawaf Ifadah / tawaf haji / tawaf rukun sebelum solat sunat belakang makam Ibrahim. Nabi saw minum air zam-zam sambil melihat ke ka'bah sebelum menunaikan Sa'e.
Muqaddimah Hasan Abu Daud Bilal b Rabbah ra Nabi sa tidak pernah tinggal kabliah subuh 2 rakaat walaupun baginda terlewat. Sahih Bukhari A'isyah r anha, Nabi saw tidak meninggalkan solat sunat kabliah Zohor 4 rakaat dan 2 rakaat sebelum Subuh. Sahih Muslim A'isyah r anha. 2 rakaat kabliah subuh lebih baik dari isi dunia yang terbaik. Sahih Muttafakun Alaigh A'isyah ra, Amalan sunat yang paling Nabi saw tumpukan ialah solat sunat kabliah Subuh dan Zohor.
ms 157 Bumi Arafah Wajib Mesti di bumi Arafah dan berwukuf. Jemaah yang tidak sempat 9-10 Zulhijjah tidak akan dikira haji. Sunat wukuf dengan berkenderaan. Tidak semestinya terikat dengan doa tertentu dengan buku yang diikat pada leher. Rendahkan suara bila doa. Rendahkan diri. Mulai doa Alhamdulillahirobbil alamin dan tutup dengan selawat.
Hasan Sahih AtTirmizi Jabir bin Abdullah ra Nabi saw lontaran tunggal 7 biji di jamratul Aqabah pada waktu Dhuha pagi 10hb Zulhijjah. Baginda kemudian melontar 3 jamratul pada 11,12 & 13hb Zulhijjah di Jamratul Ula Wusto Aqobah setiap 7 biji setiap lontaran untuk 3 jamrah selama 3 hari berturut2 dengan jumlah 21 sehari dan keseluruhan 70 anak batu mesti selepas Zohor di Mina dalam keadaan berjalan kaki. Anak batu sebesar dipetik anak jari. Saiz batu besar kacang kuda saiz jari kelingking.
Muqaddimah HR AtTirmizi Uqbah b Amir ra. 3 jalan keselamatan ialah kawal mulut, rumah luas dan menangis menyesal atas kesilapan lalu. Jaga mulut dari mengumpat mengeji fitnah. Rumah sempit itu menyebabkan anak-anak tidak selesa. Sahal bin Saad ra Jaga lidah dan kemaluan dijamin syurga.
Mengumpat, mengata, mengaib, fitnah merosakkan nama baik ini lebih teruk dari zina kerana dosa hanya boleh diampun orang dizalimi.
ms 185 Haji untuk orang tua & telah mati
Perlu izin orang tua yang uzur tidak mampu menunaikan haji.
Disunatkan haji yang telah mati kemudian bayar hutang.
Hasan Sahih AtTirmizi Qudamah b Abdillah ra. Nabi saw menunaikan haji tanpa dikawal oleh para sahabat dan baginda tidak membenarkan para sahabat mengawal baginda.
Hasan Sahih AtTirmizi Ibnu Omar ra. Rasulullah saw dan sebahagian besar para sahabat cukur rambut sehingga botak tanda merendah diri pada Allah. Baginda berdoa 3x agar diampunkan dosa pada yang bercukur barulah kemudian berdoa hanya 1x untuk yang gunting rambut. Nabi saw melarang jemaah haji perempuan bercukur rambut.
Gharib AtTirmizi Pahala budak belum baligh menunaikan ibadah akan dapat pada ibubapanya. Haji ihramnya juga sah. Bapa boleh niatkan untuk anaknya.